'Ia Terjadi Terlalu Cepat, Saya Tengok Kereta Kami Sudah Di Bawah Treler,' Bapa Kongsi Kisah Insiden 9 Beranak Maut

Kemalangan ngeri membabitkan 9 beranak dan 1 orang mekanik yang dirempuh oleh treler menjadi antara berita paling menyedihkan bagi tahun 2021

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemalangan ngeri yang menggemparkan seluruh negara baru-baru ini melibatkan sembilan beranak dan seorang telah mencetuskan hiba dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lokasi kejadian berlaku berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam melibatkan dua buah kereta dengan sebuah treler.

Kemalangan ngeri di Malaysia meragut nyawa 9 beranak

Menurut laporan Berita Harian, 10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan treler merempuh tiga kereta berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pasukannya menerima panggilan sekitar jam 11.42 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

''Nahas membabitkan 17 mangsa di mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki dan seorang wanita manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak lelaki.''

''Sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Semua mangsa dapat dikeluarkan dan diserah kepada pihak polis.'' jelasnya.

Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Tarfik (JSPT) Bukit Aman berkata, semasa kejadian keadaan permukaan jalan raya tiga lorong menghala ke Shah Alam agak licin kerana hujan yang begitu lebat.

''Sebuah lori datang dari arah belakang dengan tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh tiga kenderaan berkenaan yang berhenti di lorong kecemasan.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Pada masa sama, lori berkenaan telah menyeret kenderaan yang dinaiki oleh mangsa ke kanan lebuh raya sehingga menyebabkan 9 ahli keluarganya dan seorang mekanik, Muhamad Rahimi maut di tempat kejadian,'' katanya.

Mangsa kemalangan ngeri dikebumi dalam satu liang lahad

Harian Metro melaporkan lapan van jenazah dipandu petugas kesihatan lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) telah digunakan untuk menghantar kesemua jenazah di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam.

Jenazah ibu dan lapan orang anak telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di atas permintaan keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi siaran langsung yang dikongsi dalam Facebook salah seorang keluarga mangsa, dapat dilihat satu-satunya anak mangsa yang tidak terlibat dengan kemalangan, Faiz Haikal Abdul Razak tidak dapat menahan perasaan sedih apabila melihat jenazah ibu dan kesemua adik-beradiknya dikebumikan.

Bapa buka mulut ceritakan mengenai insiden

''Kejadian (kemalangan) pada malam itu terjadi dengan terlalu cepat dan saya hanya tersedar diri sudah terbaring, cedera di tepi jalan. Manakala kereta kami sudah berada di bawah treler,'' luah Abd Razak Majit, 50 yang terselamat dalam nahas jalan raya yang mengorbankan isteri dan lapan anaknya.

Abd Razak yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, kereta Proton Wira dinaiki oleh mereka sekeluarga berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah bateri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia gagal menghidupkan enjin kenderaan tersebut meskipun telah berkali-kali mencubanya.

Kemudian Abd Razak menghubungi anak saudaranya, Ummi Nasuha Annuwar, 20 untuk pertolongan. Dia datang bersama rakan-rakannya, Mimie Nafiesa Abdullah, 19 dan Ihyat Sufi, Shokip, 20 yang kemudian hanya cedera ringan dalam kemalangan tersebut.

''Kemalangan berlaku dalam hujan lebat itu telah mengakibatkan kaki kanan saya mengalami kecederaan dan masih dalam proses rawatan.'' katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham isteri dan lapan anaknya, semalam.

Abd Razak berkata dia bersyukur kerana urusan pengebumian berjalan dengan lancar. Dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan termasuklah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak polis.

Turut meninggal dunia dalam kemalangan tersebut adalah seorang mekanik, Mohamad Rahimi Rolex, 27 dikebumikan di tanah perkuburan yang sama kira-kira jam 1 pagi semalam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ''Ibu Masak Nasi Je, Lauk Belum Lagi, Lepas Tu Dia Mati,'' Kisah Sedih Anak Menyaksikan Ibu Meninggal Dunia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan