Kebaikan Saffron Untuk Kesihatan Luaran & Dalaman, Baik Lelaki Mahupun Wanita

Kebaikan saffron untuk kesihatan tidak dapat disangkal lagi, namun pengambilannya haruslah berpada-pada terutamanya bagi kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebaikan saffron boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Daripada kanak-kanak hingga ke orang dewasa, baik lelaki mahupun perempuan.

Apa itu saffron?

Saffron atau zafran merupakan rempah yang cukup terkenal berasal dari Asia Tenggara.

Harganya agak mahal disebabkan proses untuk mendapatkannya begitu rumit dan memakan masa yang lama.

Ia selalunya digunakan dalam masakan Timur Tengah, India dan sebahagian Eropah untuk menjadi penyedap dalam masakan.

Macam Mana Saffron Diperoleh?

Saffron didapati melalui stigma bunga crocus sativus linneaus.

Setiap stigma bunga hanya mempunyai tiga mata sahaja dan perlu dipetik secara manual dengan jumlah yang banyak untuk menghasilkan saffron.

Kebaikan Saffron Di Dunia (Jenis)

Terdapat lima jenis saffron di dunia iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Saffron Kashmir, India: Saffron Kashmir antara saffron yang paling mahal di pasaran.
  • Saffron Maghribi: Memilik rasa yang unik dan sering digunakan dalam masakan.
  • Saffron Sepanyol: Berkualiti tinggi Saffron dan digunakan dalam masakan tradisional seperti paella.
  • Saffron Iran: Iran pengeluar saffron terbesar di dunia dan paling berkualiti berbanding yang lain.
  • Saffron Greek: Mempunyai kualiti yang baik dan biasa digunakan dalam masakan tradisional orang Greek namun kurang dikenali ramai.

Kuantiti Makan Yang Betul

Disebabkan saffron adalah sejenis rempah jadi kuantiti yang disarankan adalah 30mg sehari iaitu  bersamaan dengan 10 helai saffron. Untuk kanak-kanak, 1-2 helai sudah memadai.

Kebaikan Saffron Pada Kesihatan

Berikut merupakan antara kebaikan saffron pada kesihatan jika diamalkan selalu.

1. Sifat Antioksidan

Bahan kandungan antioksida seperti crocin, crocetin dan safranal dapat membantu mengatasi stress oskidatif dalam tubuh dan melindungi sel-sel rosak daripada radikal bebas.

2. Memelihara Kesihatan Mental

Kandungan yang terdapat dalam saffron dapat mempengaruhi neurotransmitter dalam otak yang berkait dengan hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia berupaya mengurangkan gejala depresi ringan dan sedang.

3. Menyembuhkan Gangguan Saraf

Saffron mempunyai potensi dalam melindungi saraf dan meningkatkan fungsi saraf yang melawan penyakit seperti Alzheimer dan Parkinson.

4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Ia membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolestrol sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Mengawal diabetes

Saffron berupaya menurunkan kadar gula dalam darah yang sudah tentunya bagus untuk diamalkan oleh pesakit diabetes.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Madu Mampu Merawat Batuk Lebih Baik Daripada Antibiotik? Kelebihan Madu Ini Cukup Hebat - Menurut Doktor

Baca juga: Khasiat Buah Lawang Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Khasiat Bunga Cengkih Boleh Hapuskan Covid-19? Jangan Terus Percaya, Ini Penjelasan Pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah