Pernah tak anda mendengar tentang kelahiran bayi dengan ketuban yang belum pecah?
Seperti yang kita tahu, setiap janin dalam kandungan akan berkembang dan dilindungi oleh air ketuban. Air ketuban akan pecah apabila menjelangnya kelahiran atau tanda-tanda ibu bakal melahirkan bayi.
Namun begitu, kelahiran bayi dengan air ketuban ini jarang kali kita dengar dan mungkin berlaku hanya 1 dalam 100,000 kelahiran.
Contohnya seperti yang terjadi baru-baru ini di Brazil apabila seorang bayi dilahirkan bersama air ketuban yang masih belum pecah!
Kelahiran bayi dengan ketuban
Ibu berkenaan yang dikenali sebagai Monyck Valasco, 34 mengatakan dia tidak pernah menyangka yang dia boleh mempunyai pengalaman kelahiran bayi dengan ketuban!
Keadaan kelahiran bayi dengan ketuban ini digelar En Caul di mana bayi yang dilahirkan masih berada dalam kantung amniotik (ketuban).
Bayi yang diberi nama Noah Valasco ini selamat dilahirkan di Hospital Praia da Costa di Kota Vila Velha, Brazil dan dilahirkan dalam keadaan tersebut secara pembedahan czer.
Meskipun kelahiran bayi dengan air ketuban ini jarang berlaku, namun menurut pakar perubatan ia tidak membahayakan janin mahupun ibu berkenaan.
Momen kelahiran bayi dengan ketuban
Momen indah kelahiran tersebut diabadikan melalui foto dan video yang dirakam oleh Jana Brasil yang sudah lama berkecimpung dalam dunia fotografi dan mengaku pernah menyaksikan momen yang sama suatu ketika dulu.
Menurutnya, kelahiran Noah jauh lebih berbeza kerana dapat melihat ekspresi wajah bayi tersebut dengan pelbagai mimik muka meskipun masih berada dalam kantung amniotik.
Gambar yang dirakam itu dimuat naik di laman sosial miliknya dan mendapat komen dan perkongsian yang banyak.
Apa itu En Caul?
Caul berasal dari bahasa latin yang bermaksud pelindung dan ia amat bertepatan dengan keadaan bayi yang masih terlindung di dalam air ketuban ketika lahir.
Namun ia tidak boleh dibiarkan lama kerana bayi harus segera mendapatkan oksigen secara langsung.
Biasanya, bayi yang lahir secara czer akan menyebabkan alatan yang digunakan untuk pembedahan boleh menembus cairan ketuban hingga bocor. Tetapi berbeza dengan situasi kelahiran Noah kerana air ketuban masih utuh melindungi bayi ketika pembedahan dijalankan.
Walau bagaimanapun, kondisi ini masih menjadi tanda tanya bagaimana bayi boleh lahir dengan keadaan tersebut dan belum ada doktor yang mengetahui alasan serta faktor penyebabnya.
Apapun, kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada keluarga Noah. Semoga kejadian ini dijadikan sebagai inspirasi dan satu kenangan yang takkan dilupa sampai bila-bila!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Penulis asal Anisyah Kusumawati. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Cerita Bersalin Ini Sungguh Gila Hingga Tak Dapat Diungkap Dengan Kata-Kata!