Ibu ayah, sudah tiba masanya anak-anak tidur di ruang sendiri. Tarik minatnya untuk lebih berdikari dengan menghias bilik anak dengan warna bilik kegemaran, hiasan dan katil budak terbaik yang memenuhi citarasa si anak.
Memberi anak sebuah bilik mereka sendiri boleh mengajar mereka erti tanggung jawab. Dengan cara ini, ia dapat memberi mereka ruang sendiri untuk mengurus, menjaga, mengemas dan membersihkan ruang mereka apabila diperlukan.
Mengajar kemahiran seperti ini adalah idea yang baik dari usia muda kerana ia akan membantu mereka membina tabiat yang akan mereka laksanakan pada masa remaja mereka. Mempunyai bilik sendiri juga bermakna anak-anak dapat memperoleh ketenangan dan kehidupan peribadi sendiri, apatah lagi apabila meningkat remaja.
Memilih Katil Budak Yang Terbaik Untuk Anak
Kredit gambar: Children’s Hospital Colorado
Katil budak merupakan salah satu faktor penting dalam pemisahan bilik tidur antara ibu bapa dan anak. Si anak pasti teruja jika mengetahui bilik tidurnya dilengkapi dengan katil sendiri yang cantik, tambahan lagi jika ia mempunyai tema yang menarik!
Pemilihan katil kanak-kanak perlulah bersesuaian dengan anak, jadi ambil kira beberapa perkara di bawah sebelum membuat pembelian:
- Panjang katil Saiz kanak-kanak adalah berbeza-beza jadi pastikan saiz katil tersebut boleh menampung ketinggian dan berat anak. Ada katil yang boleh dilaras dan digunakan dari kecil sehingga remaja, dan sebahagianya pula tidak boleh dilaras.
- Saiz bilik Semak ukuran bilik, ini termasuklah lebar dan ketinggian siling.
- Rekabentuk katil Contohnya jika anda memilih katil budak jenis berkembar (doubledecker), pastikan ruang tinggi bilik cukup untuk anak tanpa terkena pada kipas!
- Citarasa peribadi Sebelum memilih katil anak, pastikan ia bertepatan dengan citarasa si anak ya. Mungkin anak gemarkan tema kereta, jadi ibu ayah boleh membelikan katil berbentuk kereta supaya dia lebih bersemangat untuk tidur di bilik sendiri!
5 Katil Budak Dengan Tema Yang Menarik
Bagi membantu anda, kami sediakan senarai katil yang menarik dan sesuai untuk diletakkan di bilik anak lelaki atau perempuan. Setiap satunya ada keistimewaan tersendiri yang pasti menarik perhatian anda!
5 Katil Budak Terbaik
| Gretchen Bunk Bed Katil Budak Terbaik Rupa Klasik | | View Details | Beli di sini |
| Pink Stripes Queen (Bunk Bed) Katil Budak Terbaik Khas Buat Kanak-kanak Perempuan | | View Details | Beli di sini |
| KURA- IKEA Katil Budak Terbaik Boleh Diterbalikkan Menjadi Katil Berbeza | | View Details | Beli di sini |
| MINNEN-IKEA Katil Budak Terbaik Boleh Laras | | View Details | Beli di sini |
| SMÅSTAD - IKEA Katil Budak Terbaik Dilengkapi Meja Belajar | | View Details | Beli di sini |
Gretchen Bunk Bed
Katil Budak Terbaik Rupa Klasik
sumber: grabit
Katil rupa klasik ini kelihatan kemas dan sesuai untuk yang mempunyai lebih dari seorang anak. Tingkat atas khas untuk tilam super single manakala tilam atas single, namun produk ini juga ada pilihan untuk menempatkan dua tilam super single.
Ada 4 warna yang menarik, hitam, putih, dan 2 jenis warna coklat!
Info produk:
- Lebar (cm) 99.1 (3 kaki) 114.3 (3.5 kaki)
- Kedalaman (cm) 203.2
- Tinggi (cm) 167.6
- Bahan Bingkai Kayu Pepejal
- Harga: MYR1,820.00
Pink Stripes Queen (Bunk Bed)
Katil Budak Terbaik Khas Buat Kanak-kanak Perempuan
sumber: grabit
Khas buat si puteri, katil kanak-kanak berwarna pink ini sangat sesuai buat anak perempuan yang sukakan katil dengan banyak ruang untuk meletakkan barang kegemaran.
Sisi katil disediakan tangga berpalang yang selamat untuk dinaiki, malah bawah katil boleh diletakkan satu lagi tilam tambahan untuk rakan yang berkunjung ke rumah!
Info produk:
- Lebar (cm) 122 (Bingkai Tempat Tidur)
- Kedalaman (cm) 234.7 (Rangka katil)
- Tinggi (cm) 175.3 (Bingkai katil)
- Bahan Bingkai Kayu Melamin Pepejal dengan High Gloss
- Harga MYR2,303.00
KURA- IKEA
Katil Budak Terbaik Boleh Diterbalikkan Menjadi Katil Berbeza
Katil kanak-kanak keluaran Ikea ini sangat menarik kerana ia boleh diterbalikkan menjadi katil yang berbeza mengikut citarasa masing-masing.
Anak boleh memilih sama ada inginkan katil yang berbumbung atau tidur di bahagian atas dan jadikan ruang bawah sebagai tempat beristirehat atau banyak lagi kemungkinan!
Info produk:
- Katil yang boleh diterbalikkan
- Warna: Putih / pain
- Saiz: 90×200 sm
- Harga: RM649
MINNEN-IKEA
Katil Budak Terbaik Boleh Laras
Katil rekaan ini sesuai untuk anak perempuan yang sukakan kecantikan! Dengan warna putih yang boleh disesuaikan dengan mana-mana warna alas, ini pasti menjadi pilihan yang baik yang boleh diguna dari anak kecil sehingga remaja.
Ini kerana katil ini boleh dilaras dari 135cm sehingga 206cm!
Info produk:
- Rangka katil boleh laras dengan dasar katil bersalut
- Warna: Putih
- Saiz: 80×200 cm
- Harga: RM459
SMÅSTAD – IKEA
Katil Budak Terbaik Dilengkapi Meja Belajar
Pilihan yang seterusnya ini sangat menarik kerana ia bukan sekadar katil aras atas biasa, tetapi dilengkapi dengan meja belajar di bahagian bawah katil. Sememangnya satu pelaburan yang sangat berbaloi!
Setiap bahagian tambahan juga dilengkapi dengan ruang simpanan yang banyak jadi ibu ayah tidak perlu membeli banyak almari untuk penyimpanan barang lain.
Info produk:
- Tempat tidur loteng
- Beserta meja dengan 4 laci
- Warna: Birch putih
- Saiz: 90×200 cm
- Harga: RM2,259
Perbandingan Harga
|
Jenama |
Harga (RM) |
Gretchen Bunk Bed
|
1820.00 |
Pink Stripes Queen (Bunk Bed)
|
2303.00 |
KURA- IKEA
|
649.00 |
MINNEN-IKEA
|
459.00 |
SMÅSTAD – IKEA
|
2259.00 |
Cara Mengajar Anak Untuk Tidur Di Katil Kanak-kanak Mereka Sendiri
Kredit gambar: Honeykids Asia
Perasaan gemuruh, rasa tidak selamat, gangguan; ini adalah antara sebab yang membuatkan si comel anda berjalan terus ke katil anda pada waktu malam. Nasib baik yang anda boleh pecahkan habit waktu tidur ini. Berikut adalah antara tips untuk menggalakkan anak anda untuk tidur di bilik dan katil mereka sendiri.
1. Basmi semua jenis gangguan di sekitar katil kanak-kanak
Alih keluar semua televisyen, komputer dan peranti elektronik dari bilik anak anda untuk mencipta satu persekitaran yang kondusif untuk mereka tidur.
Stimulasi yang dikaitkan dengan menonton tv atau bermain permainan video dan cahaya daripada komputer dan skrin TV kedua-duanya membuatkan lebih sukar untuk tidur.
Lampu tidur yang malap boleh digunakan pakai untuk kanak-kanak yang memerlukan sedikit cahaya ketika tidur.
2. Wujudkan satu rutin sebelum tidur
Mandi air panas suam, pakai baju tidur, berus gigi dan baca buku cerita sebelum tidur; memulakan satu habit biasa akan membantu kanak-kanak merasakan lebih selamat ketika mereka ingin tidur.
Ini telah diramalkan yang mana menyiapkan kanak-kanak secara psikologikal dan mengurangkan rasa gemuruh ketika waktu malam. Ia dapat merendahkan tahap tekanan dan mencipta satu siri langkah yang dijangkakan dan diketahui oleh kanak-kanak akan membawa kepada waktu tidur.
3. Beri sokongan apabila diperlukan
Ia merupakan salah satu masalah biasa ketika tidur yang ibu bapa kongsikan: seorang kanak-kanak yang terlena, asalkan ibu atau ayah mereka memeluknya. Tetapi jika anda cuba untuk beredar dari bilik mereka sebelum mereka masuk tidur, kekacauan akan melanda.
Boleh kata seantero proses untuk tidur direset semula. Ada caranya untuk atasinya adalah dengan memulakan dengan tidur di dalam bilik anak anda selama beberapa hari, tetapi buatkan keberadaan anda seboring yang mungkin. Jangan berinteraksi dengan anak anda ketika mereka sepatutnya tidur.
Untuk beberapa hari terawal, dengan mudah kembalikan anak anda ke katil mereka setiap kali mereka terjaga. Jarak dekat anda membuatkan mereka memasuki habit tidur sepanjang malam di katil mereka.
4. Kurangkan keberadaan anda dekat dengan katil budak
Sekali anda telah menyelesakan anak anda, anda perlu mengurangkan keberadaan anda. Henti tidur di bilik mereka, dan tukar kepada duduk di atas kerusi berada dekat dengan pintu bilik anak anda untuk beberapa hari sebaliknya, sewaktu tidur dan bila-bila masa waktu mereka terjaga pada waktu malam.
Kemudian, keluar dari bilik mereka sepenuhnya. Pada hari ke-10, pasti anda akan melihat perubahannya.
5. Wujudkan rasa selamat
Ketidakhadiran anda atau pemikiran akan seekor raksasa berjalan di bawah katil boleh membuatkan anak anda berjaga sepanjang malam. Permudahkan perubahan dari tidur ke bangun dan tenangkan rasa takut mereka dengan memberikan objek yang menyelesakan seperti patung haiwan, selimut, atau malah juga sebalang akuarium dengan ikan emas.
Berikan mereka satu perasaan tidak takut dengan adanya objek atau haiwan peliharaan yang membuatkan mereka tidak lagi rasa takut untuk tidur pada waktu malam di biliknya.
Semoga artikel ini bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Jangan Main Hias, Ini Cara Deko Bilik Tidur Simple & Cantik Untuk Anak Perempuan!
Baca juga: Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!
Baca juga: 6 Cara Untuk Pastikan Bilik Tidur Anak Anda Selamat Lagi Sihat