Kebaikan Surah Ar Rahman Hilangkan Rasa Cemas & Elak Sifat Pelupa Ibu Hamil

Kebaikan surah ar rahman elok diamalkan ibu hamil antaranya ia boleh mengurangkan rasa cemas yang sering dialami dan kerisuan melampau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebaikan surah Ar Rahman sering dikongsikan. Eloklah jika ibu hamil amalkan surah ini kerana ia dikatakan boleh hilangkan rasa cemas dan elak sifat pelupa. 

Ar Rahman bermaksud Allah maha pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Ayat ini ada satu perkataan sahaja. Begitu hebat sekali.

Baca juga: 7 Surah Terbaik Amalan Ibu Hamil, Surah Luqman Untuk Anak Cerdik

Kebaikan surah Ar Rahman untuk ibu hamil

Kredit: Kashoorga

#1. Mendapat syafaat di hari kiamat

Kelebihan membaca Surah Ar Rahman yang paling didambakan ramai adalah ia memudahkan anda mendapat syafaat di Hari Kiamat. Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa oang Islam yang mengamalkan Ar Rahman akan mendapat tempat paling indah di sana kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Diredhai dan dikasihi Allah

Sesiapapun yang sentiasa membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Salah satu kelebihan surah Ar Rahman adalah membuatkan diri anda dikasihi dan diredhai Allah SWT.

#3. Mengingatkan sifat pelupa manusia

Kadang-kadang manusia lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sebagai contoh, setelah Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita, kita malahan berfikir bahawa semuanya atas hasil usaha kita sendiri.

Mereka yang sering pelupa juga boleh amalkan surah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Mengingatkan banyak makhluk Allah

Jin juga mengakui bahawa nabi Muhammad sebagai Rasul. Ini membuktikan bahawa ciptaan Allah tidak hanya terbatas pada sesuatu yang tampak. 

Kerajaan Jin dan alam-alam yang tidak tampak pun Allah lah yang menciptakannya. Selain itu, haiwan-haiwan yang berada dimuka bumi ini juga beribadah kepada Allah.

Allah sedang memberitahu serta mengingatkan kita , bahawa selain kita masih terdapat makhluk Allah lainnya yang juga diberikan kewajiban untuk beribadah kepada Allah.

#5. Mencari/panjangkan jodoh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda, surat Ar Rahman mengandungi kelebihan nama Allah iaitu Ar Rahman Maha Pengasih atau Pemurah. Erti Pengasih yang terdapat dalam surat ini juga dimaksudkan sebagai cinta kasih.

Kelebihan Surat Ar Rahman untuk Jodoh sudah tidak asing lagi di telinga kita dimana surat Ar Rahman boleh diamalkan untuk mempercepatkan datangnya jodoh.

Sama ada ingin bernikah dengan cepat, bertemu jodoh lebih baik atau yang diimpikan, Ar Rahman adalah doa-doanya.

Yakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah, dengan mengurniakan rezeki,jodoh dan ajal semuanya berada ditangannya. Hanya kepada Allah wajib kita meminta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Menghilangkan rasa cemas

Kredit: sehatq.com

Dalam kehidupan seharian, kita sering dilanda rasa cemas dan gelisah akibat tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi. Kadangkala ada pula orang yang sering tidak tenang, cemas dan merasa tidak kena. Ketahuilah ia mungkin penyebab yang tidak jelas dan tidak diketahui.

Orang yang selalu ingat dan bertawakal kepada Allah insya Allah tidak akan mengalami rasa cemas dan gelisah berlebihan dalam menghadapi berbagai masalah.

Apabila anda berasa cemas, gelisah dan tertekan, surah Ar Rahman lah penawarnya. ketika anda membacanya, yakinlah dan rasalah kasih sayang yang Allah berikan selama ini, Insyaallah hati anda akan rasa tenang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Dapat mengeratkan kasih sayang keluarga

Ingin mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga yang sudah lama renggang, anda boleh sahaja membaca surah Ar Rahman ketika solat atau selepas solat.

Anda juga sentiasa berdoa agar diberikan kedamaian serta kasih sayang sesama keluarga. Insyaallah hubangan yang dah lama renggang akan menjadi baik semula. Itulah kebaikan surah Ar Rahman.

#8. Mati seperti mati syahid

Jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan Surah Ar Rahman yang membolehkan anda mati seperti mereka yang syahid. Siapa yang tak nak mati syahid? Seluruh alam pasti inginkannya.

#9. Mendapat nikmat hidup

Tahukah anda, nikmat yang Allah berikan kepada makhluk adalah dalam bentuk rohani dan jasmani. Nikmat jasmani adalah kelebihan di dunia dan nikmat rohani memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Untungnya orang yang mendapat nikmat rohani dan jasmani. Anda juga boleh amalkan surah Al-Waqiah untuk mendapatkan keredhaan Allah Swt dan memberikan anda nikmat dan kurniaanNya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: bidadari

Baca juga: Alunkan Surah Al-Mulk Sebelum Anak Tidur, Barulah Lebih Tenang & Tidak Buat Perangai

Penulis

Lala Annuar