Kemurungan di Malaysia dilihat semakin parah dan memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. Terbaharu, laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati bahawa sejuta rakyat di negara ini berusia lebih 15 tahun menderita penyakit tersebut.
Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa kanak-kanak berusia 5 hingga 15 tahun turut tidak terkecuali.
Isi Kandungan
Tanda Tanda Kemurungan
Sebenarnya mereka yang sedang mengalami kemurungan cuba untuk memberi signal untuk meminta pertolongan daripada orang terdekat tetapi tidak tahu caranya.
Oleh itu, perhatikan perubahan dan tingkah laku mereka atau mungkin anda sendiri alami tanpa sedar.
Antara tanda-tanda kemurungan ialah yang perlu di beri perhatian ialah:
Emosi:
- Crankiness, kecewa dan cepat putus asa
- Perasaan tiada harapan dan tidak berguna
- Keletihan melampau atau hilang tenaga
- Hilang minat atau keseronokan dalam aktiviti yang dahulunya diminati
- Perasaan sedih yang berpanjangan
Fizikal:
- Keletihan
- Insomnia atau tidur berlebihan
- Perubahan pada selera makan atau perubahan berat badan
- Sakit-sakit pada anggota fizikal
- Masalah penghadaman
Kognitif:
- Sukar untuk menumpukan perhatian, mengingati perkara, dan membuat keputusan
- Perasaan bersalah, tidak berharga, dan tidak berdaya
Tingkah Laku:
- Pemikiran untuk membunuh diri atau percubaan bunuh diri
Cara Merawat Dan Mencegah Masalah Kemurungan
Penyakit mental ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani dan hilang begitu sahaja.
Jika dibiarkan berlarutan, ia bukan sahaja memberi kesan kepada anda malah boleh menjejaskan hubungan anda dengan keluarga dan rakan-rakan.
Merawat dan mencegah masalah kemurungan memerlukan pendekatan yang komprehensif dan seimbang. Berikut adalah beberapa langkah yang dapat membantu:
1. Dapatkan Sokongan Profesional
Segera berjumpa dengan pakar psikologi atau kanselor untuk mendapatkan terapi psikologi. Terapi seperti terapi tingkah laku kognitif (CBT) terbukti berkesan dalam merawat kemurungan.
Ubat antipsikotik terbukti berkesan untuk bertindak balas terhadap tubuh yang dapat mempengaruhi mood individu menjadi lebih baik.
2. Amalkan Gaya Hidup Sihat
Melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau berenang membantu meningkatkan pengeluaran endorfin yang dapat memperbaiki mood.
Dalam pada yang sama, amalkan juga pemakanan seimbang dalam diet harian. Makanan seimbang yang kaya dengan khasiat membantu supaya kesihatan mental terjaga.
3. Bersosial
Elakkan berkurung atau bersendirian di dalam rumah, sebaliknya luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan yang membantu dalam memberi sokongan emosi yang diperlukan.
Jangan bersikap sombong dan pencilkan diri sendiri dari orang sekeliling. Melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati boleh membantu mengalihkan perhatian dari perasaan negatif.
4. Pengurusan Stres
Melakukan meditasi dan yoga boleh membantu mengurangkan tekanan dan menjaga kesihatan mental.
Selain itu, menulis perasaan dan pengalaman yang dialami dalam jurnal boleh jadi cara yang terbaik untuk melepaskan emosi negatif. Sekaligus membuatkan kita refleks semula tentang apa yang kita telah lakukan selama ini.
Berikut merupakan beberapa cara untuk mengatasi masalah kemurungan baik untuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak:
1. Dapatkan rehat yang cukup
Menjaga tidur yang berkualiti dan cukup sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari dapat menjaga keseimbangan hormon dan kesihatan mental.
2. Menguruskan masa dengan efektif
Pengurusan masa yang baik dapat mengelakkan keletihan dan stres yang berlebihan. Cara yang terbaik, rancang hari anda pada malam harinya supaya segala urusan berjalan lancar seperti yang dirancang.
2. Sokongan Sosial
Membina hubungan yang kuat dengan keluarga dan rakan-rakan boleh memberikan sokongan emosi yang diperlukan. Menyertai kerja amal dan menjadi sukarelawan juga boleh memberikan rasa kepuasan dan membentuk keperibadian yang baik.
Merawat dan mencegah kemurungan di Malaysia memerlukan komitmen dan usaha yang berterusan.
Jika anda atau seseorang yang anda kenal mengalami gejala kemurungan, penting untuk mendapatkan bantuan profesional.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!
Baca juga: Ibu Yang Anxiety Cenderung Diwarisi Oleh Anak Perempuan Berbanding Lelaki- Kajian
Baca juga: Tingkah Laku Anak Berubah Mungkin Disebabkan Gangguan Mental, Ibu Sila Alert Masalah Ini!