TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ambil Anak On Time Di Sekolah & Sentiasa Pesan 7 Perkara Ini, Elak Jadi Mangsa Kes Culik

4 min bacaan
Ambil Anak On Time Di Sekolah & Sentiasa Pesan 7 Perkara Ini, Elak Jadi Mangsa Kes Culik

Kes culik terkini yang berlaku di negeri pantai timur menimbulkan rasa bimbang ibu ayah kerana pemangsa menyasarkan pelajar sekolah

Belum selesai kes ejen kosmetik di culik di kediamannya, kini seluruh masyarakat diminta sentiasa berwaspada dan mempertingkatkan keselamatan anak masing-masing kerana kes culik terkini mendapati pemangsa menyasarkan murid sekolah.

Beberapa hari ini tular di media sosial mengenai dua murid sekolah Gua Musang, Kelantan nyaris menjadi mangsa culik oleh dua lelaki yang menaiki kereta dalam kejadian berasingan.

Kes culik terkini menyasarkan murid sekolah, ibu ayah perlu lebih peka

kes culik kelantan

Menurut keterangan oleh Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian pertama berlaku 5 petang Isnin lalu melibatkan murid perempuan tahun empat selepas menghadiri kelas agama (KAFA).

Beliau berkata, kes kedua pula melibatkan seorang murid lelaki tahun satu dengan kejadian berlaku di lokasi dan pada waktu sama.

“Kedua-dua murid terbabit dipanggil oleh lelaki tidak dikenali untuk menaiki kenderaan mereka.

“Dalam kejadian kes culik Kelantan pertama Isnin lalu, dua lelaki terbabit didakwa menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih yang berada di seberang jalan telah memanggil budak perempuan itu.

“Bagi kejadian kedua, dua lelaki itu menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu didakwa bertindak memanggil seorang murid lelaki. Bagaimanapun, kedua-dua murid itu tidak menghiraukan mereka,” katanya.

Ada netizen mendakwa bahawa kes penculikan mempunyai kaitan dengan sindiket menjual organ kanak-kanak di Thailand. Meskipun tidak pasti akan kesahihannya, namun ia tetap perlu menjadi iktibar berikutan kes pemerdagangan manusia sememangnya pernah dilaporkan terjadi di Malaysia.

Risiko kes culik budak sekolah, guru keluarkan surat peringatan

culik budak

Susulan kebelakangan ini media sosial hangat berkongsikan kejadian culik dalam kalangan murid sekolah di pantai timur, ada pihak sekolah mengambil pendekatan dengan mengeluarkan surat peringatan kepada ibu ayah dengan risiko penculikan.

“Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap ibu bapa atau penjaga dapat mengambil tindakan sepatutnya.”

”Menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak serta selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku,” kata kenyataan tersebut.

Kes culik di Kelantan perlu dijadikan iktibar, ini perkara penting yang perlu dilakukan ibu ayah

Risiko kes culik Kelantan telah membuka mata ramai ibu ayah di negara ini untuk sentiasa mempertingkatkan keselamatan anak-anak, khususnya sewaktu mereka berada di luar rumah kerana malang tidak berbau.

Justeru pendidikan dari rumah amat penting. Ibu ayah hendaklah sentiasa mengajarkan anak-anak dengan 7 perkara ini:

kes culik

  1. Ketika pulang sekolah dan menunggu untuk dijemput, sentiasa mengingatkan anak untuk berada dalam pagar sekolah. Menunggu dalam kawasan sekolah adalah lebih selamat kerana adanya pengawal keselamatan dan staf sekolah yang lain
  2. Elak mengikut atau menemani rakan-rakan dengan berjalan di luar kawasan sekolah sewaktu pulang
  3. Sentiasa berpesan kepada anak untuk tidak melayan seseorang yang tidak dikenali. Sekiranya perlu, larikan diri dan menjerit minta pertolongan orang sekeliling
  4. Ajarkan anak untuk berani mengatakan ”Tidak!” ketika dipelawa oleh seseorang yang tidak dikenali
  5. Pastikan anak-anak mengingati maklumat penting seperti nombor telefon ibu ayah serta alamat rumah
  6. Tidak terlalu exposekan diri di media sosial. Ibu ayah perlu memantau akaun media sosial anak (sekiranya ada). Ajarkan mereka untuk tidak mendedahkan lokasi semasa serta tidak terlalu aktif berkongsikan gambar.
  7. Jika seseorang cuba menghampirinya dan memberikan gula-gula, sentiasa pesan kepada anak untuk menjauhkan diri dengan orang sedemikian

Kesimpulannya, keselamatan anak menjadi perkara paling utama sewaktu mereka berada di luar rumah. Anak kecil sememangnya cenderung untuk mudah terpedaya, namun dengan didikan mengenai keselamatan dapat membantu mereka untuk sentiasa berhati-hati dan ingat pesan ibu ayah.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Semoga bermanfaat!

Xtra, Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahu Direntap & Dipaksa Ambil Lollipop, Anak Hampir Diculik Van Putih Ketika Balik Sekolah

Baca juga: ”Dia Parking Van Depan Rumah & Turun Nak Ambil Raudhah!” Ibu Kongsi Detik Hitam Cubaan Menculik

Baca juga: Detik Cemas Anak Hampir Diculik Di Sekolah, Parents STOP Kongsi Nama & Gambar Anak Di Facebook!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ambil Anak On Time Di Sekolah & Sentiasa Pesan 7 Perkara Ini, Elak Jadi Mangsa Kes Culik
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham