Tidak disangka, seorang bapa sanggup bertindak melakukan kejadian pembunuhan yang begitu kejam terhadap tiga orang anak dan isterinya.
Suspek, Rowan Charles Baxter dikatakan mempunyai tiga orang anak bernama Aaliyah,6, Laianah, 4, dan Trey, 3, meninggal ketika SUV putih milik keluarga malang ini berhenti di Camp Hill yang terletak di selatan tenggara Brisbane.
Kejadian pembunuhan kejam
Kejadian dikatakan telah berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi hari Rabu lalu telah menyebabkan suasana riuh-rendah jiran tetangga yang menyaksikan kejadian pembunuhan ini.
Manakala ibu kepada tiga orang anak berkenaan, Hannah Baxter, 31 dilaporkan meninggal dunia lewat malam pada hari kejadian kerana luka kebakaran yang dialaminya cukup mengerikan.
Difahamkan, dia berjaya melompat keluar dari kenderaan jenis Kia Sportage yang terbakar dalam api yang marak sebelum saksi kejadian yang berada di situ segera membawanya terus untuk rawatan hospital.
Hasil keterangan orang awam, lelaki berkenaan berusia 42 tahun dan juga bekas pemain NRL, telah mendekati kenderaan yang dinaiki oleh ibu dan 3 orang anak ini yang berhenti di tepi jalan sekolah.
Menurut jiran yang dikenali sebagai Snell, dia pada mulanya menyangkakan ia adalah gejala buli jalan raya sebelum sedar ia adalah lebih dari yang disangkakan oleh fikiran!
”Pada saat itu, saya melihat Hannah telah keluar dari kereta dan berguling di atas jalan untuk menghalang api pada badannya yang dibantu oleh orang yang melalui kawasan itu,” ujarnya.
Tambahnya lagi, sekelip mata sahaja api mula marak dan terdengar dengan jelas jeritan ”dia menuang petrol pada saya!”
Kronologi bagaimana ia terjadi
#1. Januari 2020
Pegawai polis Queensland menerima laporan mengenai keganasan rumah tangga yang melibatkan pasangan suami isteri.
#2. 19 Februari 2020- Pagi rabu
Bekas bintang NRL, Rowan Charles Baxter, dilihat mengisi bahan bakar di stesen petrol tempatan.
Pada 8.20 a.m, Baxter dikatakan telah memasuki kereta yang dipandu oleh Hannah ketika berhenti untuk menurunkan anak-anak mereka di sekolah Raven Street, Camp Hill, pinggiran bandar Brisbane yang kaya.
Tanpa melengahkan masa, dia terus menyimbah Hannah dan tiga anaknya dengan petrol dan mengunci pintu kenderaan berkenaan.
Jiran mendengar letupan kuat seperti letupan gas dan diikuti dengan empat lagi letupan yang lain. Baxter turut menghalang tindakan jiran yang ingin menyelamatkan isteri dan anaknya.
Dia yang ingin melarikan diri dengan kejadian pembunuhan yang dilakukan ini telah mencapai sebilah pisau dari SUV berkenaan dan menikam dadanya.
Seorang jiran berani mengorbankan dirinya untuk cuba menyelamatkan nyawa sekeluarga ini turut dijilat api.
Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Royal Brisbane and Women’s Hospital dalam keadaan kritikal.
#3. 19 Februari 2020- Malam rabu
Hannah telah meninggal dunia di hospital akibat luka terbakar yang dahsyat akibat kejadian pembunuhan kejam ini.
Penyebab jenayah bunuh
Rowan Baxter adalah pemain ex-NRL yang pernah berkontrak dengan Warriors New Zealand.
Beliau adalah ahli pra-musim Seleksi Presiden 2005 dan bekerja dalam industri sukan dan kecergasan selama 20 tahun dalam hidupnya.
Baxter tinggal di Brisbane bersama isterinya, Hannah dan tiga orang anak. Namun, mereka telah berpisah pada tahun yang lalu.
Pemain berusia 42 tahun itu membuka pusat gimnasium, Intergr8 dan CrossFit SMC di Capalaba bersama isterinya, tetapi mereka telah menutup kesemuanya setelah perceraian berlaku.
Keluarga dan kawan-kawannya yang tidak percaya percaya bahawa Baxter adalah seorang ayah yang penuh cinta dan berdedikasi.
Adalah sangat sukar untuk menyelamatkan diri ketika kejadian itu berlaku kerana keadaan diri Baxter didorong oleh pelbagai tekanan yang menghilangkan kewarasan diri.
”Ketika saya berada di lokasi berkenaan dan memanggil Triple-0, saya melihat tubuh Hannah. Ia berasap dan terbakar,” kata Snell.
”Baxter sangat marah dan berubah menjadi gila. Ia kelihatan seperti dia sengaja mahu melihat sendiri mereka terbakar,” katanya.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Baxter dikatakan sering memuat naik pada laman akaun Facebooknya dengan gambar dan video anak-anak dengan menggambarkannya sebagai ‘mereka dunia saya’.
Pada caption yang dimuat naik 6 hari yang lalu, ‘T-R-E-Y, saya menyayangi kamu bulan dan bintang,”
‘Selamat malam anak, Ayah mencintaimu,‘ dia menyiarkan sebulan yang lalu.
Pada 30 Disember, Baxter menyiarkan gambar tiga anaknya berkata ‘Saya merindui kamu semua’. Dikatakan, selepas perceraian Baxter telah berhadapan dengan situasi yang penuh dengan tekanan.
”Dia sering memikirkan dan hidup seperti dirinya yang dahulu penuh bahagia bersama Hannah serta anak-anak,”
Namun, dirinya telah terjatuh dalam tekanan sehingga sanggup bertindak membunuh mereka kesemuanya dalam sekelip mata.
Sumber: Dailymail
Kredit foto: Sumber.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkes-pembunuhan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!