Persediaan Sebelum Masuk Darjah 1, Ibu Kena Pastikan Anak Ada 5 Skil Penting Ini, Sangat Membantu!

undefined

Selain kemahiran 3M, mantapkan 5 skil penting ini dahulu supaya anak lebih bersedia dan cepat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah.

Kemasukan darjah 1 bagi anak yang lahir tahun 2016 pastinya membuatkan ramai ibu dilanda rasa teruja dan dalam masa sama berdebar kerana si manja bakal memasuki alam persekolahan. Sebelum mengusai membaca, menulis dan mengira, mengajar anak tentang survival skill juga penting untuk meningkatkan kemahiran mereka. 

Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah anak kecil masih tidak bersedia untuk kemasukan darjah 1, jadi mereka memerlukan bantuan ibu ayah dalam melakukan sesuatu perkara.

Di sini peranan ibu ayah dalam mendidik mereka menguasai kemahiran hidup tanpa perlu bergantung pada orang lain.

Kemahiran penting yang diperlukan bagi kemasukan darjah 1

Memandangkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan kemasukan darjah 1 pada bulan Mac tahun hadapan, ibu ayah ada lebih kurang tiga bulan sahaja lagi untuk memantapkan kemahiran diri anak.

Apabila anak masuk tahun 1, sebenarnya bukan skil 3M (membaca, menulis, mengira) sahaja yang perlu anda tekankan. Skil lain juga perlu anda miliki.

Berikut merupakan antara 5 skil penting dan tips untuk ibu ayah semak. Sama-samalah kita berusaha ya!

1. Skil menggunakan duit

kemahiran anak darjah 1

Anak tahun 1 sebenarnya perlu pandai dan mengenali jenis-jenis duit. Ini untuk memudahkannya membeli makanan di kantin ketika waktu rehat.

Justeru ibu ayah hendaklah pastikan anak tahun 1:

– Kenal jenis- jenis duit

– Tahu asas mengira tambah dan tolak.

– Belajar buat keputusan untuk pilih makanan atau minuman.

Tips: Latih anak jual beli sendiri di kedai serbaneka atau pasaraya. Atau main jual beli bersama-sama dengan anak.

2. Kemahiran mengurus diri

  • Ajar anak yang bakal masuk darjah 1 untuk berdikari dari bangun tidur sendiri hingga siap untuk ke sekolah.
  • Minta anak siapkan kelengkapan ke sekolah setiap hari sebelum tidur.

Tips: Mulakan latihan ini sejak anak berada di tadika. Tanamkan dalam minda mereka yang hari-hari pergi sekolah untuk kebaikan masa depannya, bukan untuk kita.

3. Kemahiran untuk pergi sendiri ke tandas

  • Pastikan anak boleh pergi tandas sendiri, kenal lambang tandas.
  • Buka seluar/kain sendiri, cuci diri sendiri dan “flush”.
  • Anak lelaki, latih anak pakai seluar berzip, butang dan pakai tali pinggang sendiri.
  • Kunci dan buka pintu tandas sendiri.
  • Ingatkan anak jangan lupa kunci pintu!

Tips: Latih anak pergi tandas awam atau di rumah sendiri. Ajarkan mereka cara membuka seluar dan membersihkan bahagian kemaluan dengan betul.

4. Kemahiran mempertahankan diri

daftar anak darjah 1

kredit foto: umminani

  •  Tahu bahagian badan yang tidak boleh disentuh langsung oleh orang lain.
  • Kenalkan anak darjah 1 tentang konsep buli dan apa nak buat sekiranya dibuli.
  • Ajar anak jangan ikut atau bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
  • Kalau boleh minta anak hafal nombor telefon mak/ayah.

Tips: Cara saya, semua alatan persekolahan anak akan tampal sticker nombor telefon saya. Beritahu anak setiap perkara yang berlaku di sekolah perlu diberitahu kepada anda sebab kita paling sayang dia.

5. Ajar mengenai adab

Antara kemahiran lain yang perlu anda sebelum kemasukan darjah 1 adalah adab.

Ajarkan anak adab pergi tandas, adab minta tolong, adab meminjam, adab semasa membeli, adab bercakap dengan orang lebih tua dan sebagainya.

Tips: Ada anak yang memang perlu diberitahu baru tahu, jangan ambil remeh tentang ini ya!

Kesimpulannya ibu ayah ada masa lebih kurang tiga bulan sahaja lagi untuk melatih anak dengan kesemua skil di atas. 

Sekiranya anda perasan anak ada masalah atau belum pandai sepenuhnya skil 3M. Saya cadangkan rujuk awal kepada Terapis Cara Kerja, mana tahu ada perkara yang kita terlepas pandang.

Barang keperluan sekolah anak darjah 1 

Bagi anda yang baru pertama kali daftar anak tahun 1, adalah penting untuk menyediakan peralatan dan keperluan sekolah yang lengkap.

Justeru nanti tidaklah perlu anda ulang alik ke kedai alat tulis banyak kali. Untuk mengelakkannya mudah hilang atau tertukar dengan murid-murid yang lain, kami sarankan untuk anda menampal stiker nama anak pada setiap barangan mereka.

Berikut senarai beberapa barang sekolah untuk anak darjah 1 yang dikongsikan oleh seorang ibu, Qida Sulaiman:

keperluan anak sekolah

#1. Pakaian

  • Baju sekolah SK
  •  Baju sekolah Agama
  • Tudung sekolah
  • Tudung sukan/PJ
  • Songkok
  • Baju dalam
  • Legging/Skirt dalam
  • Anak tudung
  • Kasut
  • Stokin
  • Lencana Sekolah
  • Name tag
  • Beg Sekolah

#2. Alat tulis

  •  Kotak pensil
  • Warna
  • Pensil
  • Pensil Khat (yang ada sekolah agama)
  • Pengasah/Peraut
  • Pembaris
  • Pemadam
  • Gam
  • Barang-barang art & craft untuk subjek Pendidikan Seni: kertas kosong A4, kertas warna-warni, riben, water colour & berus, water colour palette, glitter.

#3. Bekal dari rumah

  • Bekal
  • Botol air

Cara ajar anak pelbagai kemahiran diri sebelum melangkah masuk darjah 1

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kenyataan akhbar yang mendakwa kanak-kanak di sekolah rendah dan prasekolah mengalami masalah 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Penyelidikan membuktikan kegagalan membaca kanak-kanak dalam usia 7 dan 8 tahun menyebabkan perkembangan kognitif mereka terganggu.

Dalam hal ini, ibu ayah juga sebenarnya perlu memainkan peranan sebagai guru di rumah. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan dalam membantu anak menguasai 3M iaitu:

  1. Membantu anak-anak belajar melalui pengulangan aktiviti yang dicadangkan dengan membaca, menyanyi, atau bercerita.

  2. Aktiviti-aktiviti melukis dan menulis juga adalah sebahagian daripada awal literasi. Melalui lagu-lagu atau zikir-zikir yang dinyanyikan oleh ibu bapa bersama anak-anak membantu memanjangkan ingatan merek

  3. Memastikan persekitaran pembelajaran bahasa di rumah selari dengan apa yang dipraktiskan di sekolah. Ingat, memperkembangkan bahasa dan komunikasi anak-anak bermula di rumah. Ibu bapa hanya memerlukan 15 hingga 30 minit untuk membaca bersama anak-anak.

Didik anak belajar berdikari

Peranan ibu ayah sangat penting dalam mendidik supaya anak belajar berdikari sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar.

Terdapat beberapa cara yang mudah untuk membuatkan anak lebih berdisiplin dan memupuk sikap berdikari dalam diri anak. 

1. Sediakan jadual harian

Menentukan jadual harian berdasarkan perkara yang dilakukan dalam satu hari mungkin boleh membuatkan anak menjadi rimas dan tertekan.

Tetapi, ibu ayah perlu memberitahu mereka apa tujuan dan sebab anda menyediakan jadual harian untuk mereka patuhi.

Tetapkan rutin dalam tempoh yang tertentu dan lihat perkembangan mereka sebelum beransur-ansur mengubahnya.

Di sini anda akan dapat lihat kecenderungan minat mereka dan kemahiran mereka berfikir dan menghormati waktu.

2. Memberikan sokongan dan galakan

Anak kecil ini masih tidak tahu apa-apa, jadi jangan mudah untuk terus memarahi dan menyalahkan mereka sekiranya mereka ada buat silap. Sebaliknya, tegur mereka dengan baik dan tunjukkan cara yang betul.

Mungkin cara ini akan membuatkan mereka menerima dengan terbuka dan lebih bersedia dan teruja untuk mempelajari benda baharu.

3. Berikan pujian

Anak akan mudah berasa seronok sekiranya mendapat pujian, lebih-lebih lagi dari orang tuanya. Mereka akan rasa diri lebih dihargai dan cuba untuk berdaya saing secara sihat pada masa akan datang, terutamanya apabila mula bersekolah kelak. 

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Kena Bersedia Awal, Bulan Mac 2023 Ada Dua Persiapan Besar- Anak Mula Sekolah & Puasa Ramadhan

Baca juga: Ambil Anak On Time Di Sekolah & Sentiasa Pesan 7 Perkara Ini, Elak Jadi Mangsa Kes Culik

Baca juga: Anak Menangis Di Sekolah Bukan Tanda Belum Bersedia, Mereka Perlukan Masa Untuk Terbiasa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!