Ibu Ayah Boleh Dapatkan Kelengkapan Tidur Bayi Berasaskan Latex Di Butik Genie By Getha Kuala Lumpur!

Berita baik buat ibu ayah di luar sana. Jenama kelengkapan tidur bayi bertaraf dunia yang menggunakan latex kini ada di Kuala Lumpur!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk kelengkapan tidur bayi berasaskan latex memang menjadi pilihan ibu bapa kerana kualiti dan ketahanannya. Berita baik buat ibu ayah di luar sana apabila apabila jenama kelengkapan tempat tidur bertaraf dunia yang menggunakan latex membuka butiknya, Genie by Getha di Kuala Lumpur. 

Pembukaan itu adalah sempena meraikan 52 tahun Getha. Genie by Getha memfokuskan kepada tidur berkualiti dan keselesaan optimum untuk si manja anda.

Kedai peralatan dan kelangkapan tidur bayi ini dibuka pada 19 November lalu di tingkat bawah (bahagian utara) Mid Valley, Kuala Lumpur.

Tidur bayi anda lebih bermakna dengan kelengkapan tidur bayi dari Genie by Getha

Tahun-tahun awal pertumbuhan dan perkembangan anak anda sangat bergantung pada tidur yang nyenyak dan berkualiti. Jika anda ibu bapa baharu atau sedang mencari hadiah untuk bayi yang baru dilahirkan, produk ini adalah pilihan yang paling tepat untuk anda. 

Genie by Getha menyediakan tiga kategori produk yang boleh anda dapati di butik emreka iaitu produk kelengkapan dan peralatan tempat tidur seperti tilam dan katil bayi, bantal. cadar, sarung, selimut. Selain itu mereka juga turut menawarkan peralatan mandi dan penjagaan kulit seperti losyen dan krim lampin. 

Jenama bayi Getha mempunyai kualiti dan tarikan tersendiri. Dari segi warnanya, kualitinya dan pelbagai lagi, ia menggambarkan personaliti bayi. Dengan lawatan ke butik jenama popular ini, anda akan disajikan dengan pemandangan bertemakan kanak-kanak yang bertenaga dengan warna yang pelbagai serta hiasan awan, bulan dan bintang yang dekat dengan jiwa kanak-kanak. 

Boleh bawa anak anda ke kedai kami dan lihat Getha Baby Dino yang diperbuat daripada susu getah asli yang digunakan untuk membuat peralatan tempat tidur bayi keluaran jenama ini.

Produk berkualiti yang pasti memuaskan hati ibu bapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di Getha, mereka tidak memberikan apa-apa selain yang terbaik untuk setiap isi rumah mendapat tidur malam yang nyenyak, terutamanya untuk si kecil anda.

Bayi memerlukan perhatian dan penjagaan tambahan yang menyebabkan disebabkan itu ia menubuhkan kedai yang khusus dalam produk peralatan tempat tidur bayi berasaskan kepada tiga konsep.

Tiga konsep asas produk Genie by Getha

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  1. Premium: Getha menggunakan sutera tulen yang dituai secara mampan daripada kepompong rama-rama sutera tussah Cina dan Jepun. Gentian sutera kelas bulu mempunyai kilauan halus dan rasa mewah lembut yang anjal pada kulit bayi anda, menjadikannya sempurna walaupun untuk kulit halus dan sensitif. Getha juga menggunakan benang yang berasal daripada biri-biri Texel Limoges di Perancis untuk sifat empuk yang unggul.
  2. Semulajadi: Getha membuat 100% buih latex semulajadi menggunakan proses pengeluaran Dunlop, yang merupakan kaedah yang paling menjimatkan tenaga untuk menghasilkan buih latex. Anda boleh merasai perbezaan antara kualiti yang kami berikan dalam koleksi peralatan tempat tidur kami berbanding dengan buih latex sintetik atau campuran yang kurang tahan lama dan berbahaya.
  3. Konsep siang dan malam: Bayi yang tidak cukup tidur akan merengek. Malah, bayi yang baru lahir biasanya menghabiskan lebih banyak masa untuk tidur daripada terjaga. Konsep Genie by Getha direka khas untuk menggalakkan tabiat tidur yang sihat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Genie by Getha di www.getha.com.my/pages/contact-us.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Genie by Getha

Baca juga: Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Bayi Enggan Tidur Itu Bukan Sebab Gangguan Mistik, Ini 5 Punca Kenapa Bayi Susah Tidur

Baca juga: Nap Time @ Tidur Siang: Berapa Kali Bayi Patut Tidur Sebenarnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar