X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Product Guide
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Terima Surat Cinta Dengan Lukisan Lucah, Pihak Sekolah Telah Mohon Maaf

14 Feb, 2022
Anak Terima Surat Cinta Dengan Lukisan Lucah, Pihak Sekolah Telah Mohon Maaf

Lukisan lucah dalam surat cinta yang diterima seorang murid perempuan darjah 3 ini menjadi tular, ibunya berkongsi kisah ini di TikTok.

Imaginasi kanak-kanak dalam pergaulan sosial kini tak boleh dijangka. Dulu pernah tular dengan buku nota seorang murid penuh dengan lukisan lucah. Kini tular pula surat cinta yang diterima pelajar perempuan darjah 3 dengan lukisan ‘aksi atas katil’. 

Dimana silapnya, tiada siapa boleh menuding jari. Ya, mungkin ibu bapanya sudah ajar batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, sudah dididik apa yang betul apa yang salah, tapi masih ada masalah etika sebegini berlaku. 

“Banyak tengok YouTube lah tu”, “mesti pernah tengok aksi lucah filem mat saleh,” “anak selalu terdedah dengan gajet, mesti terpengaruh,” itu antara tohmahan netizen bila mendengar perkara sebegini. Mungkin benar dan mungkin juga tidak.

Apa yang pasti, ya, anasir yang sebegini, jelasnya bukan diturunkan oleh ibu bapa. Tapi sebagai ibu bapa, kita WAJIB pantau dan sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita ‘hidangkan’ pada mata anak-anak. 

Di dalam artikel ini akan menceritakan tentang:

  • Kisah tular: ibu terkejut anak terima surat cinta dengan lukisan lucah
  • Pihak sekolah memohon maaf
  • Peranan ibu bapa dalam memantau pergaulan sosial anak
  • Kesan jika masalah sosial tak dibendung

ibu terkejut anak terima surat cinta dengan lukisan lucah

lukisan lucah dalam surat cinta

Seorang ibu berkongsi kegusarannya di aplikasi TikTok mengenai anak perempuannya yang baru darjah 3, bernama Mia, telah menerima sepucuk surat dengan lukisan lucah.

Ibu mana yang tidak terkejut, malah perasaan juga bercampur baur, nak marah, anak orang pula tapi kalau tak ditegur masalah sebegini akan menular.

Dalam perkongsian ibunya yang menggunakan akaun @ammi.miazil_kaklong itu dia menjelaskan isi kandungan surat itu dan bagaimana reaksi suaminya itu apabila diberitahu anaknya mendapat surat cinta berbaur lucah. 

Sesungguhnya wanita itu memang tidak menyangka bagaimana seorang kanak-kanak berusia 9 tahun sudah pandai melukis sesuatu yang berunsur lucah sebegitu. 

Nak difikirkan, memang banyak kes kita dengar anak dapat surat cinta, tapi kalau lukisan lucah sebegini memang ‘next level’!

Dalam surat yang diberi oleh budak lelaki bernama Anaqi itu, jelas kelihatan seseorang sedang mengintai budak perempuan bernama Mia di dalam tandas, dan dalam lukisan lain, tertera satu pasangan (Anaqi & Mia) sedang baring di atas katil. 

Jadi aku pun cepat-cepat bagitau guru kelas anak aku dengan harapan cikgu dapat pantau & nasihat budak tu dan yes aku minta cikgu bagitau juga parents budak tu. Sebab kita tak tau apa yang dia nampak atau tengok di rumah. Mia memang dah dididik setiap masa tentang batas pergaulan ni dari tadika lagi.

Dia memang akan report dekat mummy dia kalau ada benda-benda pelik macam ni. Aishhh lah budak-budak zaman sekarang ni risau betul.

Netizen yang melihat perkongsian itu turut meluahkan rasa risau nak prihatin dengan tindak kanak-kanak lelaki tersebut. 

Ada yang menasihati agar ibu bapa pihak mangsa berjumpa dengan ibu bapa murid lelaki tersebut supaya keadaan sebegini boleh dikawal. 

Ternyata ini bukan perkara biasa-biasa, malah jika tak dibendung dari awal akan mengundang masalah lain.

Pihak sekolah telah memohon maaf

lukisan lucah dalam surat cinta

Menurut update daripada ibu Mia, isu ini sudah pun sampai ke pihak berkuasa sekolah. Dan mereka memohon maaf bagi pihak salah laku anak muridnya itu. Siasatan juga akan dilakukan yang mana turut melibatkan ibu bapa murid lelaki terbabit. 

Peranan ibu bapa dalam memantau pergaulan sosial anak

Berbalik pada isu siapa patut dipersalahkan tadi, secara jujurnya perkara sebegini boleh berlaku pada sesiapa saja. Jadi ibu bapa memang perlu memantau anak dengan lebih ketat jika mahu mengelakkan keadaan sebegini terjadi. 

#1. Elakkan memberi kelonggaran penggunaan gajet

Tetapkan kata laluan dalam aplikasi YouTube anda. Jika anak mempunyai gajet sendiri, tetapkan masa dalam penggunaannya. Sentiasa pantau apa yang ditonton. Dan cuba elakkan anak tidur dengan gajet!

#2. Adakan ‘one on one talk’

Jika anda mempunyai anak lelaki, sebaiknya bapa perlu memainkan peranan ekstra. Sentiasa berborak dengan anak secara one on one. Ceritakan mengenai batas pergaulan lelaki dan perempuan. Tentang perhubungan sosial dan segalanya yang berkaitan.

#3. Lengkapkan anak dengan aktiviti atau kelas tambahan

Sekiranya anak mempunya terlalu banyak masa terluang, itulah yang boleh buat mereka terlebih ‘kreatif’ dalam membuat benda-benda pelik. Jadi sentiasa sediakan anak dengan aktiviti seperti mendaftarkan anak ke kelas sini jika mereka suka melukis, masukkan anak ke kelas agama atau mengaji, kelas belajar alat muzik, kumon dan sebagainya. 

Kesan jika tak dibendung sejak awal

lukisan lucah

Bila dah terjadi perkara seperti anak melukis lukisan lucah, anda perlu cari puncanya. Tanya anak anda dengan baik apa yang mendorong mereka untuk lakukan perkara sebegitu. 

Jika anda jenis ‘in denial’ menyangka anak anda tak mungkin buat perkara sebegitu malah anak pula menidakkan pula perbuatannya itu, buat ibu ayah ingin melupakan saja, atau menutup sebelah mata. 

JANGAN! Kalau tak pasti pun, mesti perlu adakan satu perbincangan dengan anak. Nyatakan kesalah sekiranya betul dia melakukan perbuatan itu. 

Jika anda menutup sebelah mata, percayalah, situasi akan bertambah buruk, yang menjadi mangsa nanti anak anda juga kanak-kanak lain. Sayangilah masa depan anak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro, Awani,  @ammi.miazil_kaklong

Baca juga: Ibu Terkejut Jumpa Lukisan Lucah Dalam Beg Sekolah Anak Berusia 7 Tahun!

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Terima Surat Cinta Dengan Lukisan Lucah, Pihak Sekolah Telah Mohon Maaf
Kongsikan:
  • Ramai Tak Dapat Tebus eMADANI, Ini Sebab-Sebabnya!

    Ramai Tak Dapat Tebus eMADANI, Ini Sebab-Sebabnya!

  • Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir, Enak Dinikmati Ketika Musim Hujan

    Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir, Enak Dinikmati Ketika Musim Hujan

  • Cara Cuci Mirowave Guna Lemon, Mudah, Berkesan Dan Berbau Segar!

    Cara Cuci Mirowave Guna Lemon, Mudah, Berkesan Dan Berbau Segar!

  • Ramai Tak Dapat Tebus eMADANI, Ini Sebab-Sebabnya!

    Ramai Tak Dapat Tebus eMADANI, Ini Sebab-Sebabnya!

  • Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir, Enak Dinikmati Ketika Musim Hujan

    Masak Lemak Cili Api Kulat Sisir, Enak Dinikmati Ketika Musim Hujan

  • Cara Cuci Mirowave Guna Lemon, Mudah, Berkesan Dan Berbau Segar!

    Cara Cuci Mirowave Guna Lemon, Mudah, Berkesan Dan Berbau Segar!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham