X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Pengasuh Tampar & Ketuk Budak Guna Sudip Kayu, Ibu Ini Tindakan Yang Boleh Diambil!

17 Mar, 2022
Pengasuh Tampar & Ketuk Budak Guna Sudip Kayu, Ibu Ini Tindakan Yang Boleh Diambil!

Pengasuh wanita didapati telah memukul anak asuhan menggunakan sudip kayu. Ibu ayah jangan tersilap pilih pengasuh, gunakan cara ini!

Semalam, telah tular sebuah video seorang pengasuh wanita yang tergamak menampar muka seorang bayi ketika sedang memakaikan pakaian pada bayi tersebut. Dalam video tersebut, wanita tersebut kelihatan terus menampar muka si bayi walaupun anak kecil itu terus menangis kuat.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengasuh wanita bersikap kejam, menampar bayi tanpa belas kasihan
  • Kesan keganasan terhadap bayi
  • Ibu ayah berhati-hati dalam cari pengasuh, pastikan anda amalkan cara ini

Pengasuh wanita bersikap kejam, menampar bayi tanpa belas kasihan

pengasuh lempang

 

Pengasuh itu dipercayai menunjukkan sikap yang agresif terhadap bayi. Terdapat beberapa rakaman yang telah ditular di dalam media sosial. Menurut laman media sosial Twitter, wanita itu dipercayai dalam lingkungan 50-an.

Terdapat empat video yang tersebar memaparkan sikap tidak berperikemanusiaan di dalam laman media sosial. Salah satu dari empat video tersebut memaparkan pengasuh berkenaan bertindak menampar muka seorang bayi yang sedang dipakaikan lampin dan menarik tangan bayi tersebut secara paksa.

Dua lagi video telah dirakam dari sudut meja makan telah menampakkan si perakam sedang menyiapkan kerja sekolah manakala pengasuh berkenaan sedang memberi makanan kepada seorang kanak-kanak.

Walaupun dalam rakaman tersebut tidak menunjukkan mangsa kanak-kanak itu tetapi tangisan yang kuat boleh didengari selepas pengasuh berkenaan memukulnya dengan sudip kayu.

Di laman media sosial twitter, terdapat pengguna mendakwa rakaman itu dirakam oleh anak tiri pengasuh tersebut yang berusia 11 tahun. Sifat tidak bermoral begini tidak patut diberi toleransi oleh masyarakat. Menurut masyarakat Twitter, pengasuh tersebut dipercayai mengalami masalah mental.

Pengaruh seorang pengasuh boleh memberi kesan dalam hidupnya

Kita perlu memahami bahawa cara pengasuh mendidik dan menjaga kanak-kanak akan membawa kesan dalam pembesarannya. Cara penjagaan ibu bapa juga akan memberi kesan terhadap masa hadapan mereka. Jadi apakah kesan-kesan yang dimaksudkan?

  • Masalah tingkah laku dalam kanak kanak. Apabila kanak-kanak dibesarkan dalam suasana yang dipenuhi dengan keganasan dan penderaan, kanak-kanak tersebut akan cuba untuk mencari alternatif untuk mendapat rasa kebebasan seperti pengambilan dadah dan alkohol apabila menginjak dewasa. Mereka juga akan cuba untuk menyakiti orang lain kerana mereka ada perasaan ketidakadilan. 
  • Masalah gangguan emosi dan mental. Pengasuh dan ibu bapa juga perlu tahu yang kanak-kanak juga mempunyai perasaan dan hati. Mereka tidak mempunyai pemikiran yang matang dan mereka juga tidak tahu mana yang baik dan buruk. Mereka akan berpotensi menghadapi penyakit masalah mental seperti depresi, PTSD (post-trauma stress disorder) dan anxiety disorder.

Pengasuh Tampar & Ketuk Budak Guna Sudip Kayu, Ibu Ini Tindakan Yang Boleh Diambil!

  • Masalah fizikal terhadap kanak-kanak. Penderaan terhadap kanak-kanak boleh memberi kesan terhadap fizikal mereka. Keganasan boleh menyebabkan kecacatan terhadap anggota badan mereka seperti patah tulang, lebam dan parut yang besar. Ini juga akan menyebabkan mereka berasa tiada keyakinan diri.

Ibu ayah berhati-hati dalam cari pengasuh, pastikan anda amalkan cara ini

Banyak ibu bapa mulai risau untuk memberi pengasuh untuk menjaga anak mereka disebabkan kes yang ditular di media laman sosial. Sekiranya ibu bapa mengikuti langkah secara tertib, masalah seperti ini boleh dibendung. 

  • Membuat semakan polisi. Ibu bapa perlu bertanya dengan pengasuh itu sekiranya dia mempunyai falsafah yang sama dalam penjagaan seperti adakah dia memberi perasaan marah bila menjaga anak, bila waktu tidur akan diberikan, apakah makanan dan minuman diberikan kepada mereka dan sebagainya. Lebih banyak bertanya, lagi bagus untuk mengesan bahaya dari seorang pengasuh. 

tips cari pengasuh

  • Singgah dan intip. Ibu bapa juga perlu menanya jiran-jiran mereka jika ada sesuatu berlaku terhadap anak mereka. Jika ibu bapa mempunyai masa yang terluang, ibu bapa boleh memantau cara-cara pengasuh menjaga anak mereka tanpa pengetahuan pengasuh tersebut supaya tiada berpura-puraan yang berlaku.
  • Membuat pemeriksaan latar belakang pengasuh. Ibu bapa juga boleh mengambil tahu latar belakang pengasuh itu dan juga pengalamannya. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengetahui sekiranya pengasuh itu bermasalah atau tidak dengan mencari testimoni dan review oleh pelanggan yang lepas.

Ibu bapa perlu peka terhadap masalah penderaan terhadap kanak-kanak oleh pengasuh supaya pembesaran kanak-kanak mereka tidak akan terganggu dan emosi mereka akan terjaga.

Jika terdapat red flags dan rasa ketidakselesaan terhadap pengasuh itu, usah berfikir panjang untuk menukar dan mencari pengasuh yang baharu supaya masalah penderaan dapat dibendung! 

YWCA Genesee County, Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Perbuatan Tanpa Sedar Kita Sedang Dera Anak, Kalau Rasa Ada Buat Segeralah Berubah Parents!

Baca juga: Bayi Tujuh Bulan Dihempas Ke Lantai Oleh Pengasuh Kritikal Di Hospital

Baca juga: Hantar Anak ke Pengasuh? Tips Persediaan Penting untuk Anda

Stories Rakan Kongsi
Give your child so much more for his overall growth and development
Give your child so much more for his overall growth and development
8 produk kehamilan anda harus miliki dari Maternity Exchange!
8 produk kehamilan anda harus miliki dari Maternity Exchange!
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
Kita Support Kita (15 Oct – 14 Nov)
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child
What Triggers Eczema? Here Are Some Common Causes & What Parents Can Do to Help Your Child

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pengasuh Tampar & Ketuk Budak Guna Sudip Kayu, Ibu Ini Tindakan Yang Boleh Diambil!
Kongsikan:
  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

    Nurse Tak Beri Ibu Minta Susu Formula, Bayi Menggigil Kelaparan Hingga Hipoglisemia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.