''Maafkan Ibu Tak Sempat Selamatkan Kamu,'' Anak 3 Tahun Maut Ketika Rumah Terbakar

Kebakaran rumah adalah kejadian yang paling tidak diinginkan kerana ia melibatkan kehilangan harta benda dan nyawa. Namun inilah ujian dari sang Pencipta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tragedi tidak diingini seperti kebakaran rumah kerap dilaporkan berlaku dalam negara. Meskipun tiada siapa yang sanggup berdepan dengan kehilangan harta benda dan nyawa, namun kita tidak dapat menolak takdir dan ujian dari Yang Maha Esa.

Menurut laporan oleh Berita Harian, seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia dipercayai terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Teluk Pelandok, Port Dickson semalam.

Berita kebakaran rumah, kanak-kanak 3 tahun maut

credit to sources

Mayat mangsa berusia 3 tahun telah ditemui dalam timbunan baju di sebuah bilik dan dipercayai lemas akibat terhidu asap selepas rumah yang didiaminya terbakar.

Dalam keterangan oleh Ketua Balai Bomba Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 11.52 pagi. 

Pihaknya telah bergegas ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa yang terlibat. Namun sejurus tiba, mereka mendapati rumah jenis separuh kekal berstruktur batu-bata itu sudahpun mengalami kebakaran sehingga 80 peratus.

”Ketika kejadian, kami dimaklumkan bahawa ada enam orang dalam rumah termasuklah mangsa iaitu ibu, datuk dan nenek serta dua lagi adik-beradik mangsa.”

”Kelima-lima mereka telah berjaya menyelamatkan diri dan tidak perasan mangsa tiada bersama ketika itu. Keluarga malang ini tidak dapat menyelamatkan kanak-kanak berkenaan kerana api sudah semakin marak yang menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam rumah untuk mencarinya.” ujar Mohd Kamal.

Jelasnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kejadian. Anggaran kerugian juga masih dalam siasatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, kebakaran tersebut berjaya dikawal pada kira-kira jam 12.20 tengah hari dan operasi pemadaman kebakaran ditamatkan pada jam 1.55 tengah hari.

Langkah yang perlu anda lakukan jika terperangkap dalam kebakaran rumah

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebakaran rumah boleh terjadi akibat kecuaian manusia, faktor cuaca yang terlalu panas, perbuatan khianat atau dipanah petir. Bagi berdepan dengan situasi ini, anda perlu tahu akan beberapa langkah keselamatan bagi mengelakkan berlakunya kehilangan nyawa.

#1. Kekal bertenang

Ia adalah perkara asas dan paling utama jika berdepan dengan sebarang situasi yang mencemaskan. Tidak kiralah ia melibatkan kes kemalangan, lemas atau kebakaran. Anda perlu kekal bertenang kerana panik hanya membuatkan otak anda tidak boleh berfikir dengan baik.

Bukan itu sahaja, jika kelam kabut dan panik boleh membuatkan jantung berdegup lebih deras, membuatkan anda cenderung menyedut asap toksik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Berkumpul di tempat yang selamat

Sekiranya terdapat orang lain di dalam rumah atau bangunan, cuba untuk berkumpul di tempat yang lebih selamat. Hal ini adalah untuk memastikan tiada siapa yang gilang dan menyukarkan proses menyelamatkan diri

#3. Menyelamatkan diri

Berusaha untuk menyelamatkan diri dengan sepantas yang mungkin ketika kebakaran tidak marak dan yakin bahawa anda boleh menyelamatkan diri. Bukan itu sahaja, pastikan laluan untuk keluar dari rumah adalah tidak membahayakan nyawa anda.

Hanya anda sahaja yang tahu bagaimana untuk menyelamatkan diri kerana anda berada di dalam rumah sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Merangkak ke lantai

credit to sources

Kebiasaannya, asap toksik daripada kebakaran akan berkumpul di bahagian atas iaitu di syiling. Bagi mengelakkan anda menyedut asap berbahaya itu, merangkaklah di atas lantai dan cuba dapatkan kain atau tuala basah bagi menutup hidung serta mulut anda.

#5. Jangan kembali semula ke tempat yang terbakar

Jika kebakaran menyebabkan anda tidak dapat keluar, cuba untuk berada di tingkap berdekatan supaya mereka di luar boleh nampak anda. Buang segala barang yang mudah terbakar seperti langsir. Cuba lambaikan kain atau apa sahaja untuk menarik perhatian pasukan penyelamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda sudah berjaya menyelamatkan diri, jangan sesekali cuba untuk masuk semula ke dalam rumah yang sedang terbakar. Tindakan ini boleh membahayakan nyawa anda.

Serahkan tugas menyelamat kepada mereka yang berpengalaman dan bertauliah.

Sumber: Berita Harian, Iluminasi 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ngeri! Budak 3 Tahun Disambar Api Ketika Bawa Botol Hand Sanitizer Di Tempat Pembakaran