TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Atau Isteri Orang Di Pejabat Boleh Dipenjara!

5 Dec, 2023
Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Atau Isteri Orang Di Pejabat Boleh Dipenjara!

Perbuatan melakukan hubungan sulit di pejabat boleh meretakkan keharmonian institusi kekeluargaan yang dibina.

Pernah dengar tentang hubungan sulit di pejabat? Tentu sekali ini bukan pertama kali anda mendengarnya kerana perbuatan ini biasa berlaku dari zaman dahulu sehinggalah ke hari ini.

Banyak kes hubungan sulit di pejabat melibatkan mereka yang sudah berumah tangga yang akhirnya mencetuskan kemelut rumah tangga dan menyebabkan rumah tangga berantakan dan akhirnya berlaku penceraian.

Beberapa hari lepas tular satu hebahan infografik daripada jabatan kerajaan di media sosial X, tentang peringatan kepada penjawat awam mengenai larangan bercinta dengan suami orang atau isteri orang.

Hubungan skandal di tempat kerja dapat menimbulkan pelbagai masalah serius. Kesalahan ini bukan sahaja mencemarkan nama diri sendiri dan keluarga, malah boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam juga.

Maka, tidak hairanlah sekiranya jabatan di sektor awam anda bekerja mengeluarkan memo peringatan sedemikian rupa.

Mesti dah banyak kes tok hahahaa pic.twitter.com/zO1giWnsFJ

— TuanPremierMasbro Ayam Patah Pinggang BONGKERSZ (@bongkersz) December 1, 2023

Kenyataan tersebut menegaskan mengenai perbuatan yang merupakan kesalahan tatatertib yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam. Di mana, infografik tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menurut infografik tersebut, menjalinkan hubungan sulit antara penjawat awam sehingga menyebabkan hubungan suami isteri di rumah terjejas adalah merupakan kesalahan tatatertib. Ia boleh diertikan sebagai kelakuan yang memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

Selain itu, memikat wanita yang sudah bersuami juga merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.

Bagi penjawat awam yang beragama Islam, perbuatan ini merupakan kesalahan jenayah syariah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimana Hubungan Sulit Di Pejabat Boleh Tercetus?

Apakah penyebab hubungan sulit di pejabat terjadi dan bagaimanakah cara untuk mengelak daripada terlibat sama, terutama sekali jika anda sudah mempunyai keluarga?

Dan bagaimana untuk menjaga tatasusila jika anda masih bujang dan sedang mencari pasangan? Jangan menuding jari kepada lelaki sahaja, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 

1. Borak-borak sahaja

Tidak dapat dielakkan, sebagai rakan sekerja, memang ada ketika yang akan dihabiskan dengan berborak. Tipulah kalau semuanya bekerja penuh 7 hingga 8 jam sehari tanpa berkomunikasi secara kasual dengan rakan sepejabat. Dalam kita berkomunikasi dengan rakan sekerja, mestilah ada satu atau dua yang sekepala dengan kita, yang membuatkan kita berasa selesa.

Walaupun begitu, sekiranya individu ini adalah seorang bukan mahram kita, pastikan kita menjaga tatasusila ketika berbicara untuk menghalang perhubungan daripada menjadi lebih akrab dan melampaui batas yang dibenarkan.

Jangan kerana kita sudah terbiasa, kita merasakan “Alah.. borak-borak aje”. Ingatlah bahawa Iblis dan syaitan itu wujud dengan satu tujuan semata, iaitu untuk menjerumuskan anak Adam ke dalam bahaya.

2. Berkongsi masalah perkahwinan

Selalu dilihat di Twitter, isteri-isteri bengang kerana suami mereka berkongsi masalah perkahwinan kepada teman sekerja wanita. Selain daripada ingin melepaskan perasaan, adakah luahan itu bertujuan untuk mencari penyelesaian atau direka-reka untuk tujuan memikat si pendengarnya?

Masalah perkahwinan itu sangat peribadi dan sebagai seorang suami atau isteri, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyimpannya dengan rapi, dan berkongsi hanya dengan mereka yang layak untuk membantu menyelesaikannya seperti ahli keluarga dan kaunselor.

Berbalas-balas perkongsian masalah akan menyebabkan kita menjumpai titik persamaan yang akan menjadikan perhubungan lebih rapat daripada biasa, dan ini adalah bahaya. 

3. Menyambung komunikasi di WhatsApp peribadi

Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Atau Isteri Orang Di Pejabat Boleh Dipenjara!

Kehadiran saluran chat seperti WhatsApp,Telegram dan sebagainya memudahkan lagi komunikasi tanpa mengira masa dan ketika. Lantas, jika ini terjadi, pastikan komunikasi itu bersifat profesional. Apabila ada unsur-unsur yang tidak sepatutnya muncul, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur secara terus, melencongkan komunikasi ke arah lain atau berundur dari perbualan tersebut kerana itu adalah lebih baik.

Apabila muncul mesej-mesej pujian, pertanyaan yang tiada kena mengena dengan tugasan, perkongsian gambar yang tidak bersesuaian dengan tugasan, patahkan sahaja perbualan itu untuk menjaga tatasusila sebagai rakan sekerja. Andai kedua-dua pihak menyukainya, ini akan menjadi punca kepada tercetusnya perhubungan sulit di pejabat.

4. Keluar berdua

Stories Rakan Kongsi
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Parents, Here’s How To Effectively Support Your Child’s Dreams
Parents, Here’s How To Effectively Support Your Child’s Dreams
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Is Your Child’s Growth Stunted? Here’s What You Should Know
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important
Here’s Why Your Child’s Gut Health is Important

 Apabila keluar bekerja luar bersama, tidak kira untuk tugasan harian atau tugasan luar kawasan, berhati-hatilah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (HR Ahmad)

Ketiadaan mahram dengan kita menjadikan kita terdedah kepada godaan syaitan yang akan menyuruh kita untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah agama.

Strategi syaitan itu selalunya halus, hati berkata hanya sedikit-sedikit, apa salahnya. Lama-lama, terlanjur sudah. Lebih-lebih lagi jika terpaksa bertugas di luar negara dalam jangkamasa yang lama, atau sering kerja lebih masa dengan rakan sekerja yang kita suka.

5. Kenali batas-batas pergaulan

Sebagai muslimin, kita telah diajar batas-batas pergaulan dengan mereka yang bukan mahram, dengan ajnabi. Di antaranya ialah supaya menundukkan pandangan seperti firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 yang maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada golongan yang beriman hendaklah mereka itu menundukkan pandangan mereka.” (Surah An-Nur 24:30)

Mengapa perlunya menundukkan pandangan? Daripada Saidina Huzaifah Yamani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: “Sesungguhnya melihat kepada tempat yang elok yang ada pada tubuh perempuan adalah seperti anak panah beracun daripada anak panah iblis (kerana sangat cepat ia membinasakan), terselamatlah sesiapa yang meninggalkannya (kerana takut Allah).” (Ihya Ulumuddin)

Pepatah Melayu juga ada mengingatkan tentang bahaya mata dengan “Dari mata turun ke hati.” Inilah kerja syaitan yang perlu kita hindari. Selain itu, jagalah pakaian dan aurat kita juga agar ia tidak menjadi cabaran kepada orang lain di sekeliling kita. 

Hubungan sulit di tempat kerja ini berlaku kerana masing-masing kita tidak mengamalkan nasihat Islam di dalam kehidupan. Setiap langkah kita menuju dosa itu memang akan terasa nikmatnya, tetapi seringlah kita beringat kepada balasan Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingkar.

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada cabaran yang tidak mampu kita hadapi. 

Twitter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : “Saya ada hubungan sulit dengan bos saya. Adakah hubungan ini berbaloi?”

Baca juga : 7 Tanda Anda Mungkin Sudah Ada Hubungan Sulit Emosi Dengan Pihak Ketiga

Baca juga : Mimpi Pasangan Curang Ketika Tidur Boleh Jadi Petanda Buruk? Ini Jawapan Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Atau Isteri Orang Di Pejabat Boleh Dipenjara!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham