Perhhh, Kuatnya Bau Petai! Jangan Tak Tahu, Ia Ubat Hilangkan Ketagih Rokok

Anda gemar makan buah petai? Biarpun bau kurang menyenangkan, namun ia membuatkan kita lebih berselera. Jom ketahui kebaikan petai untuk kesihatan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebaikan petai sering diperlekehkan bagi mereka yang tidak menyukainya. Lebih mengecewakan, terdapat segelintir masyarakat bandar tidak pernah mencubanya kerana ia dianggap makanan orang kampung dan ‘low standard’.

Memiliki aroma yang kurang menyenangkan, tekstur yang rangup dan bentuknya seakan-akan biji kacang almond, pastinya menjadi ulam kegemaran bagi mereka yang ‘hantu’ petai.

Kebaikan petai untuk kesihatan

Kredit foto: XTRA

Menu santapan bersama keluarga dianggap sangat sempurna apabila nasi panas disediakan bersama ulam petai dan sambal belacan, pastinya membuatkan anda menambah nasi sehingga berpinggan-pinggan.

Namun harus berhati-hati setelah mengambil petai dalam kuantiti banyak boleh menyebabkan bau mulut dan kentut yang busuk serta air kencing yang berbau.

Mengikut kajian, pengambilan ulam ini dalam menu seharian dikatakan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan.

Sama ada anda memakannya secara mentah atau separuh masak, kebaikan petai adalah ia mengandungi galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, dan kalium yang terdapat dalam ulam ini tidak dimusnahkan oleh haba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai perkongsian, petai mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan serat.

Jika dibandingkan dengan buah epal, petai memiliki protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali ganda fosforus, lima kali ganda Vitamin A dan zat besi serta dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral yang lain.

Namun bagi anda yang sering memandang sebelah mata akan kebaikan petai ini hanya kerana baunya yang agak dahsyat, ketahuilah anda bahawa ulam ini mampu memberikan kebaikan petai kepada kesihatan manusia.

Benarkah petai adalah terapi berkesan hentikan rokok?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: Shutterstock

Sedar ataupun tidak, kebaikan petai yang paling orang ramai tidak tahu adalah ia menjadi ‘ubat’ semula jadi yang membantu anda untuk berhenti menghisap rokok secara selamat.

Bagi anda yang merancang untuk berhenti rokok, adalah bagus jika anda meneliti kebaikan petai ini kerana ia mengandungi vitamin B6, B12, kalium dan magnesium berupaya menggalakkan tubuh agar segera sembuh dari kesan ketagihan nikotin.

Kandungan vitamin inilah yang membantu mengurangkan nafsu anda terhadap pengambilan rokok.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat para ibu pula, pastinya hal yang paling indah sekiranya suami berjaya menjauhkan diri dari mengambil rokok. Ada segelintir di antara anda yang ketagihan rokok sehingga mampu menghabiskan sekotak rokok hanya dalam tempoh satu hari sahaja.

Dalam hal ini, isteri perlu sentiasa kreatif untuk mencipta menu menyelerakan berasaskan petai seperti sambal tumis ikan bilis petai, petai goreng cili padi, nasi goreng petai dan sambal tempoyak udang petai. 

Perlu diingatkan bahawa biar mulut anda berbau petai daripada berbau asap rokok.

Manfaat lain sekiranya memakan petai

#1. Mengurangkan stres

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara umumnya, petai mengandungi triptofan (salah satu asid amino) yang membantu pertumbuhan dan perkembangan tubuh.

Selain kaya dengan protein, kandungan triptofan dapat membentuk niacin yang baik untuk kesihatan kulit dan pencernaan, serta serotonin yang baik untuk menentukan mood anda.

#2. Menjauhkan risiko serangan strok

Berdasarkan penelitian yang telah dibuat oleh The New England Journal of Medicine, para pengkaji mendapati amalan memakan petai boleh mengurangkan risiko serangan strok dan baik untuk kesihatan.

#3. Mengekalkan awet muda

Tengok sajalah zaman nenek moyang kita yang mengamalkan pengambilan ulam-ulaman dalam menu seharian mereka. Biarpun usia mereka bertambah, tapi segelintir daripada mereka tetap kelihatan sihat dan kuat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan makan petai juga dapat menjadikan wajah anda kelihatan sentiasa awet muda dan segar. Tak perlu lagi produk mahal untuk menjaga kulit wajah kerana dengan hanya mengambil petai sudah boleh kelihatan muda sebelum usia!

Menurut perkongsian maklumat dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap, kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman.

Cara mengawal bau petai

Kredit foto: Google

Selain perlu memeriksa biji buah petai agar ia petai yang segar dan tidak berulat, anda juga mungkin risau dengan masalah mulat berbau dan air kencing yang menyebabkan tandas menjadi busuk akibat makan ulaman berkenaan.

Ada berbagai cara untuk mengurangkan bau mulut akibat makan buah petai antaranya adalah:

# Terus menggosok gigi selepas memakannya, lalu diikuti berkumur dengan cecair pencuci bahagian dalam mulut.

# Petua lain bagi mengurangkan bau mulut akibat memakan ulaman buah petai ialah anda boleh meletakkan beberapa biji bunga cengkih ke dalam dalam mulut.

# Mengambil buah nanas sebaik sahaja selesai makan nasi.

# Mengunyah beras yang telah dibasuh bersih dan biarkan beberapa minit dalam mulut sebelum menelan beras yang sudah hancur.

# Berkumur dengan air garam. Anda perlu mengambil satu atau dua sudu garam dan campurkannya dengan air suam dan selepas itu kumur air garam tersebut dan rasai sendiri keberkesanannya!

# Bagi menghilangkan bau air kencing yang kurang menyenangkan kerana makan buah petai pula, caranya amat mudah. Anda boleh menyembur bahan cucian pembasmi bau tandas atau menyiram cecair peluntur ke tempat air kencing yang telah dilepaskan.

Walaupun buah petai begitu banyak kebaikan, namun ia juga memberikan risiko yang memudaratkan kesihatan jika anda mengambilnya secara berlebihan.

Hal ini kerana kandungan asid amino yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang.

Sumber: Vitdaily , Bebas News

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.commakan-petai-semasa-hamil