Bentuk Kemaluan Wanita Berubah Apabila Usia Wanita Semakin Meningkat? Ini Penjelasannya

Setiap perempuan perlu menyedari perubahan yang berlaku bahagian kemaluan wanita supaya boleh mengambil langkah penting untuk memastikan diri terasa selesa dan lebih yakin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahukah anda, sama seperti bahagian anggota badan yang lain, kemaluan wanita juga akan berubah seiring lanjutnya usia. Bahkan semakin anda menghampiri fasa menopaus, bentuk faraj anda tidak akan kelihatan ataupun berfungsi sama seperti ketika anda masih anak dara. 

Malangnya, mungkin ramai dalam kalangan wanita di luar sana yang tidak menyedari akan perubahan ini. Atau bahkan, ramai juga yang masih belum benar-benar mengetahui bentuk vagina sendiri. Yelah, mana mungkin anda akan tangkap gambar kemaluan wanita anda selalu kan untuk tahu tentang perubahan yang akan dialami. Macam pelik pula, rasanya. 

Namun, sebagai wanita, anda tidak boleh mengambil ringan mengenai bentuk faraj anda dan wajar mengambil tahu sebarang perubahan mengenainya. Lihat sama ada ia kering, bibir vagina semakin membesar ataupun berubah warna dan dapatkan maklumat sekiranya perubahan itu adalah normal ataupun kerana sebab yang lain.

Bentuk Kemaluan Wanita Berubah Ikut Usia

 

Sebenarnya sebagai wanita, adalah penting untuk anda memahami dan menyedari akan setiap perubahan yang berlaku pada anggota badan anda, dan ia termasuklah di bahagian kemaluan. Ini akan membolehkan anda mengambil langkah penting untuk memastikan diri sendiri selesa, yakin dan untuk sesetengah kes, membantu menangguhkan atau menghalang beberapa perubahan yang berlaku seiring usia. 

Menurut pakar, sama seperti anggota badan yang lain, vagina wanita juga mempunyai sifat yang sama. Contohnya jika semakin tua kulit kita semakit berkedut, vagina juga akan mengalami proses penuaan yang sama. 

Biasanya, bentuk kemaluan perempuan akan mengalami perubahan yang ketara ketika akil baligh, selepas melahirkan anak dan paling ketara ketika hampir menopaus. Malah, perubahan hormon sepanjang tahun juga akan mempengaruhi bentuk miss v yang normal itu.

#1. Perubahan miss v yang pertama adalah ketika berusia 8 hingga 13 tahun

Biasanya, kanak-kanak perempuan mula melalui fasa akil baligh ketika berusia di antara 8 hingga 13 tahun. Ketika fasa ini, hormon estrogen akan meningkat dan seterusnya menyebabkan bentuk faraj perlahan-lahan menjadi matang.

Rasa gatal dan tidak selesa juga mungkin akan dilalui kanak-kanak perempuan pada bahagian miss v mereka. Jadi sebagai ibu, anda bolehlah mula mengajar anak anda untuk menjaga bahagian kemaluan mereka itu.

Dalam tempoh itu juga, vagina akan mengeluarkan keputihan yang berlaku disebabkan ovulasi. Jadi, ia adalah normal dan anak-anak perempuan perlu lebih menitikberatkan soal kebersihan apabila mengalami masalah keputihan ini.

#2. Ketika berusia 20 tahun, vagina akan mengalami perubahan warna

Sedar atau tidak, vagina anda juga akan mengalami perubahan dari segi warnanya juga ya, walaupun mungkin tidaklah begitu ketara. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara punca atau faktor utama ia berlaku adalah disebabkan oleh hubungan intim, penggunaan kontraseptif, kehamilan, dan juga selepas bersalin. Perubahan warna ini adalah biasa dan tidak ada warna yang spesifik bagi menentukan sama ada kemaluan wanita itu normal atau tidak kerana ia adalah berbeza mengikut individu.

Selain perubahan warna, labia atau bahagian bibir vagina mungkin akan semakin membesar. Bahkan, bulu kemaluan juga akan semakin lebat dan bahagian dalam vagina turut mengalami perubahan. 

#3. Perubahan pada bentuk vagina akan mula dialami ketika berumur lingkungan 30-an 

Semakin meningkat usia, semakin banyak perubahan pada anggota badan yang akan dialami oleh wanita dan ia termasuklah di bahagian vaginanya. Dalam usia ini, kemaluan wanita yang sihat biasanya akan perlahan-lahan kehilangan kekuatannya. 

Keadaan ini lebih mudah berlaku terutamanya kepada wanita yang pernah melahirkan anak. Ini kerana, otot pelvis mereka akan meregang dan vagina juga biasanya akan alami koyakan ketika proses bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebilangan wanita juga mungkin merasai bahawa vagina mereka semakin longgar selepas melahirkan anak. 

Walaupun ada wanita yang masih belum pernah merasai pengalaman melahirkan bayi ketika berusia 30 atau 40 tahun, otot pelvis masih akan menjadi semakin lemah. Jika otot pelvis tidak kuat, maka wanita itu berisiko untuk mengalami masalah rahim jatuh.

#4. Vagina alami perubahan ketika fasa menopaus (umur 40 hingga 50 tahun)

Selepas sekian lama melalui fasa melahirkan anak, wanita seterusnya akan mengalami perimenopaus di mana ia merupakan satu fasa yang berlaku 5 hingga 10 tahun sebelum menopaus. Pada waktu ini, badan wanita tidak lagi merembeskan estrogen sebanyak dahulu.

Apa fungsinya estrogen terhadap miss v wanita? Sebenarnya, estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keanjalan vagina dan juga memastikan peredaran darah yang baik di sekitar kawasan kemaluan wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila estrogen tidak mencukupi, bentuk kemaluan wanita akan mula berubah, contoh semakin kering, mengecut dan kurang anjal. Selepas menopaus, warnanya juga akan berubah dan mulai berkedut.

Bagaimana Bentuk Kemaluan Wanita yang Sihat?

Seperti yang anda mungkin sudah sedia tahu, organ reproduksi wanita sangat penting untuk hubungan seksual, membuang air kencing, mengeluarkan darah haid dan juga melahirkan anak. Jadi sebagai wanita, anda perlu menitikberatkan mengenai kesihatan faraj anda supaya ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan sihat. Namun begitu, apakah ciri-ciri atau bentuk miss v yang sihat perlu wanita tahu?

#1. Tahap kelembapan

Faraj yang sihat dan normal boleh dinilai dengan tahap kelembapannya. Jika faraj anda terasa terasa hangat dan lembap apabila disentuh, maka ia boleh diklasifikasikan sebagai sihat. Sebaliknya, jika faraj terasa kering, ini biasanya berlaku pada wanita yang telah menopaus. 

#2. Tidak gatal

Ramai pakar beranggapan bahawa vagina yang sihat tidak akan terasa gatal. Gatal-gatal pada faraj boleh menjadi petanda masalah kesihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara masalah kesihatan yang menyebabkan kegatalan faraj adalah seperti jangkitan yis, ekzema, psoriasis dan penyakit kelamin. Jadi sebaiknya sila berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dengan segera. 

#3. Tidak berbau

Faraj setiap wanita mempunyai aroma baunya yang tersendiri. Bau yang tersendiri akan lebih menyerlah apabila wanita memasuki kitaran haid. Selain itu, bau faraj yang biasa juga akan meningkat selepas wanita melakukan hubungan seks.

Walau bagaimanapun, jika faraj mengeluarkan bau yang busuk, hanyir, dan mengeluarkan keputihan kelabu serta gatal-gatal selama beberapa hari, ia mungkin boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan. 

#4. Cecair/ lendir berwarna putih

Leucorrhoea adalah perkara biasa yang berlaku pada wanita. Terdapat beberapa ciri keputihan yang sihat, seperti tidak mempunyai bau yang kuat dan mempunyai warna yang jelas atau putih. Biasanya, vagina mengeluarkan lendir apabila melalui kitaran haid, semasa mengandung dan menggunakan kontraseptif.

Jika lendir berwarna hijau, gatal dan pedih, sila waspada. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat atau bakteria. 

#5. Tidak luka atau ada sebarang kelainan

Kecederaan pada vagina boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti perlanggaran semasa persetubuhan sehingga menyebabkan kulit di bahagian faraj menjadi melecet. Jika ia berlaku, sila segera dapatkan rawatan kerana ia boleh menjadi tempat masuknya virus dan bakteria yang seterusnya menyebabkan jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, vagina anda juga boleh dikategorikan sebagai sihat jika tidak ada sebarang tanda-tanda keabnormalan. Maksudnya ialah tiada ketulan, pendarahan, ataupun terasa sakit.

Bentuk Miss V yang Normal dan Tidak

Faraj untuk setiap wanita adalah berbeza-beza termasuklah dari segi warna, saiz dan juga bau. Sudah tentu, ini tidak menentukan sama ada terdapat bentuk faraj yang betul atau ideal.

Perbezaan faraj yang paling ketara ialah pada bentuk labia, juga dikenali sebagai ‘bibir faraj’. Jangan risau tentang perbezaan bentuk miss v kerana secara asasnya terdapat pelbagai jenis vagina dan perbezaan juga boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor bermula dari usia, perubahan hormon dan kehamilan. 

Bentuk faraj yang normal adalah faraj yang mempunyai dua bibir di bahagian luar iaitu labia majora dan labia minora dengan bukaan faraj terletak di tengah dan di bahagian atas terdapat saluran untuk membuang air kecil. 

Selagi faraj mempunyai semua komponen di atas, bentuk faraj itu adalah normal dan biasa, walaupun mungkin mempunyai rupa yang berbeza. 

Bagaimana Vagina Mengembang Ketika Hamil

Biasanya, wanita hamil juga akan merasai perubahan pada bahagian vaginanya, khususnya apabila di trimester ketiga. Dalam tempoh ini, vagina akan mengembang, bengkak dan terasa sepert ada tekanan. 

Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah rahim yang pada awalnya hanya sebesar saiz penumbuk, sudah membesar menjadi saiz tembikai. Selain itu, aliran darah pelvis wanita hamil juga meningkat sebanyak satu tan-arteri akhirnya mengepam kira-kira satu pain seminit. Keadaan ini adalah normal namun akhirnya membuatkan kawasan faraj akhirnya terasa bengkak.

Faraj anda mungkin akan terasa lebih kembang dan tegang apabila selepas bersalin. Ia biasanya akan mendapat semula keanjalannya dalam masa enam minggu selepas kehamilan. Senaman kegel dan senaman lantai pelvis lain yang dilakukan semasa dan selepas kehamilan akan membantu meningkatkan semula bentuk faraj.

Semoga bermanfaat!

Sumber

WebMD (Nov 17, 2022). Ways Your Vagina Changes as You Age. www.webmd.com/women/ss/slideshow-ways-your-vagina-changes-as-you-age

What to Expect (April 6, 2021). Vaginal and Labia Changes During Pregnancy. www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/labia-changes-during-pregnancy-and-childbirth/
 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Miss V Pedih Ketika Bersama Suami, Guna Pelincir Faraj Boleh Elak Kesakitan

Baca juga: Alamak, Tak Selesalah Miss V Selalu Berair, Ini Cara Mengatasi Faraj Berair PALING Berkesan

Baca juga: Cara Menghitung Waktu Subur Wanita Secara Semula Jadi, Mudah Saja!

Penulis

Athirah