X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ngeri! Budak 3 Tahun Disambar Api Ketika Bawa Botol Hand Sanitizer Di Tempat Pembakaran

14 Apr, 2020
Ngeri! Budak 3 Tahun Disambar Api Ketika Bawa Botol Hand Sanitizer Di Tempat Pembakaran

Kandungan hand sanitizer dengan 70 peratus alkohol boleh mendatangkan kecederaan sekiranya anda berada dekat dengan sumber api. Sentiasa berhati-hati,ya!

Ketika musim wabak penyakit ini, antara perkara wajib yang perlu setiap individu ada ialah cecair pembasmi kuman. Namun, menurut kajian kandungan hand sanitizer dengan kandungan alkohol sebanyak 60-70 peratus berpotensi menghapuskan kuman.

Semenjak tempoh kawalan pergerakan, hampir keseluruhan kedai sudah kehabisan stok hand sanitizer dan disebabkan permintaan tinggi ini, segelintir penjual telah menaikkan harga.

Kandungan hand sanitizer bawa kecederaan

bahaya kandungan hand sanitizer

Di Indonesia, seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dipercayai mengalami cedera parah pada bahagian muka dan badan selepas disambar api ketika membawa botol hand sanitizer di kawasan pembakaran sampah.

Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang Kiki Henky Gunawan di laman Facebooknya. Menurut Kiki, ketika kejadian ahli keluarga kanak-kanak malang ini dikatakan sedang membakar sampah di halaman rumah mereka.

Mangsa bernama Ganjar telah menghampiri kawasan pembakaran tersebut dan tangannya memegang botol hand sanitizer.

Namun nasib tidak menyebelahi anak kecil ini, api tiba-tiba marak dan menyambar bahagian wajah dan badan mangsa sehingga menyebabkan dia melecur teruk.

Menurut sumber, ahli keluarga yang menyedari insiden berkenaan segera membawa mangsa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan tetapi malangnya pihak hospital terpaksa menolak kerana dipenuhi dengan pesakit Covid-19.

Bapa ‘terkandas’ di Tangerang

Mangsa kemudian dibawa ke hospital lain dan dia kini sedang dirawat sebagai pesakit umum. Walau bagaimanapun, ahli keluarganya dikatakan tidak mampu untuk membayar bil perubatan berjumlah 21 juta rupiah iaitu bersamaan RM5,740.

Lebih meruntun hati apabila bapa mangsa masih terkandas di Tangerang dan tidak dapat pulang ke rumahnya untuk menjaga mangsa. 

Sehubungan dengan itu, Kiki telah meminta sumbangan orang ramai demi meringankan beban yang dihadapi Gajar dan keluarga melangsaikan bil-bil hospital.

Risiko penggunaan hand sanitizer

kandungan alkohol dalam hand sanitizer

credit to sources

Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), kandungan hand sanitizer mendatangkan beberapa risiko yang tersembunyi, seperti:

#1. Melemahkan sistem imuniti tubuh

Triclosan yang terdapat dalam cecair pencuci tangan ini boleh melemahkan sistem imunisasi pada tubuh badan yang berfungsi melawan penyakit.

Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Michigan School of Public Health, triclosan menjejaskan sistem imunisasi sekali gus menyebabkan individu lebih mudah mendapat alahan dan terdedah kepada bahaya toksik Bisphenol A, yang biasa ditemui dalam plastik.

Justeru, kandungan hand sanitizer ini akan membuatkan tubuh menjadi lemah dan kurang efektif dalam melawan penyakit.

#2. Menjadikan tubuh badan kebal antibiotik

Menurut kajian yang dijalankan oleh U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) pada 2011, didapati bahawa pekerja di sebuah tempat kerja lebih berisiko dijangkiti norovirus jika menggunakan hand sanitizer berbanding mencuci tangan menggunakan sabun.

Jelas sekali, sifat cecair pencuci tangan yang rintang antibiotik ini hanya akan membuat kuman dan bakteria ‘kebal’ di dalam tubuh badan kita.

#3. Kulit menjadi kering

kesan kandungan hand sanitizer

credit to sources

Kandungan hand sanitizer seperti ethanol, isopropyl, dan N-propanol boleh menyumbang kepada beberapa masalah. Hal ini kerana ia boleh mengeringkan kulit jika ia terkena pada mana-mana bahagian tubuh badan.

Bukan itu sahaja, ia akan merengsakan kulit, membunuh sel kulit yang terhidrat, membuang minyak semula jadi serta acid mantle, sekali gus meninggikan risiko dermatitis kontak.

#4. Tidak 100% berkesan

Jelas Aaron E. Glatt yang merupakan Naib Presiden Mercy Medical Center di Amerika Syarikat, penggunaan hand sanitizer mungkin dapat membantu membunuh kuman dan bakteria pada tangan, namun bukan 100%.

Sebagai contoh, beliau menerangkan bahawa cecair pencuci tangan ini tidak berkesan untuk melawan virus C. difficile, yang boleh menyebabkan keradangan pada kolon yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Hand sanitizer adalah pilihan yang kurang tepat. Menurut kajian tahun 2000, hand sanitizer dikatakan tidak mampu mengurangkan amaun kuman yang terdapat pada tangan malah meningkatkannya!

#5. Keracunan alkohol

Hanya kerana produk yang anda guna tidak mengandungi triclosan, tidak bermakna ia selamat digunakan ya? Terdapat banyak jenis alkohol lain yang ada di dalam cecair pencuci tangan ini, boleh mengakibatkan keracunan alkohol.

Pada Mac 2012, 6 remaja yang tinggal di Amerika Syarikat terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan alkohol selepas didapati minum hand sanitizer. 

Namun, janganlah anda menyangka bahawa keracunan alkohol hanya disebabkan anda meminumnya. Dengan menyapunya secara berlebihan juga boleh mendatangkan risiko!

Sumber: Kiki Henky Gunawan, Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ngeri! Budak 3 Tahun Disambar Api Ketika Bawa Botol Hand Sanitizer Di Tempat Pembakaran

Baca juga:

https://my.theasianparent.compembersih-tangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Ngeri! Budak 3 Tahun Disambar Api Ketika Bawa Botol Hand Sanitizer Di Tempat Pembakaran
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham