Tak Perlu Sayang Potong Rambut, 5 Kelebihan Mencukur Rambut Bayi Lebih Awal

Di dalam Islam, mencukur keseluruhan rambut bayi yang baru lahir adalah amat digalakkan dan merupakan salah satu ibadat sunnah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu bukan kita melihat terutamanya mereka yang berbangsa melayu membuat majlis mencukur rambut bayi yang baru lahir.

Dan selalunya majlis ini dilakukan serentak dengan majlis aqiqah anak itu. Namun, mencukur rambut bayi bukan sekadar adat.

Tak perlu sayang potong rambut bayi. Selepas dibotakkan, rambut bayi akan tumbuh dengan sekata, malah lebih bersih dan sihat.

Apa Itu Cukur Jambul

Mungkin sesetengah berpendapat bahawa amalan mencukur rambut bayi merupakan adat sejak turun-temurun, sedangkan cukur jambul menepati sunnah Rasulullah SAW.

Tujuan cukur jambul ialah untuk membersihkan bayi dari segala kotoran. Rambut yang dicukur akan ditimbang serta berat rambut akan disamakan dengan berat perak atau emas untuk disedekahkan kepada fakir miskin.

Ini sebut di dalam salah satu hadis Rasulullah S.A.W; “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari yang ketujuh dan dicukur, lalu diberikan nama” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Tirmidzi).

Asalkan jangan cukur rambut bayi separuh sahaja kerana ia merupakan perbuatan qaza’ yang dilarang oleh syarak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Foto ehsan siraplimau

Hukum Mencukur Rambut Bayi

Di dalam Islam, mencukur keseluruhan rambut bayi yang baru lahir adalah amat digalakkan dan adalah ibadat sunnah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selagi tidak bertentangan dengan syariat agama, hukum mencukur rambut bayi adalah sunat muakad dan bukannya wajib.

Jadi sekiranya tidak dapat melakukan cukur jambul pada hari ke-7 kelahiran, cukur rambut bayi selepas 7 hari atau selepas 40 hari atau pada bila-bila masa yang berkelapangan. 

 Rasulullah SAW turut berpesan kepada anaknya, Saidatina Fatimah RA:

زِنِي شَعْرَ الْحُسَيْنِ وَتَصَدَّقِي بِوَزْنِهِ فِضَّةً، وَأَعْطِي الْقَابِلَةَ رِجْلَ الْعَقِيقَةِ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.” (Hadis riwayat Hakim dan al-Baihaqi)

Kelebihan Cukur Rambut Bayi

Apakah kelebihan mencukur kepala bayi hingga ia disunnahkan di dalam agama?

1. Kebersihan

Semasa lahir, bayi akan melalui laluan kelahiran yang juga kotor. Maka kotoran ini akan melekat pada kulit kepala dan rambut bayi. Kotoran ini tidak jelas di mata kasar, jadi, dengan mencukur kita dapat betul-betul membersihkan kulit kepada bayi yang baru lahir.

2. Aliran darah

Setelah kepala bayi dicukur bersih, aliran darah ke kepala akan lebih lancar. Secara tidak langsung, nutrisi yang diperlukan akan lebih mudah sampai.

3. Lebih mudah mengesan sakit kulit

Mesti anda perasan yang bayi mudah terkena sakit kulit kepala yang kelihatan seperti kelumumur yang sangat tebal. Dengan mencukur, kita akan lebih mudah mengesan sakit ini dan lebih mudah membersihkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Bayi lebih selesa

Selepas kepala bayi dicukur, pengudaraan kepala mereka akan lebih baik. Jadi, mereka akan lebih selesa. Malah, ada setengah rambut bayi menusuk mata dan telinga, mencukur adalah solusi baik untuk mereka lebih selesa.

5. Rambut lebih cantik

Sebenarnya, jika kita mencukur habis rambut bayi, rambut yang bakal tumbuh akan lebih cantik dan sihat berbanding rambut semasa lahir. Malah, rambu baru yang tumbuh juga lebih lembut berbanding rambut yang sebelumnya.

Banyak bukan kelebihan mencukur rambut bayi yang baru lahir. Tetapi jika anak anda dilahirkan memang tidak berambut, jangan bersedih. Anda masih boleh mengamalkan sunah ini dengan melalukan pisau cukur dikepala anak anda.

Jadi, selepas ini, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk membuat keputusan sama ada untuk mencukur atau tidak rambut anak anda. 🙂

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Takut, Ini Cara Cukur Rambut Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat

Baca juga: Boleh Cukur Jambul Bayi Dahulu, Baru Buat Aqiqah Jika Ibu Ayah Tidak Berkemampuan

Baca juga: Rambut Bayi: Bila Ia Tumbuh, Tips Penjagaan & 21 Cara Melebatkan Rambut Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma