Bagi anda yang sedang hamil, aktiviti fizikal yang dilakukan dalam jadual seharian dikatakan dapat mengurangkan komplikasi ketika bersalin. Justeru, jangan memandang remeh akan kebaikan senaman ini sekiranya anda ingin melalui proses kelahiran dengan mudah.
Sebenarnya, ibu mengandung digalakkan untuk melakukan senaman seperti aerobik dengan cara sederhana atau berjalan kaki sekurang-kurangnya 150 minit sahaja dalam seminggu.
Kebaikan senaman berjalan kaki
Senaman yang dilakukan dengan berjalan kaki adalah selamat sekiranya tubuh badan anda sihat dan mempunyai kehamilan secara normal.
Namun, jangan risau kerana kebaikan senaman ini tidak akan membawa risiko yang negatif seperti menyebabkan bersalin lebih awal, berat bayi kurang atau keguguran.
Walau bagaimanapun, ibu hamil dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu anda mengenai senaman yang ingin dilakukan sewaktu mengandung.
Dalam hal ini, aktiviti berjalan kaki semasa mengandung mampu meningkatkan kecergasan, menguatkan jantung dan saluran darah anda.
Bukan itu sahaja, ia turut berpotensi mengekalkan kesihatan otot tubuh. Antara kelebihan senaman berjalan kaki semasa mengandung ialah:
- Membantu mengurangkan sakit belakang
- Melegakan sembelit
- Mengelakkan bersalin secara pembedahan
- Mengurangkan risiko kencing manis
- Mengurangkan risiko preeklamsia
- Membantu mencegah penambahan berat badan berlebihan
- Mengurangkan risiko pembekuan darah
Panduan berjalan kaki ketika hamil
Pihak kesihatan mengesyorkan ibu mengandung melakukan senaman berjalan kaki bagi tempoh sekurang-kurangnya 15 minit dan dua kali sehari.
Anda perlu melakukannya selama lima hari seminggu.
Berjalan secara cepat atau berjalan naik turun dianggap aktiviti sederhana. Berjalan kaki dengan tempoh yang singkat setiap hari boleh membuatkan tubuh anda berasa lebih sihat dan kekal aktif.
Meskipun senaman secara sederhana ini adalah selamat dan bermanfaat semasa mengandung, anda mungkin perlu membuat beberapa langkah pengubahsuaian mengikut kemampuan diri.
Bukan itu sahaja, jumlah masa untuk anda melakukan aktiviti berjalan kaki pula bergantung kepada tahap trimester anda berada.
Sekiranya cuaca sedikit panas dan lembap, perlahankan kelajuan kaki anda untuk melangkah atau boleh mencuba bentuk pilihan senaman yang lain seperti melakukan aktiviti berenang.
Tips berjalan kaki ketika kehamilan
Langkah kaki anda mungkin akan terbatas kerana keadaan perut yang semakin membesar.
Jangan terlalu memaksa diri untuk tetap melakukan senaman ini kerana ia boleh mendatangkan keletihan. Untuk memastikan keselamatan anda dan kekal sihat, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga berikut:
#1. Pilih kasut yang selesa
Pakai kasut sukan selesa dengan cengkaman yang baik untuk mengelakkan anda tergelincir jatuh.
Dalam hal ini, pastikan anda memilih saiz yang betul. Elakkan mengenakan kasut yang ketat atau longgar kerana ia boleh membuatkan anda berasa tidak selesa.
Bukan itu sahaja, keadaan ini akan mengakibatkan bahagian kaki anda mengalami kekejangan kerana otot terpaksa menampung tekanan berat badan dan kandungan.
Anda juga boleh menambah pelapik gel di dalam kasut untuk menguatkan lagi cengkaman kaki ketika berjalan.
#2. Lindungi kulit anda
Gunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih jika anda berjalan di luar rumah.
Pendedahan matahari boleh meningkatkan melasma (bintik gelap pada kulit) yang boleh mengurangkan seri ibu mengandung.
#3. Hidrasi diri
Minum air secukupnya untuk mengekalkan hidrasi dalam badan. Anda juga boleh membawa botol air jika perlu.
Bukan itu sahaja, pengambilan air sejuk boleh membuatkan anda berasa lebih selesa ketika melakukan aktiviti senaman dan ia berpotensi untuk mencegah dehidrasi.
#4. Makan sebelum berjalan
Elakkan melakukan senaman tanpa mengambil makanan ringan untuk bekalan diri dan bayi dalam kandungan. Pastikan anda mengambilnya 30 minit sebelum meneruskan aktiviti berjalan.
Sebagai contoh, anda boleh makan pisang, epal, mentega kacang, kek beras, atau smoothies. Menu ini dapat memberikan anda tenaga yang mencukupi untuk berjalan. Walau bagaimanapun, jangan makan terlalu banyak.
#5. Pilih tempat yang ideal
Anda boleh berjalan di dalam atau di luar rumah. Sekiranya keadaan lembap, panas, atau sangat sejuk di luar, cuba berjalan di dalam rumah untuk keselamatan anda dan kandungan.
Ibu hamil juga boleh menggunakan treadmill ketika ingin melakukan senaman di dalam rumah.
Bukan itu sahaja, anda boleh menjadikan pusat membeli-belah sebagai lokasi untuk berjalan kaki kerana suhunya sangat menyenangkan.
Jika ibu seorang yang lebih suka bersiar-siar di luar, waktu pagi dikatakan waktu paling sesuai kerana udara masih segar dengan bunyian kicauan burung.
Sumber: Mom Junction
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga: