Kedudukan Bayi Dalam Perut Mempengaruhi Cara Bersalin Nanti, Ibu Waspada Jika Bayi Songsang!

undefined

Kedudukan bayi dalam perut pada fasa kehamilan terakhir adalah sangat penting untuk memudahkan proses bersalin dan menyelamatkan nyawa ibu

Kedudukan bayi dalam perut merujuk pada posisi janin dalam rahim sebelum kelahiran. Ia adalah penting untuk diperhatikan kerana dapat menentukan sama ada ibu boleh bersalin secara normal atau mempertimbangkan pembedahan caesarean.

Kedudukan Bayi Dalam Perut

Kedudukan bayi dalam perut biasanya ditentukan berdasarkan bahagian badan bayi yang paling dekat dengan pintu keluar (serviks) rahim. Terdapat beberapa jenis kedudukan bayi dalam perut yang utama:

1. Cephalic Anterior

Ini adalah kedudukan janin terbaik untuk kelahiran. Ia bermaksud janin berada dalam posisi kepala ke bawah, menghadap tulang belakang ibu (menghadap ke belakang). Dagunya ditundukkan ke arah dadanya.

Janin juga akan sedikit ke sisi, dengan belakang kepalanya menghadap ke kanan atau kiri. Ini dipanggil okspital anterior kiri atau okspital anterior kanan.

2. Cephalic Posterior

Kadang-kadang, janin berada dalam posisi kepala ke bawah, tetapi menghadap ke atas. Dengan kepalanya ke atas, janin melihat ke arah perut ibu.

Anda mungkin mendengar kedudukan ini diberi nama panggilan “sunny side up.” Seperti okspital anterior, janin mungkin sedikit ke kiri (okspital posterior kiri) atau sedikit ke kanan (okspital posterior kanan). Kelahiran normal mungkin masih selamat.

2. Kedudukan Bayi Songsang (Breech)

Dalam kedudukan bayi songsang, bayi berada dengan punggung atau kaki ke bawah. Kedudukan ini boleh menyebabkan kesukaran semasa kelahiran normal dan mungkin memerlukan pembedahan caesarean. Terdapat beberapa jenis kedudukan sungsang:

  • Kedudukan Bayi Songsang Penuh (Frank Breech): Punggung bayi berada di bawah dengan kaki terangkat ke atas, dekat dengan kepala.

  • Kedudukan Sungsang Lengkap (Complete Breech): Punggung bayi berada di bawah dengan kaki dilipat di lutut, jadi bayi kelihatan seperti duduk bersila.

  • Kedudukan Sungsang Kaki (Footling Breech): Satu atau kedua-dua kaki bayi berada di bawah dan akan keluar terlebih dahulu.

3. Kedudukan Bayi Melintang (Transverse Lie)

Dalam kedudukan melintang, bayi berada dalam posisi melintang di dalam rahim, dengan kepala di satu sisi dan punggung di sisi yang lain. Kedudukan ini tidak sesuai untuk kelahiran normal dan memerlukan pembedahan caesarean.

4. Kedudukan Oblik (Oblique Lie)

Dalam kedudukan oblik, bayi berada pada sudut antara kedudukan longitudinal dan melintang. Kedudukan ini juga tidak sesuai untuk kelahiran normal dan mungkin memerlukan penyesuaian atau pembedahan caesarean.

Bolehkah Kedudukan Bayi Diubah?

Semakin hampir dengan kelahiran, bayi akan mula menunjukkan perubahan kepada kedudukan mereka. Semasa trimester pertama dan kedua, bayi anda mampu untuk bergerak ke seluruh tempat di dalam rahim.

Anda hanya akan mula merasai pergerakan mereka menjelang trimester yang kedua. Malah pada awal trimester ketiga juga, kedudukan mereka turut akan berubah.

Bayi anda akan terus ubah kedudukan mereka sehinggalah penghujung trimester yang ketiga iaitu pada usia kehamilan 36 minggu. Pada waktu ini, kedudukan bayi dalam kandungan adalah tetap untuk posisi bersalin nanti.

Jadi anda tidak perlu berasa risau sekiranya bayi anda kerap mengubah posisi kedudukan sebelum memasuki usia kehamilan 36 minggu ini.

Tanda Kepala Bayi Sudah Masuk Laluan

Tatkala kandungan anda memasuki usia 32 dan 36 minggu, kedudukan bayi dalam kandungan akan mula berubah di mana bahagian kepalanya akan berada di bahagian bawah.

Pada waktu ini juga, walaupun rahim anda membesar untuk menampung saiz bayi anda, tetapi disebabkan bayi anda semakin besar menyebabkan ruangan kosong yang terdapat di dalam rahim selama ini sudah menjadi penuh. 

Kedudukan kepala bayi yang turun ke bawah adalah untuk memastikan ia sesuai dengan pelvis bagi perjalanan ke saluran vagina untuk proses kelahiran nanti.

Kedudukan bayi dalam kandungan pada ketika ini terbahagi kepada dua iaitu kedudukan anterior dan juga kedudukan posterior. 

Jika bayi anda berada pada kedudukan anterior, proses bersalin anda nanti akan menjadi lebih mudah berbanding kedudukan posterior.

Ia adalah disebabkan oleh pada postur ini, dagu bayi adalah terletak elok di dada di mana kepala mereka bersedia untuk memasuki pelvis. Bahagian kepala yang ketat dapat menekan bahagian serviks dan membuatkannya terbuka untuk proses kelahiran.

Berbanding kedudukan posterior yang akan mengambil masa yang lama dan berpotensi untuk kelahiran yang sukar. Malah, kadang-kala ia turut memerlukan kaedah vakum, forcep atau cesarean.

Pada waktu ini juga, anda akan merasakan bahawa bayi anda telah turun lebih rendah ke bawah perut anda dan mengurangkan tekanan pada diafragma anda. Kedudukan ini akan membuatkan bayi anda lebih mudah untuk bernafas.

Kedudukan bayi yang jatuh ke bawah merupakan antara salah satu tanda pertama bahawa anda bersedia untuk bersalin.

Untuk mengetahui sama ada kepala bayi anda sudah pun memasuki laluan bukanlah sesuatu yang mudah dan dapat diketahui hanya dengan melihat perut anda sama ada bayi berada dalam laluan betul atau baby songsang.

Hanya doktor dan bidan terlatih sahaja yang akan dapat mengetahui kedudukan kepala bayi. Kaedah yang digunakan mereka adalah digelar sebagai Leopold’s maneuvers.

Kami ada senaraikan bidan terbaik untuk ibu hamil dapatkan urutan di sini.

Bayi Dalam Kandungan Sangat Aktif Bergerak

Sebelum dilahirkan, bayi di dalam kandungan akan bergerak dan berpusing dengan kerap. Jadi kedudukan mereka sering berubah dan tidak sama seperti kedudukannya beberapa jam kemudian.

Ibu-ibu hanya boleh mula merasa pergerakan bayi dari pertengahan kehamilan, tetapi apabila mereka semakin besar boleh lah ayah dan ibu mula bermain dan meneka kedudukan baby dalam perut!

Bila Perlu Jumpa Doktor

Memasuki usia kehamilan yang terakhir, keadaan bayi anda yang semakin besar dan kedudukan rahim dan perut yang sempit akan menyukarkan pergerakan mereka.

Kedudukan baby dalam perut pada waktu ini sangat penting kerana bayi anda perlu bersedia untuk proses kelahiran dengan mendapatkan kedudukan yang paling terbaik dan kedudukan anterior adalah paling ideal dan sesuai.

Terdapat beberapa kes di mana bayi berada dalam kedudukan yang tidak betul semasa akhir kehamilan. Mengetahui dengan jelas kedudukan bayi adalah sangat penting untuk memudahkan proses bersalin anda nanti.

Bagi bayi yang mempunyai masalah kedudukan ini, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan terbaik.

Semoga bermanfaat.

  1. healthline.com (2020, Mei 28) Signs That Your Baby Has Turned Into a Head-Down Position www.healthline.com/health/pregnancy/symptoms-of-baby-turning-head-down?utm_source=ReadNext

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Akibat Suka Keluar Malam Ketika Mengandung, Bayi Dilahirkan Bermasalah & Kerap Menangis

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Baca juga: Jantung Bayi Lemah & Tiada Pergerakan, Ibu Jangan Paksa Diri Berpuasa Jika Mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!