Pandemik Covid-19, Sejauh Manakah Sistem Kekebalan Tubuh Mampu Melawannya?

Pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan negara masih mencatatkan bilangan pesakit yang positif. Bagaimanakah kekebalan tubuh mampu melawan wabak ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penghasilan sistem kekebalan tubuh secara semula jadi melalui pembentukan antibodi dipercayai menjadi senjata utama setiap manusia melawan pelbagai jangkitan virus termasuklah Covid-19.

Memandangkan masih tiada sebarang vaksin ketika ini, sistem imuniti badan adalah kaedah yang dilakukan oleh pihak perubatan dalam mengenal pasti jenis jangkitan pada diri anda.

Sistem kekebalan tubuh berdepan Covid-19

credit to sources

Dengan kewujudan sistem antibodi dalam badan, ia akan mengeluarkan isyarat tubuh sedang atau pernah melawan virus SARS-CoV-2 ini.

Namun, anda mungkin tertanya-tanya adakah pembentukan sistem kekebalan tubuh selepas jangkitan benar-benar mampu melindungi diri ataupun sebaliknya?

Dalam melalui bulan ke 6 fasa penularan jangkitan Covid-19, ia mungkin masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan tentang sifat-sifat antibodi yang terhasil akibat serangan virus misteri ini.

Walau bagaimanapun, gambaran awal apakah sistem imuniti yang bakal terbentuk selepas seseorang dijangkiti virus ini memberikan hasil kurang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan selepas dijangkiti 

foto: warta ekonomi

Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Korea Selatan, sebanyak 111 kes jangkitan semula telah berlaku kepada pesakit yang telah sembuh.

Ini menandakan bahawa keupayaan sistem kekebalan tubuh bersifat pasif yang terbentuk tidak mencukupi dalam melawan jangkitan sepenuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa orang pakar perubatan di negara lain menyifatkan ujian yang dijalankan selepas pesakit dirawat sebenarnya kurang tepat untuk mengesan kehadiran virus sehingga menyatakan ia sebagai keputusan ujian negatif dan pesakit dibenarkan pulang.

Menurut kajian di Shenzhen pula menunjukkan kes yang serupa apabila 38 daripada 262 pesakit didapati kembali positif selepas dibenarkan pulang ke rumah.

Penemuan ini turut menyokong kes terawal yang berlaku di Wuhan pada Februari lalu apabila seramai 4 orang petugas perubatan didapati positif semula selepas 5 hari mereka dibenarkan pulang dan diisytiharkan sembuh.

Berdasarkan kes tersebut, semasa jangkitan kali pertama, kumpulan pesakit menunjukkan simptom-simptom biasa seperti batuk, demam dan masalah pernafasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala jangkitan kedua, mereka tidak langsung menunjukkan sebarang simptom walaupun masih atau kembali dijangkiti.

Tempoh ketahanan antibodi dalam melawan penyakit

credit to sources

Dianggarkan antibodi tubuh seseorang yang terhasil berdasarkan wabak SARS 2003 dan MERS 2012, ia mampu bertahan 2 hingga 3 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian peringkat awal yang sedang dijalankan oleh kumpulan penyelidik di Pusat Penyelidikan Perubatan Erasmus, Belanda dan Harvard telah menganggarkan kemampuan sistem kekebalan tubuh terbentuk secara pasif untuk melawan jangkitan Covid-19 mampu bertahan sekurang-kurangnya 1 tahun.

Tempoh ketahanan ini amat bergantung kepada tahap kesihatan seseorang untuk ia menjadi lebih lama atau singkat.

Lebih membimbangkan, penularan Covid-19 ini diramalkan akan terus berlaku dalam skala lebih kecil untuk tempoh beberapa tahun disebabkan oleh cara penghantaran virus yang senang berpindah dari seorang individu kepada individu lain.

Kadar jangkitan dijangka akan mula menjadi perlahan selepas tubuh anda membentuk imuniti pasif semulajadi selepas jangkitan berlaku.

Beberapa kes melibatkan pesakit yang sudah sembuh kembali dijangkiti Covid-19 ini memberikan petanda bahawa terdapat hubung kait jangkitan virus dengan pembentukan sistem imuniti.

Setakat yang anda tahu, negara-negara yang mengalami fenomena empat musim ini akan menyebabkan masalah selesema berulang dalam tempoh singkat pada individu yang sama. Sedangkan tempohnya cukup untuk tubuh menghasilkan sistem kekebalan tubuh melawan serangan virus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerajaan di United Kingdom telah mula mengambil pendekatan berbeza dalam memperkenalkan strategi imuniti berkelompok atau herd immunity. Ia adalah keadaan mengharapkan para pesakit sembuh Covid-19 yang telah sembuh membentuk perisai semula jadi dalam mengawal penyebaran wabak.

Memandangkan penyakit ini masih misteri dan tidak ada sebarang vaksin lagi, anda perlu sentiasa mempraktikkan amalan kebersihan diri dan mendengar arahan kerajaan untuk kekal di rumah.

Meskipun kini diberikan sedikit kelonggaran keluar rumah, ia tidak bermakna bahawa anda bebas kemana-mana sahaja bersama anak yang masih kecil. Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan memakai topeng penutup muka sebagai langkah pencegahan ketika pandemik Covid-19 ini masih belum berakhir.

Sumber: Iluminasi

Kredit foto: xtra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenularan-penyakit