TOLONG HENTI Beri Anak Minum Kopi, Ia Sebabkan 5 Keburukan Ini Dalam Diam!

Tahukah anda tentang keburukan minum kopi kepada kanak-kanak yang boleh memberikan kesan tidak baik terhadap perkembangan tubuh jika diberikan terlalu awal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi penggemar kopi, mereka merasakan wajib untuk mengambilnya setiap hari supaya dapat memulakan kerja dengan lebih bertenaga. Namun tahukah anda keburukan minum kopi bagi kanak-kanak? 

Ini kerana, ada sebilangan ibu bapa tidak tahu keburukan minum kopi kepada anak sedangkan ia memberi kesan sampingan negatif pada perkembangan tubuh mereka. 

Boleh atau tidak kanak-kanak minum kopi?

Disebabkan terlalu banyak kedai kopi di mana-mana, maka ada kemungkinan ibu bapa membiarkan anak menikmati kelazatan kopi itu. 

Kajian terbaru menyatakan sebanyak 15% kanak-kanak di Boston Amerika Syarikat sudah terbiasa minum empat cawan kopi setiap hari kerana budaya mereka di sana yang sudah diajar mengambilnya sejak di awal umur. 

Namun, para ahli kesihatan menjelaskan, sebaiknya bayi dan kanak-kanak tidak diberi minum kopi terlebih dahulu kerana kafein yang terkandung boleh memberikan kesan negatif kepada mereka di masa hadapan. 

Penelitian juga membuktikan kanak-kanak seawal umur dua tahun yang diberi minum kopi lebih terdedah kepada masalah obesiti dan depresi.

Selain itu, keburukan minum kopi bagi kanak-kanak juga adalah mereka ketagihan makanan manis sehingga berisiko membuatkan berat badan naik secara mendadak. Malah kebiasaan minum kopi juga boleh mempengaruhi kualiti tidur anak sehingga mengalami tekanan.

Keburukan minum kopi bagi kanak-kanak 

Kredit: Orami

Bagi mencapai perkembangan anak yang positif, mereka memerlukan nutrisi penting seperti vitamin, mineral, protein dan serat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia sangat berbeza dengan kopi kerana minuman tersebut tidak dapat menyalurkan vitamin dan mineral yang baik bagi kesihatan tubuh si kecil. 

Malah, dengan minum kopi juga ia menghambat penyerapan zat besi sehingga berisiko mengalami beberapa kesan sampingan lain seperti berikut. 

#1. Keburukan minum kopi – Sukar tidur 

Pertama tentang bahaya minum kopi bagi kanak-kanak ini adalah membuatkan si kecil sukar tidur terutama di waktu malam meskipun mengambilnya dalam jumlah yang sedikit. 

Bahkan, kopi juga mengandungi kafein yang lima kali lebih banyak berbanding minuman soda. Jadi sebaiknya hentikan pemberian kopi ini kepada anak. 

#2. Keburukan minum kopi – Gigi mudah rosak 

Jika anak sudah terbiasa minum kopi, maka ia dapat mengikis enamel gigi seterusnya meningkatkan kerosakan gigi anak. 

Sekiranya lapisan gigi lemah maka ia memerlukan masa yang lama untuk membentuk lapisan yang baru. Jadi, anak terpaksa tanggung masalah gigi rongak, hitam, kekuningan dan lain-lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Keburukan minum kopi – Penurunan nafsu makan 

Dengan kopi juga ia boleh membuatkan nafsu makan anak menurun secara mendadak walhal tubuh mereka memerlukan nutrisi yang sekata setiap hari.

Maka makanan bersumberkan protein, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih diperlukan berbanding kopi. 

#4. Kerosakan tulang 

Perlu tahu, kopi bersifat diuretik di mana ia meningkatkan produksi urin atau air kencing. Tetapi, urin yang meningkat itu dapat menyebabkan defisiensi kalsium dan jika dibiarkan boleh menimbulkan kerosakan pada tulang anak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika terkandung 100mg kafein dalam tubuh maksudnya anak sudah hilang 6 mg kalsium dalam badan mereka. 

#5. Anak jadi  hiperaktif 

Minum kopi juga menimbulkan masalah tingkah laku pada anak seperti kecenderungan hiperaktif dan sukar untuk memberi konsentrasi kepada pembelajaran. 

Jadi tidak mustahil jika kopi boleh memberi kesan buruk kepada kemampuan kognitif dan prestasi anak di sekolah. 

Alangkah baiknya jika ibu menahan diri dari membiarkan anak minum kopi terlalu awal. 

American Academy of Pediatrics menyarankan supaya anak di bawah usia 12 tahun tidak minum kopi atau minuman berkafein yang lain. Sementara anak umur melebihi 12 tahun sebaiknya diberi minuman kafein tidak lebih dari 85 hingga 100 mg per hari. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, jangan sebarangan memberi anak minum kopi kerana ia tidak bagus untuk perkembangan mereka.

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Erinintyani Shabrina Ramadhini. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comminum-kopi-ketika-mengandung/

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan