Anak Anda Mudah Mengeluarkan Kata-kata Carut Ketika Marah? Ini Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan Sebelum Terlambat

Anak kecil mudah untuk belajar sesuatu. Bila anak mula mengeluarkan kata-kata carut ketika marah, ini yang ibu ayah patut lakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa sebenarnya punca anak kecil boleh mengetahui akan kata-kata carut? Secara jujurnya, kanak-kanak itu sememangnya mudah untuk mempelajari dan menyerap segala yang diperlihat dan diperdengarkan kepadanya, baik segala tingkah laku ibu ayah di rumah, mahupun apa yang dipertontonkan di kaca TV mahupun skrin telefon pintar yang mempunyai akses ke pelbagai media sosial yang boleh jadi tidak ditapis.

Menurut sebuah entri yang diperkongsikan oleh Doktor Redza Zainol menerusi akaun Instagram miliknya, doktor pakar pediatrik itu baru-baru ini ada menyatakan antara beberapa cara untuk mengajar anak kecil yang suka mengeluarkan kata-kata carut ketika marah.

Sudah semestinya kita tahu akan bagaimana sebenarnya kanak-kanak itu tahu akan kata-kata sebegitu serta bila ia ingin diguna pakai, iaitu ketika marah. Perkara ini sering terjadi apabila ibu bapa yang mungkin mengalami perbalahan atau pertelingkahan mulut di hadapan anak, secara tak langsung ia akan ditiru oleh anak tersebut.

Jadi apa yang ibu ayah patut buat jika keadaan ini berlaku sebelum ia terlambat dan jadi lebih teruk? 

  1. Apa yang ibu ayah patut lakukan adalah dengan mengajar anak untuk menarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus mengikut mulut selama yang mungkin.
  2. Malah ibu ayah juga boleh menukarkan situasi tegang dengan perasaan marah itu kepada sesi menyanyi.
  3. Seeloknya, ibu ayah patut mengajar anak untuk mengucapkan astaghfirullahalazim tatkala dia merasakan marah, dengan cara ini anak akan lebih mempelajari erti sabar.
  4. Bahkan, ibu ayah perlu tahu bahawa yang emosi kanak-kanak itu perlu disalurkan dengan cara yang selamat dan sihat.

Umum kita tahu yang mana anak kecil itu sedang mempelajari dan banyak perkara yang masih mereka belum belajar lagi termasuklah cara untuk menguruskan emosinya.

Kuncinya dalam mengajar anak untuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka marah adalah urus tingkah laku ibu ayah di hadapan anak tersebut supaya sentiasa mencerminkan yang baik-baik semata-mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah juga tidak sepatutnya melabel anak sebagai degil, nakal atau tidak dengar cakap kerana sememangnya ia akan melukakan hati anak tersebut. Bukan dengan cara marah, herdik, hukum atau kritik anak itu, sebaliknya lontarkan kata-kata yang baik untuk melembutkan hatinya, sekaligus dia juga akan ikut dan tiru gerak geri kita sebagai ibu ayahnya.

Instagram Doktor Redza Zainol

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Yang Panas Baran, Selalu ‘Naik Tangan’ Membentuk Anak Pemarah & Degil

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Kawal Emosi Anak Perempuan Agar Lebih ‘Behave’ & Mudah Dengar Kata

Baca juga: Kena Banyak Bersabar Hadap Karenah Anak, Ibu Elak Terlalu Beremosi! Rehatlah Bila Penat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad