X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Budak 10 Tahun Maut Ketika Cuba Tahan Kereta Mengundur Sewaktu Bermain Dengan Adik

26 Apr, 2022
Budak 10 Tahun Maut Ketika Cuba Tahan Kereta Mengundur Sewaktu Bermain Dengan Adik

Reverse kereta atau kenderaan mengundur boleh membahayakan anak kecil, lebih-lebih jika tiada pemantauan dari orang dewasa ketika bermain

Malang buat seorang kanak-kanak perempuan apabila dia maut digilis kereta ketika cuba menghentikan kereta reverse secara tiba-tiba selepas dia melepaskan brek tangan ketika bermain dalam kenderaan itu bersama adiknya di rumah mereka di Kampung Keledang, Kuala Ketil pada 22 April yang lalu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tragedi kereta reverse dan mangsa cuba menahannya
  • Meninggal dunia ketika dalam perjalanan

Tragedi kereta reverse dan mangsa cuba menahannya

Menurut laporan oleh Harian Mentro, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2 petang. Ketika itu, mangsa Aisyah Amani Amirrudin, 10, murid Sekolah Kebangsaan Tawar terperosok bawah Proton Wira merah milik keluarga dalam keadaan tubuhnya membongkok ke tanah.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di hadapan dua kakak, adik lelaki dan juga bapa saudaranya yang ketika itu bertungkus lumus cuba membantu mengeluarkan mangsa bagi menyelamatkannya.

Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat pendarahan di kepala selain tulang tengkorak patah kerana digilis kereta berkenaan.

Sumber berkata siasatan mendapati ketika kejadian mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik tinggal di rumah terbabit bersama bapa, bapa saudara dan nenek.

Katanya, bapa dan nenek mangsa tiada di rumah dan ketika itu hanya ada dua kakak berusia 15 serta 12 tahun, adik lelaki berusia tujuh tahun dan bapa saudaranya yang berusia 29 tahun serta masih bujang dalam rumah terbabit.

"Mangsa ketika itu sedang bermain bersama adik lelakinya di luar rumah manakala kakak sulung sedang mengulang kaji pelajaran dan kakak kedua pula sedang tidur di ruang tamu.

"Bapa saudara mangsa yang bekerja sebagai pemandu ambulans sebuah syarikat swasta pula sedang bersiap dan baru selesai mandi untuk ke tempat kerja," katanya.

Meninggal dunia ketika dalam perjalanan

Menurutnya, kejadian mangsa terperosok bawah kereta itu hanya disedari dua kakaknya selepas mendengar jeritan adik lelaki dan mereka terus meluru keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Adik bongsu menunjukkan mangsa di bahagian belakang kereta dan melihatkan kejadian itu semua tiga beradik berkenaan menjerit meminta tolong bapa saudara yang berada dalam rumah.

"Bapa saudara yang meluru keluar melihat tiga beradik berkenaan berusaha mengeluarkan mangsa di bahagian belakang bawah kereta sebelum lelaki terbabit menggunakan kudratnya menolak kereta ke hadapan dan berjaya menarik mangsa keluar," katanya.

Menurutnya, tanpa berlengah bapa saudaranya terus membawa kanak-kanak itu ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani menggunakan ambulans milik syarikat namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

"Hasil siasatan awal, adik bongsu mereka mendakwa kakaknya itu masuk dalam kereta dan bermain di tempat pemandu sebelum dia menurunkan brek tangan membuatkan kereta berkenaan mengundur.

"Kanak-kanak itu juga mendakwa kakaknya yang panik terus berlari keluar ke belakang kerana mahu menahan kereta daripada terus bergerak sebelum dilanggar dan terperosok bawah kenderaan terbabit," katanya.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati tempat parkir kereta itu agak bercerun dan berbukit.

"Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat dan pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan di belakang leher dan kepala.

"Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Dugaan Berganda: Seorang Ibu Hilang Suami & Anak Yang Maut Dalam 2 Kemalangan Berbeza!

Baca juga: Tular Kanak-Kanak Duduk Luar Tingkap Sewaktu Kereta Bergerak, Bahayanya!

Baca juga:  Budak 4 Tahun Meninggal Dihempap Batu Pagar Ketika Ibu Sediakan Juadah Berbuka

Stories Rakan Kongsi
Tahukah Anda Tentang 5 Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?
Tahukah Anda Tentang 5 Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
How Can I Improve My Child’s Nutrient Absorption?
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Budak 10 Tahun Maut Ketika Cuba Tahan Kereta Mengundur Sewaktu Bermain Dengan Adik
Kongsikan:
  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.