Seorang ayah terkejut apabila melihat bayi mereka kena gigit di pusat asuhan. Kejadian ini juga hanya diketahui ketika mereka mahu mengambil bayi yang telah dihantar ke pusat asuhan tersebut.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bayi kena gigit di taska, ayah berang dengan sikap cuai dan tidak bertanggungjawab pusat asuhan
- Kecuaian pihak taska: Permohonan maaf oleh YB Adun Jeram tentang kejadian
Bayi kena gigit di taska, ayah berang dengan sikap cuai dan tidak bertanggungjawab pusat asuhan
Pulang sahaja dari kerja, ibu dan ayah ini sangat terkejut apabila melihat di badan bayi mereka ada kesan gigitan ketika mengambilnya di sebuah pusat asuhan.
Menerusi luahan di laman Facebook miliknya, Bakti Zakaria berasa sangat kesal dan sedih dengan kejadian yang telah menimpa anaknya itu.
“Berlaku dekat TASKA SMART KIDDO PERMATA RAKYAT PUNCAK ALAM”
“Anak baru 10 bulan. Staff 2 orang sekali pengurus. Tapi pengurus jarang ada budak ada dekat 20 jarang berlaku. Tapi dekat sini berlaku.
Bila tanya masa nak bawa masuk kemain cakap 1 cikgu 3 orang jer baby. Lepas tu bila berlaku kecederaan pada budak, nak tengok cctv alasan cctv tidak bayar dah 2 bulan internet.
Dahla waktu kecederaan tak beritahu. Boleh tahu pun waktu balik. Kalau ambik lambat anak haritu tentu tahan sakit lagi lama. Tidak bertanggungjawab langsung. 8 kesan gigitan.
Di pipi kanan kesan macam jatuh. Pipi kiri kesan gigit. Telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Di belakang telinga bahagian kepala ada kesan gigit jugak.
Tangan kanan 4 kesan gigit, tangan kiri 1 kesan gigit. Ni bukan jaga dengan baik. Ni biarkan seperti haiwan yang duduk dalam sangkar lepas jer nak jadi apa, jadi jer.
Ini nyawa manusia. Jangan rasa taska bawah YB boleh buat apa saja.” Luahnya marah.
Melalui perkongsiannya itu juga, orang ramai turut bersimpati dengan apa yang telah menimpa bayi itu.
“Allahu, kalau kesan gigit satu/dua boleh cuba boleh cuba terima tapi ni banyak sangat cederanya.”
“Ya Allah keciannya baby. Takleh bayang macam mana dia nangis sebab sakit. Semoga takde apa-apa yang teruk sis. Semoga dipermudahkan urusan sis.”
Kecuaian pihak taska: Permohonan maaf oleh YB Adun Jeram tentang kejadian
Y.B. Tuan Mohd Shaid bin Rosli iaitu Adun Jeram turut membuat kenyataan di laman Facebook miliknya berkaitan isu ini,
“Mohon maaf kepada pihak keluarga. Saya telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan mengenai kejadian ini. Pihak polis dan pihak JKM sedang melakukan siasatan.
Ibu bapa pelajar yang menggigit telah dinasihatkan untuk tidak hantar lagi anak mereka ke pusat jagaan.
Dua orang staff berhenti secara mengejut pada hari kejadian. Itu punca berlaku isu tersebut.
Secara peribadi saya bersetuju dengan tindakan ibu bapa mangsa. Saya pun akan mengambil tindakan yang sama sekiranya berlaku pada anak saya.
Harap beri ruang pada pihak berkuasa untuk selesaikan kes ini. Kita terima apa jua keputusan dari pihak berkuasa.
Sekali lagi saya memohon maaf pada keluarga mangsa.”
Semoga keluarga ini diberikan ketabahan dan ilham untuk kesejahteraan dan keselamatan anak mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak
Baca juga: Pihak Taska Salah Cara Angkat Anak, Ibu Terkilan Tangan Anak Lembik & Tulang Terkeluar Dari Sendi
Baca juga: Kes Penderaan Kanak-Kanak, 4 Wanita Ditahan Selepas Tersebar Gambar Budak Taska Diikat