Daun sup selalunya dijadikan penyedap dalam masakan seperti ditabur di dalam masakan bersup atau ditabur di atas hidangan mihun goreng namun tahukah anda kebaikan daun sup terlalu banyak sehinggakan ada yang menjadikan petua meminum air rebusan daun sup untuk menurunkan darah tinggi!
Bukan itu sahaja, amalan minum air rebusan daun sup juga dapat mengurangkan sakit kepala dan migrain, mengurangkan batuk bahkan dapat mengurangkan masalah senggugut.
Seorang pengguna di Facebook, Lia Yob Ibrahim berkongsi resepi air rebusan daun sup dan kebaikan mengamalkannya.
Suka makmaneh nak kongsikan kat sini pasal salah satu khasiat daun sup ni. Alaaa orang sekarang panggil saderi ( seleri). Haaa macam tu lah.
Daun sup ni khasiat dia banyak rupanye. Selalunye kita guna buat tabur jer atas sup tak pun makanan kan. Tak la terpikir nak guna buat rawatan.
Skali Besfren makmaneh ni kabo laaa. Dia kalau sakit kepala jer rebus la daun sup ni buat minum. Laaa baru ku tau. Makmaneh risik lagi acaner nak amalkan.
Uishhh, rupanyer senang jer ubat sakit kepala.
Eh! Bukan setakat sakit kepala biasa jer la, darah tinggi, migrain, sakit sendi sendi pun bagus. Ada gak yang minum air rebusan ni nak bersihkan buah pinggang.
Daun sup ini bersifat duretik dan antiseptik. Segala kotoran dari dalam badan akan dikeluarkan melalui air kencing.
- Membersihkan darah dalam badan
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Mengurangkan gula dalam darah
- Merawat batuk
- Merawat senggugut
- Alergi
- Mencantikkan kulit
Aaah, lagi satu. Kalau siapa yang nak diet tu elok lah amalkan makan daun sup atau saderi ini, sesuai sangat. Okay mari nak kongsi cara nak atasi cara nak turunkan tekanan darah.
Cara Buat Air Rebusan Daun Sup
Bahan-bahan:
- Daun sup bersama akar
- 2 mug air
Cara penyediaan:
- Ambil sedikit daun sup sekali dengan akarnya.
- Basuh bersih-bersih.
- Kemudian, potong pendek-pendek.
- Masukkan dalam periuk.
- Tuang 2 mug air.
- Rebus sampai jadi 1 mug air saja.
Siap! Nak minum tengah suam pun boleh, nak minum tunggu sejuk pun boleh. Tapi minum sekali sehari saja, jangan lelebih. Tips penting – Minum air putih mencukupi untuk memudahkan toksin dalam badan keluar. Ikut berat badan. Nisbah mudah 25kg untuk 1 liter air.
Bukan sahaja daun sup ini mempunyai banyak khasiat, malah biji benihnya turut boleh digunakan untuk melancarkan sistem perkumuhan.
Biji benih daun sup ini jika diamalkan ia mampu meningkatkan pengeluaran air kencing yang membantu menyingkirkan toksik dalam badan. Selain ia juga membantu dalam melawaskan pembuangan air besar.
Jadi ini adalah antara khasiat daun sup untuk kesihatan tubuh badan anda. Mulai hari ini jangan lupa untuk tambahkan daun sup dalam masakan anda untuk kesihatan diri anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Perbezaan Daun Sup & Daun Ketumbar, Nak Masakan Sedap Kena Tahu 6 Perkara Ini
Baca juga : Jangan Keliru Daun Ketumbar Dengan Daun Sup. Ini Khasiat Daun Wangi Dalam Masakan Ini Untuk Kesihatan
Baca juga : Kenali Simptom Penyakit Darah Tinggi, Ini 6 Tanda Darah Tinggi Tolong Jangan Ambil Ringan!