TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kenali Simptom Penyakit Darah Tinggi, Ini 6 Tanda Darah Tinggi Tolong Jangan Ambil Ringan!

27 Jul, 2023
Kenali Simptom Penyakit Darah Tinggi, Ini 6 Tanda Darah Tinggi Tolong Jangan Ambil Ringan!

Tahukah anda pengidap tekanan darah tinggi lazimnya tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda darah tinggi yang khusus?

Penyakit tekanan darah tinggi atau penyakit hipertensi adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada komplikasi teruk. Seramai 37% populasi Malaysia mengidap penyakit tekanan darah tinggi namun tahukah anda pengidap tekanan darah tinggi lazimnya tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda darah tinggi yang khusus?

Secara amnya penyakit tekanan darah tinggi tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes telah dikaitkan kepada punca penyakit ini. 

Tekanan darah yang tinggi akan menyebabkan organ-organ seperti jantung, otak dan ginjal didedahkan kepada tekanan tinggi yang kronik. Pendedahan kepada tekanan darah tinggi ini akan mengakibatkan komplikasi saluran darah sempit di otak dan jantung menyebabkan stroke (angin ahmar) dan serangan jantung.

Kegagalan ginjal (buah pinggang) juga boleh berlaku jika tekanan darah yang tinggi tidak dikawal. Penyakit tekanan darah tinggi boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat.

Kenali 6 Tanda Darah Tinggi

Menurut Dr. Priscilla Ooi dalam perkongsiannya di Instagram, enam tanda darah tinggi yang selalu orang abaikan adalah sering letih, sering sakit kepala, kabur penglihatan mata, sakit dada, sakit tengkuk atau leher, dan jantung selalu berdebar-debar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Dr Priscilla Ooi (@drpris001)

Jika tekanan darah tinggi sudah mula menampilkan dirinya melalui simptom penglihatan, ini bermakna keadaan kesihatan tersebut sudah mula untuk menjadi lebih serius.

Penglihatan kabur merupakan satu komplikasi hipertensi. Ia bukanlah simptom darah tinggi secara langsung, namun disebabkan oleh manifestasi hipertensi kebiasaannya secara senyap, ini mungkin tanda darah tinggi yang paling jelas dialami buat sesetengah pesakit sebelum didiagnosis. 

Jika tidak dirawat, perkara ini boleh menyebabkan komplikasi mata yang lebih serius termasuklah kebutaan.

Selain itu, jika anda merasa pening, tidak semestinya mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Namun, jika dibiarkan sahaja, ia boleh membawa padah. 

Hipertensi merupakan faktor risiko utama dalam terjadinya strok.

Jika anda merasai pening dan tidak seimbang secara tiba-tiba, segeralah berjumpa dengan doktor. Ini berikutan, selain daripada hilang keseimbangan badan, pertuturan tidak jelas dan sukar untuk berjalan, pening kepala juga merupakan gejala amaran strok.

Cara Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Cara untuk mengawal tekanan darah tinggi adalah:

  • Mengamalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam secara berkala.
  • Amalkan permakanan sihat dan seimbang
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam dan kolesterol berlebihan
  • Kekalkan jisim berat badan unggul (BMI <23)
  • Pengurusan stress secara berkesan
  • Tidak merokok
  • Mengamalkan cara hidup aktif
  • Menjalankan pemeriksaan tekanan darah secara berkala

Selain dari langkah-langkah di atas, pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi hendaklah patuh kepada rawatan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor.

Amalan Gaya Hidup Sihat Elak Risiko Tekanan Darah Tinggi

Amalan gaya hidup sihat boleh membantu menggurangkan risiko menghidap penyakit tekanan darah tinggi malah boleh membantu pengidap tekanan darah tinggi mencapai tahap bacaan normal selain dari bantuan rawatan ubat-ubatan.

Sekiranya pengidap penyakit tekanan darah tinggi atau sebarang individu menghadapi masalah untuk melaksanakan panduan di bawah, anda boleh pergi ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat daripada doktor, pegawai sains pemakanan, pegawai dietetik dan pegawai fisioterapi.

  • Mengekalkan berat jisim badan unggul BMI <23 dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta aktiviti fizikal yang bersesuaian
  • Aktiviti fizikal secara berterusan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • Berjalan kaki secara deras adalah satu-satunya cadangan aktiviti fizikal yang praktikal (10,000 langkah)
  • Tidak merokok
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi
  • Kurangkan pengambilan garam secara berlebihan
  • Elakkan pengambilan alcohol
  • Pengurusan stress dan emosi secara berkesan

Kementerian Kesihatan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jangan Tidur Lambat! Waktu Tidur Yang Cukup Menentukan Kesihatan Anda

Baca juga : Praeklampsia (Tekanan Darah Tinggi) Ketika Hamil: Punca, Tanda & Cara Mengatasi

Baca juga : Hati-Hati, Minuman Rendah Kalori Kononnya ‘Sihat’ Untuk Diet, Tapi Mungkin Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kenali Simptom Penyakit Darah Tinggi, Ini 6 Tanda Darah Tinggi Tolong Jangan Ambil Ringan!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham