Anak Juga Terdedah Dengan Risiko Kemalangan Di Rumah, Ibu Ayah Awasi Si Manja Anda!

Kemalangan melibatkan kanak-kanak berada pada kadar tinggi. Jadi, ibu bapa perlu mengambil tahu cara mengendalikan kecemasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak memang tidak akan lari dari terlibat dalam kemalangan-kemalangan kecil seperti terjatuh dari katil atau terluka akibat terlanggar bucu meja dan sebagainya. Namun, kemalangan melibatkan kanak-kanak yang lebih serius juga sering terjadi.

Apa anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kemalangan melibatkan kanak-kanak boleh terjadi di dalam rumah
  • Pentingnya ibu ayah mempelajari rawatan kecemasan bagi hal-hal kemalangan
  • Kemalangan yang sering berlaku pada kanak-kanak
  • Bila anak kemalangan di rumah, ibu ayah perlu lakukan beberapa perkara ini

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sudah kerap kali kita mendengar kes-kes tentang bayi tersedak susu, atau kanak-kanak terjatuh dari tingkat-tingkat tinggi sehingga melibatkan kematian. Sebagai ibu bapa, cerita-cerita begini tentulah menggerunkan. Pasti kita hendak jauh dari perkara-perkara sebegini!

Kemalangan melibatkan kanak-kanak boleh terjadi di dalam rumah

Namun, malang tidak berbau, pada bulan Februari lepas negara telah dikejutkan dengan berita bahawa seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah meninggal akibat tertusuk pisau.

Mangsa yang dikenali sebagai Nur Qhaisara Medina Supian telah disahkan meninggal dunia di Hospital Parit Buntar. Kisah menyayat hati tentang kemalangan yang menimpa mangsa kecil ini boleh menjadi pembuka mata untuk para ibu bapa lebih peka dengan persekitaran rumah.

Tidak dinafikan bahawa rumahlah tempat paling selamat, tetapi masih ada perkara yang perlu diambil perhatian bagi mengurangkan risiko kemalangan yang boleh membawa maut atau kecacatan seumur hidup.

Jadi, selain dari ibu dan ayah mengambil tindakan untuk menjadikan rumah sebuah tempat yang selamat dengan risiko kemalangan yang minima, anda sebagai ibu bapa juga boleh memahami aspek keselamatan dengan lebih mendalam.

Pentingnya ibu ayah mempelajari rawatan kecemasan bagi hal-hal kemalangan

Kita tidak tahu bila kemalangan akan berlaku, jadi ianya adalah lebih wajar sekiranya kita sebagai ibu bapa menambahkan ilmu dalam cara rawatan kecemasan bermula dengan penyediaan peti alatan rawatan kecemasan di rumah.

Bayangkan sekiranya si manja kita tersedak susu, berapa ramaikah ibu bapa yang tahu cara mengendalikan kecemasan ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya ini terjadi, reaksi pertama kebanyakan ibu bapa tentulah panik, bukan? Jika tangan anak melecur dek terkena cerek panas, apakah perkara yang para ibu dan ayah perlu lakukan?

Hatta, pentingnya untuk ibu bapa mempelajari rawatan kecemasan supaya kesakitan si manja tidak akan melarat.

Sebelum kita pelajari cara-cara untuk merawat si manja yang mengalami kemalangan, mari kita kenal pasti dahulu kemalangan yang sering terjadi kepada kanak-kanak kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemalangan yang sering berlaku pada kanak-kanak

  • Tercekik atau tersedak.  Kanak-kanak kecil, terutamanya bayi yang baru membiasakan diri dengan kemahiran motor mereka pasti akan mengutip apa sahaja barangan di lantai yang mereka nampak. Barang kecil seperti duit syiling dan butang-butang boleh menjadi punca si manja tercekik dan tersedak. Teknik penyusuan yang salah juga boleh menyebabkan anak tercekik dan tersedak.
  • Melecur. Sifat ingin tahu yang kuat pada kanak-kanak boleh menyebabkan mereka ingin menyentuh permukaan yang panas seperti permukaan seterika, cerek, dapur induksi dan sebagainya. Kulit mereka yang nipis lebih mudah untuk melecur apabila tersentuh permukaan dengan suhu yang tinggi.
  • Terjatuh, dan tertusuk benda tajam. Kanak-kanak boleh jatuh dari pelbagai tempat tinggi seperti katil, almari, kerusi dan sebagainya. Sekiranya lantai bersepah, si manja dikhuatiri akan tertusuk benda-benda tajam yang berada di lantai. Jadi, pantaulah si manja supaya tidak memanjat terlalu tinggi dan lantai juga sentiasa bersih dan kemas.

Bila anak kemalangan di rumah, ibu ayah perlu lakukan beberapa perkara ini

Setiap kemalangan yang disenaraikan mempunyai cara-cara pengendalian yang tersendiri. Sebagai contoh, kemalangan yang menyebabkan pendarahan memerlukan ibu atau ayah mengurangkan pendarahan tersebut dan kurangkan pergerakan si manja.

Sekiranya darah yang keluar dari badan si manja keluar secara memancut, maka ia tidak perlu dibasuh. Ibu atau ayah hanya perlu menekan kuat kawasan luka atau ikatlah ia dengan kain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi kemalangan yang menyebabkan si manja melecur pula, ibu atau ayah perlu pantas mengalirkan air sejuk pada bahagian melecur selama 20 hingga 30 minit dan buangkan bahagian kain yang menutupi kesan terbakar untuk mengelakkannya melekat pada kulit.

Jika tidak pasti, elakkan menyapu atau memakan ubat tanpa memeriksa dengan doktor! Lagi-lagi, dengan meletakkan produk seperti ubat gigi atau tepung dengan harapan hendak meredakan lecur. Sama juga jika terkena bahan kimia.

Cara terbaik untuk merawat ialah dengan mengalirkan air ke kawasan cedera dalam tempoh yang lama. Selain itu, anda hendaklah:

  • Memastikan menyimpan ais di rumah kerana ia boleh digunakan untuk merawat bengkak.
  • Peti kecemasan diisi lengkap dengan barang asas seperti kapas, minyak dan pembalut luka.

  • Belajar teknik asas bantuan kecemasan seperti bantuan pernafasan (CPR) dan cara merawat pendarahan.
  • Jangan panik! Segera telefon nombor kecemasan 999 sebelum membuat sebarang rawatan. Ini memastikan ambulans tiba cepat. Letak no phone kecemasan di peti ais magnet. 
  • Cegah kemalangan. Elakkan ia berulang kembali di rumah.

Semoga bermanfaat, dan sentiasa berjaga-jaga! Malang tidak berbau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Punca Kes Kemalangan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Makin Meningkat

Kemalangan Yang Melibatkan Kanak-Kanak Di Rumah: Cara Dan Langkah Mengatasinya

Peti Kecemasan WAJIB Ada di Rumah Lagi-Lagi Jika Ada Anak Kecil

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan