Kebebasan Untuk Suami, Isteri Perlu Beri Ruang, Suami Pula Jangan Ambil Kesempatan!

Sebagai isteri, fahami keperluan suami yang memerlukan kebebasan dalam ruang peribadi untuk memenuhi keperluan sosialnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila sudah berumah tangga, isteri harus faham suami juga perlukan kebebasan dan ruang buat diri sendiri antaranya melakukan hobi, bersosial dengan rakan-rakan, dan self reward.

Sebagai isteri, fahami keperluan suami yang memerlukan ruang peribadi untuk memenuhi keperluan sosialnya. Berilah masa dan ruang kepada suami. Pada masa sama isteri juga perlu mempunyai masa dan ruang aktiviti peribadi untuk dirinya.

Apabila memasuki alam rumah tangga, fasa ini merupakan fasa perkongsian tentang segalanya bersama pasangan.

Berkongsi Hobi

Mempunyai hobi bukanlah ancaman kepada hubungan suami dan isteri malah mampu mengukuhkan perhubungan antara kedua-duanya.

Apa yang lebih membahagiakan apabila aktiviti peribadi atau hobi itu boleh menjadi aktiviti bersama pasangan malah hubungan pasangan pasti akan lebih romantis apabila suami rasa dihargai dengan sokongan emosi yang diberikan isteri tersayang.

Hubungan rumah tangga pasti akan lebih bermakna apabila isteri dan suami berkongsi hobi yang sama. Berbeza dengan wanita, kebanyakannya secara rela akan melepaskan aktiviti yang mereka gemari sewaktu bujang kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada keluarga lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak. 

Apabila isteri mula berkongsi hobi dengan suami, hobi bukan lagi suatu aktiviti yang hanya mengisi masa lapang malah boleh dijadikan saat bersama yang memberi seribu manfaat buat pasangan dengan kebebasan bersama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, jika suami suka melancong, apa salahnya isteri yang menjadi peneman halal buat suami, pasti menyeronokkan.

Bagi suami yang mempunyai hobi melalui aktiviti luar seperti mendaki, berkhemah, memancing dan lain-lain, jadikanlah ia sebagai aktiviti keluarga.

Sebagai suami, rancanglah aktiviti ini agar pasangan dapat bersama-sama menjiwai keseronokan yang dirasai. Mungkin aktiviti sebegini dijadikan aktiviti wajib dalam keluarga dan dilakukan setiap dua atau tiga bulan sekali.

Ambil masa untuk berbincang dengan suami sekiranya suami mempunyai hobi yang kurang digemari isteri. Contohnya hobi suami memancing pada waktu malam akan meninggalkan isteri dan anak-anak pada waktu malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mintalah izin pada suami untuk pulang ke rumah ibu bapa anda atau itulah masa anda untuk keluar bersama teman rapat.

Suami Juga Perlu Berpada-Pada Berbelanja

Seperti yang dikatakan dalam laman Instagram Public Health Malaysia, ada suami yang bagai telah dirantai kaki sehingga segala geri dikawal.

"Ada suami yang takut untuk membeli barang untuk self reward sehingga nak beli barang untuk diri sendiri perlu disorok hantar ke pejabat.

"Sekali sekala benarkan mereka hadiahkan sesuatu untuk diri sebagai reward. Walaupun tubuh besar, di dalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang barang yang ingin dibeli," ujar hantaran tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, ada benarnya kenyataan tersebut. Ada suami yang hujung minggunya mahukan kebebasan digunakan untuk mencari koleksi hobinya misalnya mengumpul gajet, permainan gundam, koleksi kereta hot wheels.

Mungkin kebanyakan isteri tak berapa nak faham dengan kesukaan suami. Memahami hobi suami ada kalanya membuatkan isteri rasa seperti seakan-akan jatuh nombor dua.

Ketahuilah bahawa apabila melayan hobi suami, ia akan mengangkat darjat anda di mata suami di samping meletakkan sifat saling memahami dalam diri anda pada kedudukan yang paling tinggi di hati suami. Tidak dapat dinafikan bahawa jalinan persefahaman ini tidak akan terjadi sekelip mata.

Suami ini pun sifatnya macam budak-budak. Makin dilayan makin naik tocang Tapi kalau tak dilayan mulalah masam mencuka. Jadi letakkan syarat, berpada-pada dalam kebebasan berbelanja untuk hobi atau self reward.

Percayalah, sampai satu masa suami akan dapat menerima hakikat yang dia sudah berumah tangga dan ketika ini hobinya akan dilihat sebagai satu kehendak bukanlah keperluan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap pasangan pasti mengimpikan suami atau isteri yang menyayangi dan menghargai diri mereka. Setiap sokongan dan dukungan yang diberikan akan membuahkan saat penting dalam kehidupan seseorang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Atau Isteri Orang Di Pejabat Boleh Dipenjara!

Baca juga : 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

Baca juga : Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi