X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sarapan Bijirin Sihat Untuk Anak, Ini 10 Yang Terbaik Untuk Permulaan Hari Si Manja!

Banyaknya pilihan sarapan bijirin di pasaran! tetapi yang mana satukah yang benar-benar sihat dan berkhasiat ya?

Apakah snek untuk anak yang sihat dan bagus untuk perkembangan mereka? Kami yakin pasti ramai di antara kita yang memberikan sarapan sihat untuk anak-anak.

Sarapan bijirin merupakan snek untuk anak yang bukan sahaja mudah disediakan, malah mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk perkembangan anak.

Bijirin penting adalah gandum, beras, jagung, oat, barli, rai, millet dan sorgum. Ia adalah sumber protein pemakanan, zat besi, vitamin B kompleks, vitamin E, karbohidrat, niasin, riboflavin, tiamin, serat dan jejak mineral yang penting bagi manusia dan haiwan.

Bran larut dalam bijirin juga membantu menurunkan kadar kolesterol darah dan juga mencegah penyakit kardiovaskular. Bijirin juga membantu mencegah barah, sembelit, gangguan usus besar dan gula darah tinggi. Jadi, apabila bijirin sarapan pagi digabungkan dengan susu ini menjadikannya satu menu sarapan pagi yang kaya protein.

Memilih Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Yang Terbaik 

[caption id="attachment_480486" align="aligncenter" width="670"] Kredit gambar: The Times[/caption]

Semasa membeli bijirin untuk anak yang masih kecil, idealnya anda akan memilih yang mempunyai gula tambahan 0-2 gram. Ini lebih kurang manis dan bebas dari jenis gula berlebihan yang tidak diperlukan oleh kanak-kanak di dalam diet mereka.

Bijirin sarapan sihat boleh dimakan kering atau dicampur dengan susu segar untuk lebih enak. Rasa susu itu sahaja sudah cukup untuk memberikan rasa tambahan yang sihat dan sedap walaupun bijirin tersebut kurang manis!

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih bijirin sarapan pagi untuk anak:

  • Jumlah gula (cari bijirin dengan kurang gula dari 4 gram atau 1 sudu kecil setiap hidangan)
  • Jumlah serat yang diperlukan untuk perkembangan anak yang sihat. Sarapan bijirin yang mengandungi 5 atau lebih gram serat untuk setiap hidangan adalah lebih baik.
  • Bijirin penuh Sebaik-baiknya carilah bijirin penuh untuk anak-anak. Perhatikan label sekiranya ibu ayah kurang pasti ya!
  • Sodium (Natrium) Bijirin sarapan seringkali ditambah garam. Kami mengesyorkan untuk memilih bijirin sarapan kanak-kanak yang mengandungi 400mg atau kurang sodium setiap 100g.
  • Bebas alergen Cari produk yang bebas gluten, terutamanya jika anak-anak berisiko untuk mendapat alahan.

10 Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik di Pasaran

[product-comparison-table title="Bijirin Sarapan Sihat Terbaik"]

Earth's Best Organic Whole Grain Multi-Grain Cereal

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Buat Bayi Beralih Kepada Makanan Pepejal

snack untuk anak, sarapan sihat

Bijirin Multi Grain Organik Earth's Best merupakan produk organik yang diperbuat daripada bijirin penuh. Tanpa perisa, warna atau pengawet tiruan, sarapan bijirin ini juga bebas kolestrol, bebas lemak dan mengandungi kadar gula yang rendah yang terbaik untuk bayi anda beralih kepada makanan pepejal!

Boleh diberi pada anak usia awal 8 bulan, ia mudah dihadam dan diperkaya dengan zat besi untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.

Apa yang kami suka?

  • Dibuat dengan bijirin penuh
  • Organik bersijil USDA 
  • Bebas lemak trans
  • Natrium Rendah
  • Lemak Rendah
  • Gula Rendah
  • Bebas GMO

Earth's Best Organic Whole Grain Multi-Grain Cereal

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Fawwaz Multigrain Cereal

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Jenama Tempatan

snack untuk anak, sarapan sihat

Tahukah anda, bijirin boleh diperkenalkan kepada anak seawal usia 8 bulan. Fawwaz merupakan jenama tempatan yang mengeluarkan produk sihat khas untuk bayi dan mempunyai produk bijirinnya yang tersendiri.

Fawwaz Multigrain Cereal sangat sesuai untuk menggantikan snek yang tidak sihat sekaligus memberikan khasiat untuk si manja. Produk ini boleh didapati dalam perisa strawberi dan pisang!

Apa yang kami suka?

  • Didatangkan dalam pek kecil
  • Mencair di mulut bayi
  • Mengandungi ramuan yang berkhasiat untuk anak menggunakan beras hitam, beras merah, beras perang, oat, serbuk buah dan minyak sawit.
  • Tanpa pengawet
  • Tanpa pewarna
  • Tanpa gula
  • Tanpa garam

Fawwaz Multigrain Cereal

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Freedom Whole Grain Maple Crunch

Bijiran Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Untuk Alahan

sarapan pagi yang bagus, sarapan sihat

Bijirin sarapan dari Freedom Whole ini adalah bebas gluten, bebas gandum, dan bebas kekacang jadi ia sangat sesuai buat kanak-kanak yang cenderung mengalami alahan.

Ini bermakna produk ini bukan sahaja menyihatkan, malah mempunyai rasa yang enak. Menariknya, sarapan bijirin ini rasa seperti penkek tetapi lebih rangup!

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat dengan bijirin penuh
  • Bebas dari gluten, gandum dan kacang
  • Sumber serat
  • Tanpa warna
  • Tanpa perisa tiruan
  • Bebas tenusu, telur dan soya

Freedom Whole Grain Maple Crunch

product imageBeli di Lazada

Nestle Cheerios Multigrain

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Jenis Bijirin Penuh

sarapan untuk anak, sarapan sihat

Cheerios Multigrain adalah gabungan gandum, oat, barli, jagung dan nasi yang enak dalam bentuk abjad O comel yang sedikit manis.

Snek untuk anak yang hebat dan mengandungi pelbagai bijirin ini menyediakan sarapan keluarga berkhasiat dengan serat makanan, vitamin dan mineral penting!

Multigrain Cheerios juga boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang dan rutin senaman yang teratur untuk membantu mencapai matlamat penurunan berat badan.

Apa yang kami suka?

  • Diperbuat dengan bijirin penuh
  • Gabungan gandum, oat, barli, jagung dan nasi
  • Sumber serat dan kalsium yang baik
  • Sumber besi yang sangat baik
  • Gebas gluten

Nestle Cheerios Multigrain

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Kelloggs Original Corn Flakes

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Harga Ekonomi

snek untuk anak

Kelloggs Original Corn Flakes pastinya menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa kerana produk ini sangat popular dan mudah didapati di Malaysia malah harganya sangat berpatutan untuk kategori bijirin sihat.

Setiap kepingan jagung yang enak hanyalah sebiji inti jagung emas asli, matang dan dijemur secara semula jadi di ladang.

Setiap mangkuk Kellogg's Corn Flakes menyediakan 50% keperluan vitamin D setiap hari, yang menyumbang kepada pemeliharaan tulang normal.

Apa yang kami suka?

  • Jagung, ekstrak malt barli, gula, garam
  • Tanpa warna tiruan
  • Tanpa perisa tiruan
  • Kandungan gula yang rendah

Kelloggs Original Corn Flakes

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Weet-Bix Little Kids Essentials

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Dengan 9 Vitamin dan Mineral

Jika ibu mencari bijirin dengan khasiat pelbagai vitamin, Weet-Bix Little Kids Essentials adalah pilihan terbaik.

Mengandungi 9 vitamin dan mineral penting yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan sihat kanak-kanak kecil sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, bijirin ini mempunyai nutrisi yang menyokong pencapaian pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Bukan itu sahaja, bijirin dengan kandungan 97% bijirin penuh ini juga mempunyai prebiotik yang memberikan bakteria baik untuk usus anak serta tinggi serat untuk sistem penghadaman yang lebih baik.

Menyediakan kalsium untuk tulang, gigi dan otot yang kuat, folat dan zink membantu menggalakkan pertahanan imun semula jadi yang kuat.

Enak dinikmati bersama susu, bijirin ini juga boleh digunakan sebagai bahan utama dalam menu sihat seperti lempeng, muffin, jejari snek, nugget, biskut, dan bubur.

Apa yang kami suka :

  • Rendah gula
  • Tinggi zat besi
  • Tiada garam tambahan
  • Tiada pewarna dan perasa tiruan
  • Mempunyai Vitamin B1, Magnesium dan Iron untuk fungsi otak & daya fokus yang tajam
  • Mempunyai Vitamin B2, B3 dan B6 sebagai bekalan tenaga untuk berkembang, belajar, dan bermain

Weet-Bix Little Kids Essentials

product imageBeli di Shopee

Kellogg's MuesliX Harvest Fruit Cereal

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Dengan Buah-Buahan Kering Dan Kekacang

Jika anak kurang menggemari bijirin sihat kerana rasanya yang tawar, ibu boleh memperkenalkan bijirin jenis muesli yang mempunyai buah-buahan kering dan kekacang sebagai pemanis semula jadi.

Semangkuk MuesliX bersama segelas susu bersamaan dengan kandungan serat 3/4 nasi beras perang yang membantu sistem penghadaman, protein dalam sebiji telur yang membantu membaiki kerosakan tisu sel dan zat besi dalam 4 cawan bayam yang membina sel darah merah. 

Apa yang kami suka : 

  • Menggunakan campuran 5 jenis bijirin
  • Mengandungi buah-buahan kering seperti kurma, peach kering, kismis, dan epal kerang
  • Mengandungi kacang dan bijian
  • Boleh dijadikan resipi biskut

Kellogg's MuesliX Harvest Fruit Cereal

product imageBeli di Shopee

Yogood Muesli Bars Strawberry

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Dalam Bentuk Bar

Anak selalu terlepas sarapan pagi kerana bangun lambat untuk ke sekolah? Jangan abaikan sarapan mereka kerana ibu boleh membekalkan bijirin jenis bar kepada anak untuk dimakan ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Bar jenis muesli daripada jenama Yogood ini menampilkan gabungan bijirin dan buah-buahan yang lazat yang disalut dengan yogurt berkrim.

Memberikan anak anda hidangan yang kenyal, beraroma dan lazat, setiap bar dipek individu jadi mudah untuk ibu bekalkan kepada anak-anak ke sekolah.

Apa yang kami suka :

  • Mudah dimakan pada bila-bila masa
  • Tinggi serat dan mempunyai kalori kurang daripada 100
  • Rasanya yang enak 

Yogood Muesli Bars Strawberry

product imageBeli di Shopee

Nature's Path EnviroKidz Organic

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Organik

Nature's Path memperkenalkan bijirin EnviroKidz Organic yang bukan sahaja menawarkan makanan organik yang lazat untuk kanak-kanak, bahkan melakukan kempen membantu menyelamatkan haiwan dan planet ini menerusi kotak yang menampilkan gambar haiwan-haiwan terancam.

Bukan sahaja peknya yang menarik, setiap satunya menawarkan pelbagai perasa yang enak seperti Rhino Rolls dengan perisa cinnamon bun, Panda Puff dengan bijirin jagung berperisa mentega kacang, Choco Chimps dengan bebola bijirin berperisa coklat, Leapin Lemurs dengan bijirin coklat bersama mentega kacang, Gorilla Munch dengan bijirin penuh jagung, serta Koala Crisp iaitu bijirin berperisa coklat.

Apa yang kami suka :

  • Pelbagai perisa ditawarkan, dapat menarik minat anak untuk cuba bijirin organik
  • Bebas gluten, tidak mengandungi GMO

Nature's Path EnviroKidz Organic

product imageBeli di Shopee

Dasto Crunchy Granola

Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Khusus Anak Obes

Antara jenama granola milik anak tempatan, Dasto Crunchy Granola merupakan bijirin campuran rolled oat bersama buah-buahan kering dan kekacang yang dipanggang rangup dan diperisakan dengan sirap nipah asli dan gula perang serta madu.

Diformulasi dan dikilangkan oleh bumiputera muslim, ia sesuai dihidangkan pada bila-bila masa dan boleh dinikmati seisi keluarga.

Rendah kalori, tinggi fiber, vitamin dan mineral, kurang manis, rendah GI untuk rasa kenyang lebih lama, bijirin ini sesuai untuk anak-anak yang mengalami obesiti yang ingin menurunkan berat badan dengan membantu mengawal pengambilan makanan dalam diet harian anak.

Apa yang kami suka :

  • Tidak menggunakan gula putih
  • Kenyang lebih lama
  • Membekalkan tenaga
  • Cara makan pun sangat mudah dan praktikal, tidak perlu dimasak atau direndam air panas.
  • Boleh dimakan bersama susu segar, yogurt, buah-buahan, salad, telur separuh masak/scramble, aiskrim, dan ratah begitu saja.

Dasto Crunchy Granola

product imageBeli di Shopee

Perbandingan Harga Bijirin Sarapan Sihat Untuk Anak Terbaik Di Pasaran

Jenama Berat Harga
Earth's Best Organic Whole Grain Multi-Grain Cereal 227 gram RM32.90
Fawwaz Multigrain Cereal 500 gram RM11.99
Freedom Whole Grain Maple Crunch 300 gram RM21.30
Nestle Cheerios Multigrain 300 gram RM10.11
Kelloggs Original Corn Flakes 45 gram RM15
Weet-Bix Little Kids Essentials 400 gram RM17.90
Kellogg's MuesliX Harvest Fruit Cereal 355 gram RM12.45
Yogood Muesli Bars Strawberry 138 gram RM10.20
Nature's Path EnviroKidz Organic 284 gram RM39.90
Dasto Crunchy Granola 350 gram RM15

Mereka yang mempunyai alahan terhadap gluten masih boleh menikmati cereal penuh dengan syarat mereka memilih produk dengan teliti.

Anda boleh memilih buckwheat, quinoa, wild rice, oat bebas gluten, beras perang atau bertih jagung.

Jangan lupa semak label sebelum membeli ya! Pilih makanan yang dibungkus kemas. Dengan itu, ia sentiasa kelihatan baik atau elok dan berbau segar.

Semak juga tarikh tamat tempoh dan garis panduan dengan teliti.

Semoga bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bijian penuh yang berkhasiat untuk permulaan hari si manja

Baca juga: 7 Menu Sarapan Pagi Untuk Anak Yang Simple Tapi Sedap, Barulah Kekal Bertenaga

 

Baca juga: Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

  • 8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

    8 Tuala Mandi Bayi Terbaik, Menyerap Dengan Bagus & Tidak Merengsakan Kulit

  • Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

    Ubat Gatal Kemaluan Wanita Di Farmasi Terbaik, Hilangkan Masalah Vagina Gatal & Berbau

  • Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

    Si Manja Mudah Meragam dan Susah Tidur Lena? Pilih Baby Rocker Idaman Ibu Ayah Dari Senarai Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.