Pek Sarapan Pagi Kellogg's Diagihkan Kepada 5,000 Frontliners Sepanjang Oktober Ini

Kellogg's melakukan insiatif mengedarkan pek sarapan pagi kepada 5,000 petugas barisan hadapan sepanjang Oktober ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Syarikat Kellogg (Kellogg’s), syarikat pengeluar bijiran dan makanan ringan terkemuka dunia, mengumumkan kerjasama dengan The Lost Food Project, untuk mengedarkan pek sarapan bagi keluaran syarikah berkenaan kepada petugas barisan hadapan sepanjang bulan Oktober tahun ini. 

Dengan kerjasama The Lost Food Project, Kellogg’s akan mengedarkan pek sarapan pagi yang mengandungi bijirin sihat, susu, buah-buahan dan Pringles kepada 5,000 petugas barisan hadapan termasyk petugas kesihatan, anggota polis dan sukarelawan di pusat vaksinasi sekitar Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan. 

Usaha ini juga adalah sempena Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober 2021 yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Kellogg’s Better Days, iaitu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang mensasarkan untuk mewujudkan Better Days untuk tiga bilion orang menjelang akhir tahun 2030.

Pek sarapan pagi Kellogg’s diagihkan kepada 5,000 frontliners

Kredit: beritaharian

Menurut Pengarah Urusan Kellogg Asia Tenggara, Anoop Abraham, Kellogg komited untuk menyediakan makanan berkhasiat dan melalui program pemberian makanannya.

“Bersempena dengan Hari Makanan Sedunia, kami sentiasa berusaha dengan menyantuni petugas barisan hadapan atas penat lelah mereka sepanjang situasi pandemik ini. 

Usaha untuk petugas barisan hadapan mulakan hari dengan positif

Kredit: astroawani

“Kami berharap pek sarapan pagi ini akan sedikit sebanyak membantu petugas barisan hadapan memulakan hari mereka dengan positif dan mewujudkan persekitaran lebih baik untuk keluarga mereka dan masyarakat secara lebih meluas,” katanya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, Pengasas The Lost Food Project, berkata ia adalah satu penghormatan bagi The Lost Food Project untuk bekerjsama dalam program Better Days anjuran Kellogg’s yang turut menangani masalah keselamatan makanan yang dihadapi pelbagai orang dalam masa yang sukar ini,” katanya. 

Better Days positif beri makna kehidupan lebih baik

Sejak permulaan wabak Covid-19, program Kellogg’s Better Days di Malaysia telah berjaya mencapai beberapa perkara termasuk

  • 1,155 bungkusan makanan, di bawah Essential Food Programme, terdiri daripada barang keperluan seperti beras, tepung, minyak masak dan makanan dalam tin serta makanan ringan diagihkan kepada kumpulan B40 dan keluarga di sekitar Labu dan Nilai di Negeri Sembilan;
  • 1,800 kotak bijirin, yang berjumlah lebih dari 18,000 hidangan, diedarkan ke Unit Respons Covid-19 di Hospital Sungai Buloh
  • 4.800 makanan ringan, berjumlah lebih dari 20.000 hidangan, untuk petugas barisan hadapan termasuk anggota polis dan anggota kesihatan di Negeri Sembilan dan Putrajaya, serta mangsa banjir dari Kelantan dan Pahang yang menjadi mangsa keadaan banjir baru-baru ini.

Jenis-jenis bijirin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1.Bijirin berasaskan gandum

Dengan memakan bijirin berasaskan gandum memberi kita nutrien dan manfaat lain yang sihat daripada semua bahagian bijian. Kajian menunjukkan bahawa produk-produk wholemeal cereal yang digabungkan dengan gaya hidup yang sihat, secara umumnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. 

#2. Bijirin berasaskan oat

Oat mengandungi tahap beta-glukan yang tinggi, iaitu serat pemakanan yang larut, yang membantu ke arah tahap gula darah yang lebih stabil, menurunkan kolesterol dan membantu menjaga perut dalam keadaan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oat juga mengandungi asid amino penting (protein). Antara produk yang terkenal dengan bijirin-bijirin berasaskan oat adalah Quaker Oat.

#3. Bijirin berasaskan rye

Cereal rye mempunyai beberapa warna yang berbeza di mana warna yang paling umum adalah biru-hijau dan warna oren. Rye tumbuh dengan cepat dan secara tradisinya digunakan untuk membakar roti dan crispbread, yang dibakar dengan bijirin penuh rye dan sourdough.

Serat rye adalah baik untuk kesihatan usus dan menyumbang kepada fungsi usus normal. Rye adalah sumber serat yang sangat baik. 

#4. Bijirin berasaskan barli

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Barli mengandungi beta-glukan, iaitu serat yang tidak larut, yang boleh membantu menurunkan tahap kolesterol dalam darah. Barli juga kaya dengan mineral penting untuk kesihatan kita seperti kalium, magnesium dan fosforus.

Dengan Indeks Glycemic yang rendah (GI), hampir serendah kekacang, ia mengambil masa yang lebih lama bagi tubuh badan untuk metabolisme tenaga dari barli.

Oleh itu, ia boleh memberi manfaat kepada pesakit kencing manis untuk makan barli kerana ia menstabilkan tahap gula darah mereka. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Membongkar manfaat bijirin penuh untuk kesihatan

Baca juga: Mantapkan hari si manja dengan bijirin sarapan pagi berasaskan bijirin penuh kegemarannya

Baca juga: Sarapan Bijirin Sihat Untuk Anak, Ini 5 Yang Terbaik Untuk Permulaan Hari Si Manja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar