Ini sebab kenapa anda perlu susukan bayi anda mengikut permintaan!

Kekerapan bayi menyusu sering buat anda terfikir tentang bayi ini sebenarnya lapar lagi ke lepas menyusu. Ketahui berapa kerap mereka perlu menyusu.

Bayi anda yang baru lahir ini asyik minta susu saja! Sekejap-sekejap, asyik nak menyusu. Adakah dia sebenarnya tak puas minum susu dan masih kelaparan? Apa tanda bayi masih lapar walaupun lepas menyusu?

Kekerapan bayi menyusu badan ini pasti buat anda terfikir tentang besar mana atau kecil mana perut bayi sebenarnya.

Jadi jom kita semak, apakah kekerapan bayi menyusu badan sepatutnya membuatkan anda risau atau tidak.

Kekerapan bayi menyusu: Ini kenapa saiz perut bayi tak penting

Ini merupakan peringkat saiz perut bayi baru lahir anda.

Selepas melihat jadual ini, anda mungkin tertanya-tanya: Jika perut bayi kecil, kenapa mereka sering lapar dan kerap menyusu?

Menyusu bukan sekadar makanan untuk bayi. Ia juga sebahagian daripada rasa sayang dan untuk menenangkan mereka.

Tapi betul ke semua bayi baru lahir mempunyai perut sebesar buah ceri? Atau semua bayi umur satu bulan mempunyai perut sebesar telur?

Sains katakan tidak.

Kekerapan bayi menyusu: Ini saiz perut bayi menurut sains

Ramai pakar dalam bidang kelahiran bayi sering menyamakan perut bayi baru lahir dengan guli. Ia mungkin tak tepat. Satu guli hanya boleh menampung 5 – 7 mililiter cecair.

Kajian menunjukkan, secara purata, saiz perut bayi baru lahir adalah sebesar bola ping pong dan boleh mengandungi lebih kurang 20 mililiter cecair.

Sebenarnya, tiada jawapan yang tepat tentang besar mana perut bayi anda. Setiap bayi lahir dengan saiz perut yang berbeza – ada yang kecil, ada yang besar.

Bukan saja saiz perut yang menentukan selera dan kekerapan bayi menyusu.

Tapi, lekapan bayi, fleksilibiti perut mereka dan berapa lama masa yang mereka ambil untuk hadam makanan juga beri kesan kepada selera mereka juga.

Kekerapan bayi menyusu: Apa cara terbaik untuk susukan bayi? 

Menyusu bayi mengikut jadual mungkin bukan satu cara yang bijak kerana kita tak tahu berapa besar perut bayi kita sebenarnya.

Ada kemungkinan untuk bayi kenyang dalam masa beberapa jam dan ada juga yang memerlukan susu dengan lebih kerap.

Cara paling ideal untuk memastikan mereka tak lapar adalah dengan melihat tanda bayi lapar dan menyusu mengikut permintaan, walaupun ini bermakna anda perlu menyusukan bayi anda beberapa kali dalam masa satu jam.

Kekerapan bayi menyusu: Bagaimana cara untuk tahu bayi lapar? 

Ada banyak cara yang anda boleh tahu yang bayi anda sedang lapar susu, antaranya seperti:

  • menunjukkan refleks seperti membuka mulut dan mencari payudara anda atau mula menghisap apa-apa yang mereka jumpa
  • menangis atau fussy
  • menggerakkan kepala kiri ke kanan
  • membuka mulut
  • mengeluarkan lidah
  • meletakkan tangan ke dalam mulut
  • menggerakkan mulurt seperti sedang menghisap sesuatu

Jangan:

  • tunggu sehingga bayi betul-betul lapar dan menjerit sebelum anda menyusukan mereka. Mereka akan jadi gelisah untuk menyusu dengan betul. Menangis juga akan penatkan mereka. Mereka mungkin akan terus tertidur sejurus selepas hisap payudara anda.
  • risau jika bayi anda tak menyusu setiap dua ke tiga jam. Asalkan anda perhatikan tanda bayi anda lapar.
  • risau jika bayi anda lapar atau ragu-ragu jika anda tak mengeluarkan susu yang cukup. Menyusu dengan kerap akan banyakkan susu badan. Jika anda bimbang, perhatikan dua perkara: lampin dan berat badan. Jika bayi anda naik berat dan basahkan 5-6 lampin sehari, mereka baik-baik saja.
  • terlebih susukan bayi anda. Ada beberapa tanda yang jelas termasuk, hisapan yang perlahan atau berpaling dari payudara. Berhenti jika lihat tanda ini dan jangan paksa bayi anda untuk minum.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulisan asal Kevin Wijaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenyusukan-anak

Penulis

Nadia Ghafar