Senarai Keluarga Artis Yang Bahagia & Miliki Anak Ramai, Meriah Bila Buat Family Bonding!

Keluarga artis yang meriah dan bahagia dengan anak ramai sering menjadi inspirasi buat para peminat. Mereka juga kelihatan begitu awet muda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap orang pasti memiliki artis atau selebriti kegemarannya sendiri. Namun tahukah anda ada beberapa keluarga artis yang begitu meriah dan bahagia dengan anak ramai?

Dikurniakan sebuah keluarga harmoni dan ramai anak merupakan suatu anugerah yang terindah dalam menyempurnakan hubungan suami isteri. Hakikatnya, setiap pasangan mempunyai sebab tersendiri untuk merancang dan membuat pilihan memiliki ramai anak atau sebaliknya.

Senarai keluarga artis yang meriah dan bahagia dengan anak ramai

Meskipun bagi sesetengah masyarakat menganggap ia satu tanggungjawab yang besar dan begitu sukar, namun sudah dijanjikan oleh Allah S.W.T bahawa anak adalah pembawa rezeki dan penyeri hidup berumah tangga.

Dalam hal ini, golongan pelakon Malaysia yang terkenal atau pengacara tidak ketinggalan dalam meneruskan legasi mereka. Antaranya adalah:

#1. Sari Yanti & Jep Sepahtu

Pelakon wanita Malaysia yang terkenal dengan sitkom Kisah Kaisara dan Juanna ini telah mendirikan rumah tangga bersama Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri bin Zainal Abidin pada 25 Februari 2017.

Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir, 1.

Pelakon wanita Malaysia yang anggun ini juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sari Yanti antara insan yang bertuah apabila dia pernah diuji dengan keguguran sebanyak dua kali semasa perkahwinan keduanya. Bukan itu sahaja dia juga memiliki satu tiub fallopian dan direzekikan kehadiran anak kelima mereka yang sihat dan sempurna.

”Saya ingatkan susah nak mengandung lagi setelah membuang tiub fallopian sebab tiub fallopian tinggal satu sahaja,” tutur selebriti cantik ini yang terpaksa membuang sebelah tiub fallopian akibat mengandung luar rahim,” kongsinya.

#2. Jamal Abdillah

Datuk Jamal Abdillah juga tergolong dalam senarai artis Malaysia yang memiliki anak ramai.

Ketika sebilangan rakan sebaya sedang leka bermain dengan cucu, penghibur terkenal, Datuk Jamal Abdillah pula terus dimurahkan rezeki cahaya mata.

Pada Februari yang lalu dia dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27 meraikan kehadiran cahaya mata kelima mereka, Iskandar Rayyan Yamani dengan berat 2.84 kilogram.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyanyi yang berusia 63 tahun itu berkata, menimang bayi usia sebegini tidak pernah memberi sebarang masalah buatnya. Bahkan, untuk berjaga di tengah malam menyiapkan susu atau menyalin lampin tidak pernah dianggap sebagai bebanan.

Jamal juga secara peribadi berkata, beliau sememangnya mahu memiliki anak yang ramai dan hasrat itu sudah disuarakan pada isterinya.

“Isteri saya beri ‘lampu hijau’ untuk tambah anak, tapi dengan syarat biarlah berjarak, jangan rapat sangat,” kata Jamal lagi.

#3. Ayu Raudhah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon wanita Malaysia yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Negeri Sembilan iaitu Zaquan Adha, ini bahagia melayari bahtera perkahwinan mereka dan dikurniakan lima orang anak.

Ayu Raudhah berkata, pada ketika ini dia lebih selesa meletakkan keutamaan pada keluarganya berbanding karier seni.

Pasangan tersebut berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 18 bulan.

Kalau dilihat, memang begitu meriah foto keluarga artis ini!

#4. Wawa Zainal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri 15 bulan.

Mereka berkongsi foto keluarga artis di akaun Instagram ketika majlis cukur jambul.

Dalam perkongsian yang lain, Aeril sempat memberikan ‘hint’ dan hajatnya untuk memiliki lima orang cahaya mata dengan menulis kapsyen di Instagram:

”Semoga Wawa sentiasa dalam lindungannya. Terima kasih sayang jangan tutup kilang dulu ya,” tulisnya.

#5. Yatt Hamzah

Pelakon Malaysia dan juga ahli panel forum-forum agama, Yatt Hamzah memiliki sulung perempuan berusia sembilan tahun. Ia merupakan hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala, perkahwinan bersama suami keduanya, Zulfadhli Khiruddin dikurniakan tiga cahaya mata perempuan dan seorang telah meninggal dunia.

Kelahiran anak yang keenam pada Julai tahun lalu telah melengkapkan keinginan seorang ibu untuk merasai cahaya mata lelaki.

Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke-6 (1 di Syurga), inilah anak lelaki pertama Bonda. Satu-satunya anak lelaki. Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini.

#6. Fauzi Nawawi 

Aktor Malaysia dan pengarah hebat, Fauzi Nawawi dikurniakan seramai 8 orang cahaya mata.

Perkahwinan pertama beliau dengan isterinya yang terdahulu telah dikurniakan dengan 4 orang anak iaitu Hainal Fatiha, Fareez Hazwan, Hanna Farisha dan Fikri Hakimi.

Seterusnya, Fauzi telah berkahwin dengan aktor Malaysia populor, Lisdawati pada 9 September 2007.

Setelah 10 tahun bergelar suami isteri, artis cantik ini telah dikurniakan dengan 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya dan Ahmad Nur Fydaus.

Dikatakan, hubungan Lisdawati dengan anak-anak tiri amat rapat sehingga ramai yang memuji aktor Malaysia yang awet muda ini.

Dalam membesarkan anak-anak, Lisdawati memberikan didikan yang sama rata dan tidak memilih kasih antara anak kandung mahupun anak tiri.

#7. Datin Rebecca Nur Al-Islam 

Dilimpahi rezeki dengan kehidupan yang cukup mewah dan 7 orang anak termasuklah 2 orang anak tiri pastinya memberikan kemeriahan dalam hidup Datin Becca dan suaminya.

Artis Malaysia perempuan ini dilihat sangat bahagia dengan kehadiran cahaya mata yang ke-5 pada bulan Julai tahun lepas melalui perkahwinannya dengan suami, Dato’ Nur Azam Sulaiman pada tahun 2011.

Bagi memudahkan urusan membesarkan anak, suaminya telah menyediakan pembantu-pembantu rumah buat isteri tercinta.

#8. Keluarga artis bahagia- Norman Hakim 

Pelakon lelaki Malaysia populor, Norman Hakim atau nama sebenarnya ialah Mohamed Nurhakim Zaidon kini telah menghampiri usia 46 tahun.

Beliau telah menamatkan zaman bujang dengan pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi 2008. Namun, jodoh yang tidak panjang membuatkan hubungan mereka terhenti dan sah bercerai selepas 6 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan pertama, beliau dikurniakan 3 orang anak iaitu Muhammad Danish Hakim, Marisa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Kemudian, pelakon lelaki Malaysia ini berkahwin kali kedua dengan Memey Suhaiza pada 2011. Keluarga artis ini dianugerahkan 3 orang cahaya mata.

#9. Naqiu (Boboy) 

Juara Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun lalu, Naqiu (Boboy) atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Mohd Najib terkenal dengan lagu Episod Cinta.

Berkahwin sejak lapan tahun lalu, Naqiu dan pasangannya iaitu Hani, dikurniakan 2 anak perempuan dan 3 lelaki berusia antara 11 bulan dan tujuh tahun.

#10. Sharifah Shahira 

Pelakon dan pengacara yang begitu penuh lawak jenaka, Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shira dan suaminya, Ijoy telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003.

Mereka dikatakan menjalin cinta ketika sama-sama membintangi drama Mat Desptach pada satu ketika dahulu. Keluarga artis bahagia ini telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena.

Artis wanita Malaysia ini turut memiliki seorang anak perempuan yang bernama Allisya hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya dahulu, Jatt yang merupakan vokalis Black Dog Bones.

#11. Johan Raja Lawak 

Penyertaan dalam program Raja Lawak musim pertama dahulu telah mengubah hidupnya dalam seni hiburan.

Pengacara dan juruhebah radio Hot FM, Johan atau nama penuhnya Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz dengan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Malaysia, Ozlynn Waty sebelum memasuki dunia hiburan.

Mereka telah dikurniakan seramai enam orang anak iaity Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Nur Latifah Chantiq, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.

Johan berkongsi bahawa dia menerapkan ilmu tauhid dan agama dalam keluarganya. Dia juga dilihat sering meluangkan masa bersama dengan anak dengan mengajar ilmu agama, mengaji dan ceramah.

#12. Awie

Bintang filem Sembilu, Maria Mariana dan Hantu Kak Limah Balik Kampung dianugerahkan 5 orang cahaya mata.

Selebriti ini telah mendirikan rumah tangga buat kali pertama pada tahun 1998 dengan seorang penyanyi, Erni Nazira. 

Perkahwinan ini dikurniakan dengan 2 orang anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasya dan Puteri Aleefa Antasya. Namun, hubungan mereka hanya bertahan selama 8 tahun sahaja.

Perkahwinan Awie dengan isteri yang kedua, Rozana Misbun pula memperoleh 3 orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Kasih Antasya.

Namun, mereka telah sah bercerai pada 1 November 2014. Kini, Awie dilihat semakin bahagia bersama isteri baharunya iaitu Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin yang diijabkabulkan pada 7 Oktober 2016 di Thailand.

Januari tahun lalu, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki, Putera Ahmad Andeeka. Ini menjadikan Awie memiliki enam orang anak.

Mesti meriah rumah yang dihuni dengan ramai cahaya mata. Sebab itulah orang tua-tua pesan waktu sihat dan muda ini beranaklah ramai sebab anak akan menjadi saham akhirat buat ibu ayah.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Saya & Suami Tak Mahu Anak Ramai,” Bayi Pramatang Meninggal Ibu Lambat Ke Hospital

Baca juga: Anak Ramai Tidak Susah Untuk Dijaga, Ibu & Ayah Ini Buktikan Mereka Mampu Lakukannya!

Baca juga: Murah Rezeki Anak Ramai, Wanita 38 Tahun Ini Viral Setelah Disahkan Hamil Kali Ke-16!