Ramai Ibu Berasa Penat & Kerap Mengantuk Setiap Masa, Ini 5 Sebab-Sebabnya!

Kerap mengantuk walaupun anda sudah mendapat tidur yang cukup? Ketahui sebab-sebabnya dan cuba cara yang disenaraikan untuk menangani masalah ini!

Bila menggalas tugas sebagai ibu, sememangnya kita tak dapat lari dari kerap mengantuk kerana letih menguruskan anak-anak.

Apabila anak makin besar, ibu sudah dapat tidur yang aman selama 8 jam, tapi kenapa anda masih bangun keletihan dan rasa mengantuk lagi?

Baru rasa bersemangat nak memulakan hari baru, tetapi lain pula yang jadi. Anda bangun pagi dalam keadaan mengantuk, malas dan pening kepala pula! Sindrom ini sebenarnya dikenali sebagai narcolepsy (tidur pada waktu janggal) dan sleep apnea. 

5 sebab anda kerap mengantuk walaupun tidur cukup

#1. Masuk tidur ketika perut kosong

Makanan yang anda ambil sebelum tidur memberi kesan kepada kualiti tidur. Kajian mendapati jika anda makan makanan yang manis, atau karbohidrat, anda akan lebih mengantuk esoknya!

Paras gula dalam badan yang meningkat mengaktifkan neurons yang menggalakkan tidur. Sebab itu, kita kerap rasa mengantuk lepas makan hidangan berat, terutamanya makanan yang kaya dengan karbohidrat dan gula.

Tambahan lagi jika anda seorang ibu yang menyusukan anak, pastinya anda kerap makan untuk menggalakkan pengeluaran susu. Lebih banyak anda makan, lagi mudah anda mengantuk!

#2. Berkongsi katil dengan anak-anak

Berbeza dengan lelaki, wanita yang tidur bersama pasangannya, dikatakan memberi kesan negatif terhadap kualiti tidurnya.

Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada situasi ini seperti pasangannya berdengkur, gigi berbunyi atau pergerakan semasa tidur.

Bagi ibu yang tidur bersama anak pula, pergerakan ibu yang terbatas sedikit sebanyak membuatkan ibu penat walaupun ketika tidur. Ibu juga tak dapat tidur dengan nyenyak kerana perlu mengawal diri dari mengganggu tidur anak.

#3. Berdepan masalah rumahtangga

Kajian mendapati masalah tidur dan rumahtangga kerap berlaku pada masa yang sama. Dalam sebuah hubungan yang sihat, pasangan selalunya bertindak sebagai anti stress.

Hubungan suami isteri yang stress boleh mendorong kepada emosi yang tidak stabil, dan gangguan pada tidur.

Hal ini juga boleh berlaku sekiranya si bapa tidak membantu dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak, menyebabkan ibu mengalami tekanan.

#4. Tidur lewat

Sumber: Freepik

Sesiapa yang tidur lambat akan bangun lambat (dan penat juga). Tambahan lagi apabila anak tidak mahu tidur malam atau sakit. Ibu terpaksa bersengkang mata untuk menjaga anak, kadang kala bergilir bersama si bapa.

#5. Terlalu banyak berfikir

Sebagai ibu, anda pastinya sering memikirkan hal-hal untuk dilakukan seharian. Hal persekolahan, menu untuk makan tengahari, kerja-kerja rumah yang belum diselesaikan malah masalah di tempat kerja.

Apabila ini berlaku, pastinya anda tidak akan dapat tidur aman dek diganggu dengan fikiran yang terlalu banyak. 

Langkah yang perlu dilakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk

Bagi yang mengalami masalah kerap mengantuk walaupun tidur cukup, perkara tersebut mungkin tidak dapat diselesaikan serta-merta. Namun, ikuti beberapa tips di bawah untuk mendapatkan ketenangan semasa waktu tidur anda:

#1. Kawal pernafasan 

Lisa Artis, dari British Sleep Council mengesyorkan anda untuk menarik nafas dan melepaskannya bagi menenangkan diri.

“Jika minda tidak berhenti berfikir, catat pemikiran anda di atas kertas,” ujarnya.

#2. Mengubah suai bilik tidur

Kita memerlukan ruang tidur yang aman, sejuk dan tidak cerah, untuk mendapatkan tidur yang lebih lama dan berkualiti.

#3. Elakkan tekanan

Bayi terjaga pada waktu malam adalah normal. Anda tidak melakukan perkara yang salah. Meletakkan tekanan pada diri sendiri akan menjadikan anda resah dan lebih sukar tidur lalu kepenatan esoknya.

#4. Luangkan masa untuk ‘me time

Penuhi masa me time ini dengan mandi air suam, baca buku yang bagus, dengar muzik yang anda suka dan jadikan rutin. Jadi sebelum tidur, ambil peluang untuk memanjakan diri sendiri.

Pakar mengesyorkan power nap selama 20 minit untuk tenaga sekuat 2 cawan kopi, tetapi dengan efek yang lebih lama! Mereka juga mencadangkan tidur sebentar semasa bayi sedang tidur.

Jika anda tidak boleh tidur, cuba tenangkan diri dan mandi, tonton Netflix atau makan kudapan.

#5. Dapatkan bantuan apabila perlu

Anda tak perlu selalu buat sendiri. Jika pasangan atau sahabat mahu menjaga anak, biarkan mereka. Anda dapatkan rehat anda dan kembali dengan lebih bertenaga!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Paul dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: Pisahkan Tempat Tidur Anak Seawal Usia 7 Tahun, Ini Cara Ajar Mereka Tidur Sendiri!

Baca juga:  6 Gaya Tidur Menggambarkan Personaliti Unik- Anda Yang Mana Satu?

Penulis

Beto Rahman