Anak Panggil ''Mama., Mama''- Wanita Sempat Buat 'Live' FB Sebelum Maut Dilanggar SUV

Kemalangan motorsikal telah meragut nyawa seorang ibu. Menyedihkan, 'live' di FB yang dirakam jelas kedengaran suara anak memanggilnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video ‘live’ terakhir wanita ini mungkin jadi kenangan terakhir buat suami dan anaknya apabila dia maut dalam kemalangan motorsikal dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (SUV).

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Kemalangan motorsikal, ibu sempat buat live FB sebelum motor dilanggar dari belakang 
  • “Mama…mama..” kedengaran suara anak dalam rakaman live

Menurut laporan ohmymedia yang memetik laporan Berita Harian, dalam kejadian di Kilometer 10 Jalan Kunak-Tawau itu, difahamkan wanita warganegara Indonesia itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami, 39, dan anaknya berusia 9 tahun mengalami cedera ringan.

Kemalangan motorsikal, ibu sempat buat live FB sebelum motor dilanggar dari belakang 

Menurut Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat, sisasatan awal mendapati kemalangan itu membabitkan motosikal jenis Yamaha 135 LC dan Proton X70. 

Beliau menjelaskan setibanya di tempat kejadian pemandu Proton X70 dikatakan telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya dan pada masa sama, motosikal yang ditunggang bersama dua pembonceng dari arah bertentangan cuba membelok ke kanan untuk masuk ke simpang kanan jalan sebelum dilanggar.

“Akibat pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal telah tercampak ke bahu jalan manakala kedua-dua pembonceng dan motosikal terseret kira-kira sepuluh meter,” katanya menerusi satu kenyataan.

“Mama…mama..” kedengaran suara anak dalam rakaman live

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang lebih meruntun hati netizen adalah rakaman live wanita berkenaan ketika membonceng bersama suami dan anaknya yang pada mulanya merakam perjalanan itu dan nampak pantulan dia dan suami di cermin pandang belakang motosikal.

Namun, beberapa minit selepas itu arah pandangan kamera bertukar kepada pemandangan langit dengan beberapa suara dipercayai orang awam, suami kepada wanita berkenaan dan juga anaknya kedengaran dalam rakaman itu. 

Demikian antara suara yang kedengaran dalam video berkenaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Cepat ke sini, ada kemalangan, tersepit kereta Ya Allah…”

“Aduh ya Allah, gostan (undur) sikit, saya punya anak bah…astaghfirullah”

“Mama…mama..”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Juga Terdedah Dengan Risiko Kemalangan Di Rumah, Ibu Ayah Awasi Si Manja Anda!

Baca juga: 2 Beradik Berpelukan, Terkejut Tengok Tubuh Ibu Di Bawah Kereta Yang Maut Kemalangan

Baca juga:  Jururawat kemalangan di Kuala Lipis – suami, ibu dan anak semuanya terkorban!

Penulis

Lala Annuar