X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mayat Nur Aisyah, Budak Yang Disangka Hilang, Ditemui Dalam Gaung

8 Mar, 2019
Mayat Nur Aisyah, Budak Yang Disangka Hilang, Ditemui Dalam Gaung

Sadis! Kenapa ada manusia yang sanggup melakukan perkara kejam ini terhadap insan kecil yang tidak mengerti apa-apa?

Kebelakangan ini, kerap berlaku kes kehilangan kanak-kanak yang akhirnya menjurus kepada kematian. Baru-baru ini di Langkawi, Nur Aisyah, seorang kanak-kanak comel yang baru berusia 3 tahun dijumpai dalam keadaan tragis apabila dilaporkan hilang beberapa hari sebelum itu.

Kejadian yang berlaku di Langkawi itu telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia yang sama sekali tidak menyangka Nur Aisyah telah tiada. 

Anak Disangka Hilang, Rupanya Meninggal Dunia

Isnin lalu,  kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dipercayai hilang daripada jagaan pengasuhnya di Kuaters Hospital Langkawi, sejak minggu lalu.

Ibu Nur Aisyah membuat laporan di balai menyatakan anaknya yang berada dalam jagaan teman lelaki telah tiada bersama lelaki tersebut apabila dia ingin berjumpa anaknya.

Apa yang mengejutkan, teman lelaki ibu Nur Aisyah telah mempunyai isteri dan merekalah yang menjaga Nur Aisyah.

nur aisyah, kes budak hilang, kes viral 2019, budak hilang 2019, budak hilang di langkawi, budk mati di langkawi, kes tular, kes tular 2019, kes pembunuhan

Sumber: Utusan

Namun soal siasat polis terhadap teman lelaki ibu Nur Aisyah mendapati kanak-kanak tersebut sebenarnya telah meninggal dunia, malah ditinggalkan di satu kawasan hutan!

Rahsia itu terbongkar selepas lelaki itu ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.”

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya,” demikian menurut pihak polis.

Hanya Cebisan Rambut dan Tengkorak…

nur aisyah, kes budak hilang, kes viral 2019, budak hilang 2019, budak hilang di langkawi, budk mati di langkawi, kes tular, kes tular 2019, kes pembunuhan

Sumber: NSTP

Suspek dan isterinya telah dibawa pulang ke Langkawi bagi membantu siasatan dan  membawa polis ke lokasi mayat kanak-kanak itu dibuang.

“Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia mayat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak. “Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya.”

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasangan suami isteri tersebut akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek Panik Apabila Nur Aisyah Disahkan Meninggal Dunia

LELAKI yang membuang mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, mendakwa melakukan perbuatan itu kerana panik selepas isterinya yang juga seorang jururawat memberitahu kanak-kanak berkenaan sudah tidak bernyawa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, siasatan awal polis, suspek mendakwa mangsa tiba-tiba jatuh sakit dan dia meminta isterinya memeriksa kanak-kanak terbabit.

Walau bagaimanapun, menurutnya, isterinya itu memberitahu mangsa sudah mati menyebabkan lelaki terbabit panik kemudian membuang mayat mangsa ke Jalan Gunung Raya, Langkawi.

“Setakat ini dia (suspek) mendakwa mangsa jatuh sakit, namun kita masih menyiasat motif sebenar dia bertindak sedemikian.

“Dakwaan mangsa mengalami sawan juga tidak boleh disahkan lagi kerana masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bedah siasat ke atas penemuan cebisan rambut dan tengkorak, Nur Aisyah Aleya Abdullah akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Jumaat ini.

Kronologi Kisah Di Sebalik Tragedi yang Menimpa Nur Aisyah

  • November 2018, ibu mangsa, Rosmaliah Samo, 32 tahun menjalin hubungan dengan teman lelakinya (suspek)
  • Ibu mangsa tinggal bersama suspek dan isterinya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah namun dihalau keluar selepas isterinya mendapat tahu tentang hubungan mereka berdua.
  • Ibu mangsa dihantar untuk tinggal di tempat kerjanya di sebuah restoran di Kampung Bohor Tempoyak, Padang Matsirat, namun anaknya tidak dibawa
  • Nur Aisyah masih dalam jagaan teman lelaki ibunya. Jiran berdekatan kerap terdengar bunyi tangisan kanak-kanak.
  • Pada Februari 2019, ibu mangsa ingin mengambil anaknya pulang, namun lelaki tersebut menyatakan anaknya dihantar kepada orang lain untuk dijaga. Anak suspek ada menyatakan yang Aisyah sudah meninggal dunia, namun suspek mengatakan Aisyah dalam keadaan baik.
  • Ibu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuah berhubung kehilangan anaknya pada 3 Mac 2019.
  • Pasangan suami isteri tersebut telah melarikan diri ke Ampang namun berjaya ditahan pihak polis.
  • Mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, ditemui di kawasan hutan di Gunung Raya, Langkawi 6 Mac 2019 selepas ditunjuk oleh suspek.

Semoga kematian Nur Aisyah mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Apakah kriteria pengasuh bagi anda?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-bunuh-diri-dengan-anak

Stories Rakan Kongsi
Bintik-Bintik Merah Di Badan Anak: Cacar Air Atau Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?
Bintik-Bintik Merah Di Badan Anak: Cacar Air Atau Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!
Mudah Jatuh Sakit? Cuba Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga Ini!
Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Mayat Nur Aisyah, Budak Yang Disangka Hilang, Ditemui Dalam Gaung
Kongsikan:
  • Masih Ingatkan Anda 7 Kes Budak Hilang Yang Berakhir Dengan Kematian Tragis Ini?

    Masih Ingatkan Anda 7 Kes Budak Hilang Yang Berakhir Dengan Kematian Tragis Ini?

  • Jantung Terhenti, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Lepas Acara Hari Sukan Di Sekolah

    Jantung Terhenti, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Lepas Acara Hari Sukan Di Sekolah

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Masih Ingatkan Anda 7 Kes Budak Hilang Yang Berakhir Dengan Kematian Tragis Ini?

    Masih Ingatkan Anda 7 Kes Budak Hilang Yang Berakhir Dengan Kematian Tragis Ini?

  • Jantung Terhenti, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Lepas Acara Hari Sukan Di Sekolah

    Jantung Terhenti, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Lepas Acara Hari Sukan Di Sekolah

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.