Luluh Hati Seorang Bapa, Anak Sanggup Maki Hamun Ibu Ayahnya Dalam Group Whatsapp

Kegunaan Whatsapp dalam kalangan anak-anak dilihat boleh memberikan kesan buruk terhadap tingkah laku mereka sehingga hilang hormat terhadap ibu ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kegunaan Whatsapp pada hari ini semakin mendapat tempat dalam kalangan seluruh lapisan masyarakat termasuklah anak yang bersekolah. Tidak dinafikan aplikasi ini amat mesra pengguna kerana sesiapa sahaja boleh menghantar mesej, berkongsi gambar, video dan membuat panggilan secara berkumpulan.

Walau bagaimanapun penggunaan Whatsapp yang tiada kawalan dan pantauan dari ibu ayah boleh menyebabkan anak-anak semakin hanyut. Mereka juga cenderung untuk lebih mempercayai rakan sebaya berbanding keluarga sendiri.

Kegunaan Whatsapp untuk mencarut orang tua 

Berdasarkan perkongsian di Facebook, Khairul Anuar Basri meminta ibu bapa untuk sekali-sekala periksa dan pantau kumpulan Whatsapp anak-anak.

Semalam seorang kawan saya telah menunjukkan screenshot perbualan salah seorang anaknya dengan kawan-kawan 'baik' di dalam kumpulan Whatsapp.

Sambil dia mengadu, sambil meminta pendapat. Apa dia nak buat? Apa salah dia sampai anak pun sanggup katakan begitu di belakangnya?

''Ayah aku marah aku doww.''

''Apasal pulak?''

''Aku pun tak faham. Dia suruh aku siapkan adik aku nak ke sekolah. Adik aku tak nak, dia nak buat sendiri. Last sekali ayah marah aku pulak. BANGSA*!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Laa. ye ke? Boleh tak aku nak carut?''

''Silakan. Hahaha. aku pun tengah sedih ni.''

''PUKIM**! CIBA*! BAB*! SIA*!.. okay dah.''

''Thanks sebab faham aku. Aku pun nak bahagia jugak. Tapi mak ayah tak faham aku macam kau faham aku.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berderau darah saya baca semua mesej tersebut. Ada banyak lagi. Tapi tak sanggup nak letak gambar dan petikannya di sini.

Kegunaan Whatsapp dalam kalangan anak dan rakan sebaya

foto: everypixel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menangis kawan saya tu sepanjang kami berborak.

''Aku tak pernah bagi anak aku lapar. Pakaian semua aku bagi. Tak pernah dia telanjang bulat.''

''Dari kecil sampai besar, macam-macam yang dia nak aku ikut. Kadang-kadang sambil marah pun aku bagi. Marah pun sekejap sahaja. Tak simpan langsung dalam hati. Macam tu dia panggil aku dengan kawan-kawan dia?''

Aduhh... kalau saya pun memang akan kecil hati. Sampai hati anak cakap macam tu dekat ayah dia.

Itulah realiti mendidik anak-anak zaman sekarang. Semuanya berpunca dari gajet dan telefon pintar. Tak nak bagi, benda tu sudah jadi satu keperluan. Bila di bagi, masalah lain pula yang muncul.

Masa minta nak pakai telefon dulu, nak bagi amaran dah. Ada benda yang baik dan ada banyak benda juga yang tidak baik. Jika tidak diberi, dia akan memberontak. Bila sudah bagi, macam-macam benda buruk dia berani lakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semuanya sebab berkawan. Semuanya sebab telefon.

''Anak aku ni baru umur 15 tahun. Ada 1 malam aku terjaga jam 2 pagi. Aku masuk bilik anak aku tu.''

''MasyaAllah. Astaghfirullah.. dia tengah duk bermesej dengan budak lelaki. Aku call budak lelaki tu dan sudah bagi amaran. Esoknya aku curi baca mesej anak aku dengan budak lelaki tu. Dia siap kutuk-kutuk aku lagi. Menitik air mata aku.''

Sekali-sekala pantau perbualan Whatsapp anak dengan rakan mereka

Allah... cabaran apakah ini? Kat mana salah ibu bapa mendidik anak-anak zaman ini? Kat mana yang tidak kena. Apa patut ibu bapa lakukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak lelaki cara anak lelaki. Anak perempuan cara perempuan. Siap ambil gambar entah apa apa. Entah dengan siapa lah dia berkongsikan kesemua gambar tersebut.

Whatsapp cara Whatsapp. Instagram cara Instagram. Facebook cara Facebook. Tik Tok cara Tik Tok. 

Bila kawan saya cerita tu, terus saya juga ada rasa takut. Saya pun ada anak-anak yang sebaya dengan anak dia. Lelaki ada, perempuan pun ada.

Anak-anak ni, tak tahulah dia tahu ke tidak semua benda yang dia buat dan cakap tu salah. Atau memang tidak kisah langsung. Apa nak jadi, jadilah?

credit to sources

Kadang-kadang mereka rasa rumah macam neraka. Semua benda rasa macam tidak boleh. Setiap masa rasa ibu bapa mengongkong. Akhirnya akan mengadu dan bercerita dekat kawan yang dianggap sebagai best friend forever.

Jadi ibu ayah, sekali sekali periksalah telefon anak-anak. Pantau perbualan dan bahasa mereka dalam kumpulan Whatsapp mereka.

Sentiasa beritahu anak-anak, syurga dan kebahagiaan sebenar anak-anak bukannya dengan kawan-kawan tetapi ibu bapa dan keluarga.

Tiada orang lain yang boleh sayang kita seperti ibu bapa sayang anak. Dengan roh, dengan darah.. Anak-anak adalah segala-galanya buat ibu dan ayah.

Sumber: Khairul Anuar Basri

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Biarkan Bayi Duduk Posisi Bahaya Ini Ketika Main Telefon, Ibu Ayah Sila Pantau!