Seorang wanita berumur 25 tahun baru-baru ini telah kehilangan ovari, uterus dan jari kaki selepas mendapati perancang kehamilan (IUD) yang dipakai bergerak ke bahagian perut dan hati.
Wanita tersebut yang bernama Tanai Smith berkongsi pengalamannya itu dan mengatakan, kadang-kadang perkara yang tidak dijangka boleh berlaku dalam hidup seseorang, hingga mempersoalkan adakah ia adil atau tidak. Namun ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada insiden tersebut.
Smith berkata dia ditawarkan alat pencegah kehamilan selepas enam minggu melahirkan bayi perempuannya pada 2014. Menurut wanita berkenaan, alat tersebut dapat berfungsi selama lima tahun.
Akan tetapi, semasa dia melakukan pemeriksaan tahunan dengan pakar sakit puan pada Oktober 2017, dia diberitahu bahawa doktor tidak dapat mengesan alat IUD tersebut dan terpaksa melakukan dua kali ultrasound.
Kehilangan ovari dan diagnosis dengan kanser
“Pada awal bulan November ketika sedang bekerja, saya mula mengalami rasa sakit yang sangat tajam di sebelah kanan bawah perut dan perkara pertama yang muncul di kepala ketika itu adakah ia kerana IUD tersebut?
Apabila keadaan bertambah teruk, Smith segera ke hospital bahagian kecemasan dan apabila mendapat keputusan X-Ray, doktor mendapati IUD tersebut telah tergulung di dalam perutnya.
Lantas dengan itu, Smith terus memberitahu doktor tentang apa yang berlaku dan dia perlu menjalani pembedahan segera bagi mengeluarkan IUD tersebut dengan cara melakukan pembedahan di bawah perut dan mengunakan skop.
Apabila selesai melakukan pembedahan itu, dia menyedari perutnya dipotong tiga kali dan turut diberitahu yang IUD telah pecah dan menular ke bahagian hati.
Kemudian dia dibenarkan keluar dari hospital meskipun mengalami pendarahan tetapi terpaksa bergegas kembali ke hospital semula pada malamnya.
” Tak cukup dengan itu, saya juga mengalami kejutan septik yang menyebabkan saya berada di ICU selama beberapa minggu. Malah, organ dalaman juga mula mengalami kegagalan dan diletakkan di atas alat ventilator”, katanya.
Wanita kehilangan ovari, beliau tidak sedar apa yang berlaku
Smith juga menulis dalam sebuah esei yang diterbitkan oleh Kesihatan Wanita mengatakan dia merasakan nyawanya berada di hujung tanduk dan tidak sedar dengan apa yang telah berlaku.
Dia turut berkata dirinya terpaksa berjauhan dengan anak perempuannya dalam beberapa minggu kerana tidak mahu peralatan perubatan itu menakutkannya malah dia juga hilang deria rasa di bahagian tangan dan kaki.
Pada minggu ketiga di hospital, deria rasa mula kembali semula di bahagian tangan manakala kaki pula mengalami kematian tisu akibat kehilangan aliran darah.
Pada 2 Februari, hampir dua bulan selepas pembedahan pertama akhirnya prognosis dilepaskan. Malangnya, jari kaki Smith terpaksa dipotong pada awal Mei dan tidak dapat melakukan pekerjaan sambilannya lagi.
Doktor juga memberitahu Smith, ia berlaku kerana sama ada IUD itu dimasukkan terlalu awal selepas bersalin dan rahim menolak atau otot yang mengetat pada setiap kitaran haid yang memaksa peranti pencegah kehamilan itu naik sampai ke bahagian perut.
Mungkin kes seperti ini jarang berlaku, namun sebagai wanita, anda haruslah mengetahui semua info sebelum mengamalkan sebarang perancang keluarga yang sesuai dengan anda.
Siapa yang tidak digalakkan untuk mengambil IUD?
- Wanita yang mengalami jangkitan kuman di bahagian alat kelamin
- Pernah mengalami kehamilan luar rahim.
- Sedang mengandung.
- Mengalami kanser rahim atau serviks
- Pendarahan faraj yang tidak normal
- Alah kepada tembaga (cooper allergy)
Risiko komplikasi dari IUD
IUD jarang memberi masalah serius namun komplikasi seperti berikut ini mungkin boleh berlaku:
- Jangkitan kuman bakteria dalam rahim
- Tembus dinding rahim
- Kehamilan di luar rahim
Kesan-kesan sampingan
Kesan sampingan ini hanyalah kemungkinan sahaja. Ia bukan untuk menakutkan anda kerana ada wanita yang memakai IUD berkesan sehingga kini, tanpa sebarang kesan sampingan yang serius.
Antara kemungkinan tersebut seperti:
- Aliran haid mungkin lebih banyak dan lama
- Mengalami senggugut dan sakit belakang
- Mengalami keputihan faraj lebih banyak dari biasa
- Mengalami pendarahan faraj kecil di tengah bulan
- Mungkin mengalami pendarahan selepas hubungan seks
Walaubagaimanapun alat perancang IUD yang telah ditanam tidak semestinya berubah kedudukan dan mencetuskan bahaya. Namun, jangan memandang remeh tentang risiko yang mungkin berlaku.
Semoga Smith tetap cekal dan tabah dengan apa yang berlaku dan tahap kesihatannya kembali pulih seperti sediakala.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Fox News, Alam Hamil
Baca juga:
Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang Alat Perancang Keluarga IUD (Intra-Uterine Device)