Senarai Kelas Antenatal Malaysia: Cara Mendaftar Dan Kelebihan Kelas Ibu Mengandung

Persediaan ilmu sambut orang baru sangat penting kepada bakal parents, ini senarai kelas antenatal Malaysia daftar segera!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengalaman pertama kali menyambut kelahiran bayi pasti mendebarkan. Bagi bakal ayah yang tidak tahu cara untuk membantu isteri semasa bersalin nanti, ini masa yang sesuai untuk mempelajarinya. Kami kongsikan senarai kelas antenatal Malaysia 2024.

Apa itu Kelas Antenatal?

Kelas antenatal adalah program pendidikan yang diadakan kepada ibu bapa untuk memberi pendedahan cara hidup sihat semasa mengandung.

Tidak kira sama ada hamil kali pertama atau tidak, menghadiri kelas antenatal memberikan peluang para ibu mempelajari lebih mendalam mengenai aspek kehamilan, kelahiran dan penjagaan bayi baru lahir.

Ibu yang hamil usia 28 minggu dan ke atas sesuai menghadiri kelas antenatal di hujung kehamilan kerana membantu ibu lebih bersedia menghadapi proses kelahiran serta menghadapi alam keibubapaan dengan ditemani suami.

Kelas Antenatal 2024 Di Malaysia

1. Kelas Antenatal Hospital Sungai Buloh

Kelas Antenatal ini terbuka kepada semua ibu yang sudah 28 minggu mengandung digalakkan untuk turut serta bersama suami.

Ia diadakan selama 6 jam pada hari Selasa minggu ke-4 setiap bulan.

Makanan ringan yang berkhasiat  dan bahan bacaan serta cenderahati turut disediakan oleh pihak penganjur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alamat: Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Lokasi: Sungai Buloh, Selangor

No tel: 03-61454333

Laman web: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Kos: Percuma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Kelas Antenatal PPUKM (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia)

PPUKM menawarkan kelas antenatal yang menyeluruh, diselenggarakan oleh pakar perbidanan dan jururawat terlatih.

Alamat: Jalan Yaacob Latif Kuala lumpur, Bandar Tun Razak,

Lokasi: Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

No tel: 03-9145 5555

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laman web: Jabatan Perubatan HCTM

Kos: RM150 per pasangan

3. Kelas Antenatal Hospital Islam Az-Zahrah

Kelas mega antenatal menawarkan kelas antenatal dalam islam yang meliputi pelbagai aspek kehamilan, proses kelahiran, dan penjagaan awal bayi termasuk penjagaan berkhatan.  

Terbuka kepada ibu hamil di usia kandungan seawal 16 minggu hingga 33 minggu.

Alamat: Dewan Rempah Ratus, EPF Learning Campus, Persiaran KWSP

Lokasi: Kajang, Selangor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

No tel: 016-332 8733/ 027-522 0754

Laman web: Hospital Islam Az-Zahrah

Yuran: RM99 (Untuk pelanggan Antenatal Az-Zahrah / Megaklinik Zahran)

RM159 (Bukan pelanggan)

4. Kelas Antenatal KPJ Selangor Specialist Hospital

KPJ Selangor Specialist Hospital menyediakan kelas antenatal yang menyeluruh, disampaikan oleh pakar perbidanan dan jururawat terlatih.

Kelas ini memberi penekanan kepada keperluan kesihatan ibu dan bayi semasa kehamilan dan selepas kelahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alamat: Lot 1, Jalan Singa 20/1, Seksyen 20

Lokasi: Shah Alam, Selangor

No tel: 03-5543 1111/3026/3028

Laman web: KPJ Selangor Specialist Hospital

Yuran: RM98 per pasangan

5. Kelas Antenatal MyFamily Melaka

MyFamily Melaka menawarkan kelas antenatal yang dirancang khas untuk membantu ibu bapa mempersiapkan diri untuk kehamilan dan kelahiran.

Ia mengambil kira keperluan individu dan menyediakan maklumat berguna untuk proses kelahiran dan penjagaan bayi baru lahir.

Alamat: Jalan Sungai Petai Permai 2 Utama, Taman Sungai Petai Permai

Lokasi: Alor Gajah, Melaka

No tel: 06 558 9292, 011-26707020

Laman web: Klinik MyFamily

Yuran: RM30 per pasangan

Kepentingan Hadir Kelas Permulaan Hamil

Pengalaman hamil adalah detik yang paling mencabar dan teruja terutama bagi ibu hamil buat pertama kali.

Pendedahan awal tentang persediaan bersalin sehingga berpantang sangat membantu pasangan supaya lebih bersedia menghadapi alam keibubapaan.

Antaranya:

1. Mengekalkan Kecergasan Fizikal

Ibu hamil dapat mengetahui dan memahami perubahan tubuh semasa hamil, termasuklah pemakanan yang seimbang dan senaman yang sesuai untuk menjaga kesihatan semasa hamil agar tidak menjejaskan kandungan.

2. Berjumpa Dengan Kenalan Baru

Melalui kelas antenatal, bakal ibu berpeluang untuk berinteraksi dengan ibu-ibu atau bapa-bapa lain yang mengalami situasi yang serupa, berkongsi pengalaman dan mengajukan soalan yang berkaitan.

Mungkin ada di antara mereka yang berkongsi tips berguna dan berkesan untuk diamalkan semasa proses bersalin nanti.

3. Kurang Stress Dan Lebih Tenang

Pertama kali mengandung pasti membuat ramai ibu terlalu banyak berfikir dan perkara itu tidak baik untuk perkembangan bayi.

Dengan mengikuti kelas antenatal secara berkala, ibu dan ayah dapat belajar teknik menguruskan rasa bimbang, cemas dan perubahan emosi yang berlaku sepanjang tempoh kehamilan.

4. Meningkatkan Keyakinan Diri

Apabila ibu sudah memahami proses kelahiran, tanda-tanda awal bersalin dan pilihan kelahiran normal atau pembedahan caesarean akan meningkatkan keyakinan diri untuk lebih yakin dan tenang kerana mengetahui perkara yang dijangka akan berlaku.

5. Mengeratkan Hubungan Dengan Pasangan

Dengan menghadiri kelas antenatal bersama suami dapat membantu isteri masing-masing kerana mereka akan dilatih bagaimana untuk menyokongnya semasa bersalin dan selepas kelahiran.

Sesungguhnya kehadiran suami semasa proses bersalin sangat membantu ibu bersalin dengan tenang dan lancar.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan lebih mahir dan tidak kekok mengendalikan bayi sendiri kerana belajar tentang penjagaan bayi seperti mandi, menyalin pakaian, cara mengendong bayi serta memberi pertolongan kecemasan.

eCentral

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Masuk Kelas Antenatal, Buatkannya Lebih Bersedia & Mudah Bersalin

Baca juga: Proses Bersalin Normal: Peringkat Kelahiran Bayi (Sebelum, Semasa & Selepas)

Baca juga: Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi, Take Note Ibu!

Penulis

Noorhidayah