X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Apakah Punca Kes Kemalangan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Meningkat? Apa Cara Mencegahnya?

10 Nov, 2016
Apakah Punca Kes Kemalangan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Meningkat? Apa Cara Mencegahnya?

Pengawasan dan bimbingan penjaga amat penting untuk pastikan si kecil selamat. Tapi, ibu tahu apa punca kes kemalangan dalam kalangan kanak-kanak meningkat?

Punca Kes Kemalangan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Makin Meningkat, Ibu Ayah Ambil Perhatian!

Ibu bapa atau orang dewasa perlu menitikberatkan soal keselamatan di kalangan kanak-kanak kerana kanak-kanak adalah insan yang lemah. Dan yang paling menyedihkan, kecuaian ibu bapa antara punca kes kemalangan dalam kalangan kanak-kanak makin meningkat!

Pengawasan dan bimbingan oleh anda amat penting untuk memastikan si kecil selamat.

Lemas atau tidak sedarkan diri

punca kes kemalangan dalam kalangan kanak-kanak

Baru-baru ini, viral di laman sosial seorang kanak-kanak terkena sawan akibat adiknya yang tembam telah menindih muka kakaknya sehingga menyukarkan kakaknya bernafas.

Dalam hal ini, pengawasan ibu bapa adalah penting walaupun anak-anak cuma bermain dengan teman rapat mahupun adik beradik. Elakkan penyesalan sepanjang hayat, jagalah keselamatan anak anda.

Ibu bapa digalakkan untuk belajar teknik CPR yang penting untuk menyelamatkan nyawa anak kecil atau orang lain. Bila berada di rumah, tutup pintu bilik air kerana anak kecil amat suka bermain dengan air.

Mereka boleh lemas di dalam air baldi yang tingginya cuma beberapa inci sahaja.

Terjatuh atau tergolek

langkah mencegah kemalangan kanak kanak

Kemalangan disebabkan terjatuh atau tergolek kerapkali terjadi bila bayi atau anak kecil menggunakan walker dan buai.

Ibu bapa harus memantau penggunaan buai berspring dari semasa ke semasa kerana spring yang terlalu longgar akan mengakibatkan badan anak terhantuk ke lantai.

Jika ibu bapa tiada masa untuk memantau pengunaan buai semasa anak tidur, tidurkan anak di dalam kot atau katil bayi sahaja.

Kerusi walker tidak terbukti untuk mempercepatkan anak berjalan, tetapi lebih bahaya, kaki anak boleh tergilis dan anak berisiko untuk terjatuh dari walker beroda.

Kemalangan jalan raya

shutterstock_299138636-1

Latih anak untuk melintas jalan dan gunakan lintasan pejalan kaki dengan selamat apabila melintas. Nasihatkan anak supaya fokus bila melintas jalan dan elakkan bergurau senda di atas jalan.

Bila melintas jalan dengan orang dewasa, pimpin dan pegang erat tangannya supaya anak selamat. Bila memandu dan membawa anak kecil, jangan biasakan diri untuk memangku anak di riba dan anda tidur.

Tempatkan anak-anak di dalam kerusi khas untuk anak kecil di dalam kereta, untuk mengurangkan risiko kecederaan semasa kemalangan.

Apabila anak anda belajar menunggang basikal, pastikan mereka memakai topi dan pelapik lutut dan siku untuk mengurangkan impak kecederaan.

Keracunan

shutterstock_276701504-1

Sifat ingin tahu memang tinggi di kalangan bayi dan anak kecil.

Justeru, adalah penting untuk ibu bapa memantau anak-anak. Anak-anak suka memasukkan apa sahaja barang yang menarik perhatiannya ke dalam mulut.

Jadi, sebagai langkah keselamatan awal, simpan bahan cecair beracun dan peluntur di tempat yang tinggi dan selamat.

Simpan bebola naphthalene di tempat yang tinggi dan selamat. Tebas lah semak samun yang meliar di sekeliling rumah.

Anak anda mungkin menyangka semua cendawan yang tumbuh di laman anda boleh dimakan, seperti apa yang selalu ibunya masak untuk makan tengahari!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Melecur dan terbakar

cara mencegah kemalangan

Musim perayaan adalah musim untuk membakar meriam dan mercun. Tetapi untuk anak kecil, penggunaan bunga api dan mercun haruslah dipantau untuk mengelakkan kemalangan dan melecur.

Jangan belikan anak anda mercun semasa jika umurnya tidak cukup dewasa dan selamat untuk mengendalikan bahan mudah bakar.

Belikan anak anda bunga api sahaja.

Jika di rumah, sentiasa tutup periuk yang berisi masakan mendidih dan pindahkan di tempat yang selamat.

Jangan letakkan periuk atau makanan panas di atas meja yang mempunyai alas meja.

Kerana anak kecil boleh tarik alas meja dari bawah dan makanan panas boleh jatuh ke atas lantai atau mencederakan mereka.

Selamat mencuba dan semoga kita dan anak-anak yang tersayang selamat sentiasa!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Apakah Punca Kes Kemalangan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Meningkat? Apa Cara Mencegahnya?
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham