Keluhan Suami Tentang Penampilan Selekeh Isteri Di Rumah PUNCA Suami Curang

Keluhan seorang suami tentang isterinya yang selekeh dan bau "bawang" di rumah menyebabkan dia ingin curang mendapat perhatian ramai. Wajarkah keluhan itu?

Sebelum ini, di media sosial, terdapat keluhan seorang suami tentang penampilan isterinya. Dia menyatakan yang dia tidak senang melihat si isteri selekeh di rumah dengan memakai baju buruk, rambut tidak terurus, malah berbau seperti dapur ketika menyambutnya pulang.

Malangnya, kenyataan suami ini telah mendapat respon orang ramai. Tambahan lagi apabila lelaki ini mengatakan yang imej “selekeh dan buruk” isteri itu merupakan tiket untuk suami curang.

Baca juga: 16 Keluhan Ibu Sepanjang Hamil, Yang LAST Itu Kalau Muncul Memang Tak Tahan Menggaru!

Menurutnya, penampilan isteri itu membuatkan fikiran dan pandangannya ingin mencari seorang wanita dengan penampilan yang lebih cantik.

Berikut adalah apa yang ditulis Thedy Sukma (kami alihkan ia dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu): 

Keluhan seorang suami: Mengapa lelaki pilih untuk curang dalam perkahwinan

****

“Suami pulang ke rumah penat-penat menempuh jalan raya sesak. Kami hanya berharap dapat melihat sesuatu yang menyegarkan mata apabila balik ke rumah nanti.

Tapi eh, isteri punya selekeh… dengan baju buruk, rambut tak terurus dan berbau seperti dapur sambil menyambut suami. Itu ke isteri yang aku kahwini dulu?

Oklah faham, isteri mungkin sibuk di rumah. Tapiakhirnya masa berlalu, dan kemudian si suami (atau lelaki anda) boleh ternampak apa yang diingininya dan tergoda. Jangan salahkan suami jika mereka tergoda, ya!

Ini kerana dari naluri lelaki, otak dan mata mereka ingin melihat dan merasa sesuatu yang lebih segar.”

*****

Keluhan hati seorang suami menerima kecaman hebat

Status ini telah mengundang reaksi dari netizen. Lebih-lebih lagi setelah ia menjadi tular di media sosial. Ramai netizen terutamanya dari kaum ibu marah dan geram dengan status ini.

Bukan saja para ibu, malah salah satu respon datangnya dari seorang doktor O&G Hospital Rosela, Karawang. Dr. Cucuk Santoso yang telah memberi respon terhadap keluhan seorang suami itu.

Katanya, naluri lelaki yang melirik mata kepada perempuan lain kerana isteri selekeh, tidak terurus dan berbau bawang ialah naluri yang menyesatkan dan menyedihkan. Ini antara kata-kata doktor itu yang membidas keluhan suami tidak kenang diuntung tersebut:

credit to sources

****

THE POWER OF ISTERI ( JANGAN SAKITI HATI ISTERI )

Komen saya untuk lelaki atau suami yang tidak senang dan tidak suka dengan isteri yang berbau bawang, berbau dapur, berbau halia atau berbau seterika: 

Bila ada lelaki yang mengatakan memang naluri mereka untuk melirik ke arah wanita lain sebab isterinya tidak terurus dan berbau bawang, ia sungguh menyedihkan… naluri sesat.

Tugas suami ialah untuk membayar pembantu rumah dan memberi duit belanja untuk isteri.

Kalau tidak sanggup memberikan semua ini, jangan muncul dengan pelbagai teori hingga menghina wanita (isteri) yang terpaksa berkorban demi anda untuk menguruskan rumah dan anak-anak.

Buat apa jadi lelaki, tetapi duit takde, namun masih mata keranjang.. memalukan…!

Menjadi suami seharusnya memahami tugas isteri, jika mahu isteri cantik dan tidak berbau bawang, upah pembantu rumah dan beri duit untuk isteri ke spa.

Kuncinya ialah menyediakan duit kepada isteri, jika tiada modal, jangan mengata macam-macam kepada isteri. Cukup dengan sayang isteri, setia kepadanya dan kasihaninya…

Jadi lelaki jangan lemah… tiada kemampuan tetapi keluar dengan teori dan kata-kata pedih itu ini untuk membela pemikiran sesat mengikut nafsu. Setialah pada isteri! Habis kalau isteri itu tidak bersusah-payah ingin menguruskan rumah dan anak-anakmu, siapa lagi?

Adakah wanita cantik yang kau usha tempoh hari? Tidak bukan? Cubalah kahwini wanita itu dan lihat bagaimana jika tanpa kasih sayang dan perhatian suami, mana-mana isteri juga boleh tertekan dan menjadi serabut.

Sayangi isterimu, cintai isterimu. Jangan sampai kita menjadi lelaki yang curang pada wanita yang setia padanya.

Faktor ekonomi bukan alasan untuk membenarkan lelaki curang dalam perkahwinan. Miskin atau kaya, lelaki harus mempunyi harga diri.

Harga diri di hadapan isteri, harga diri di hadapan anak, harga diri di depan semua orang… harga diri yang tidak akan dapat dengan menyakiti hati isteri dan mencari pelbagai alasan untuk curang.

***

Apa pandangan anda tentang kata-kata doktor ini? Adakah ia bernas?

Bercakap tentang curang, banyak yang boleh menjadi punca. Namun baik suami atau isteri, anda haruslah komited dengan ikatan pernikahan.

Apatah lagi seorang suami yang sudah berjanji untuk menjaga isteri, anak dan membimbing keluarga untuk mandapatkan rumah tangga yang harmoni.

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sabar Isteri Ada Batasnya, Boleh Jadi Hilang Hormat Kalau Suami Sendiri Tak Mahu Berubah

Penulis

Aqma