TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Awas Kepala Air Ketika Mandi Sungai! Elak Kes Hanyut Yang Meragut Nyawa Dengan Tips Keselamatan Ini

4 min bacaan
Awas Kepala Air Ketika Mandi Sungai! Elak Kes Hanyut Yang Meragut Nyawa Dengan Tips Keselamatan Ini

Sentiasa waspada ketika mandi sungai kerana kepala air boleh jadi dengan sekelip mata sahaja. Ini tips keselamatan yang perlu ambil berat.

Umum tahu tentang kes hanyut dan maut 8 sekeluarga  dan 2 beranak berikutan kepala air yang berlaku sewaktu mereka berkelah di tepi sungai baru-baru ini. Tragedi tersebut cukup memilukan dan membuka mata kita semua akan pentingnya untuk tahu tentang kepala air.

Kepala air ini sebenarnya bermaksud gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Ia biasanya berlaku berikutan hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Lazimnya kepala air boleh dikesan apabila air sungai sudah bertukar warna daripada jernih kepada berkeladak. Adanya jika terdapat dahan pokok atau dedaunan yang berada di hulu sungai akan turut di bawa arus gelombang air besar tersebut.

Boleh dikatakan yang sekarang ini terdapat ramai orang tidak kira bangsa sudah mula menjadikan aktiviti berkhemah sebagai satu hobi untuk meluangkan masa bersama alam serta orang yang tersayang. Biasanya ramai yang akan memilih untuk berkhemah berhampiran dengan sungai kerana sememangnya kita tahu yang ia cukup mendamaikan.

Namun hendaklah kita juga ambil berat dari segi keselamatan berkhemah, berkelah atau bermandi manda di sungai, demi untuk mengelakkan sebarang kejadian maut yang tidak diingini apabila berlakunya kepala air. Berikut adalah tips keselamatan ketika berada di sungai untuk diambil berat, terutama sekali buat ibu bapa yang membawa anak kecil bermandi-manda di sungai atau air terjun oleh seorang pengguna di Facebook bernama Md Nor Fahmy.

1.  Tanya orang di kawasan tersebut tentang keadaan sungai

Apabila tiba di sungai, jika terdapat orang tempatan atau peniaga di situ, atau pengunjung lain yang biasa di situ, tanyakan jika sungai tersebut kerap berlaku kepala air. Mereka akan lebih berbesar hati untuk berkongsi informasi lebih dan tips keselamatan seperti spot air yang bahaya.

2. Periksa kesan-kesan air pasang setinggi mana di tebing sungai

Sebelum masuk sungai tengok kawasan tebing sungai. Perhatikan kesan-kesan air pasang setinggi mana. Boleh kenalpasti dari kesan-kesan sisa daun dan ranting yang tersangkut di tebing sungai. Boleh nampak seperti satu paras garisan di tebing sungai.

3. Anggarkan kedalaman sungai dan perhatikan batu yang berlumut

Sebelum masuk sungai, anggarkan kedalaman sungai tersebut. Logiknya jika terdapat spot yang gelap, ia selalunya adalah kawasan yang agak dalam. Jika batu yang gelap, tandanya ia berlumut dan licin. Pakai kasut yang sesuai untuk aktiviti air kalau boleh.

4. Kenalpasti laluan kecemasan atau escape route dari sungai

Bila dah masuk sungai, kenalpasti terlebih dahulu di mana laluan kecemasan paling dekat, paling cepat, paling selamat dan paling tinggi untuk anda selamatkan diri dan keluarga.

5. Mandi menghadap arah hulu sungai

Semasa mandi, pastikan anda menghadap arah aliran air yang datang. Ini bermaksud memandang ke arah hulu sungai supaya anda boleh nampak bahaya yang datang, sama ada kepala air atau haiwan di dalam air yang glide menerusi aliran air, atau kayu-kayu yang tajam.

6. Pakai wisel

Awas Kepala Air Ketika Mandi Sungai! Elak Kes Hanyut Yang Meragut Nyawa Dengan Tips Keselamatan Ini

Sebaik-baiknya, pakai wisel di bahagian leher. Sekurang-kurangnya jika ternampak bahaya yang mendatang, tiup wisel dengan sekuatnya untuk memberi tahu kepada orang lain.

7.  Mandi di kawasan yang boleh nampak pemandangan lurus jelas ke hulu sungai

Spot yg anda mandi tersebut, jika boleh pastikan terdapat pemandangan lurus jelas lebih kurang 50- 100m arah air datang. Jadi boleh nampak jika kepala air datang dari jauh. Jangan mandi di selekoh sungai.

8. Pastikan anak kecil sentiasa berada dekat dengan anda

Kalau terdapat anak kecil, pastikan mereka sentiasa berada berdekatan dengan anda.  Kanak-kanak biasanya belum membesar sepenuhnya dari segi koordinasi tubuh mereka, menganggarkan sebarang bahaya atau lain-lain. Jangan biarkan anak kecil diberikan kebebasan terlampau ketika berada di sungai, pastikan sentiasa memerhati gerak-geri mereka kerana menyesal di kemudian hari tidak berguna.

9. Perhatikan air berkeladak berserta daun, ranting dan dahan yang di bawa arus

kepala air

Kalau gelap di hulu sungai, air sungai akan jadi makin berkeladak, daun-daun di dalam sungai semakin banyak mengalir, berbuih di sana sini. Ini menandakan yang air sungai semakin deras. Mungkin hujan di kawasan bukit hulu sungai. Jadi, naik segera dari sungai.

10. Sediakan tali atau pelampung

Kalau boleh sediakan tali atau pelampung atau apa-apa sahaja yang boleh  membantu untuk menyelamakan keluarga atau orang lain.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

11. Jangan pacak khemah dekat dengan sungai

Jika mahu memacak khemah, terutama sekali buat yang mahu bermalam di kawasan tepi sungai, jangan letakkan khemah anda berada berdekatan dengan tepi sungai yang sama level dengan aras air sungai.

12. Pakai baju warna terang

Pakai baju terang, sekurang-kurangnya jika terumbang-ambing di dalam air, senang untuk orang nampak untuk diselamatkan.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Facebook Negeri Sembilan Kini

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sekelip Mata Budak 3 Tahun Mati Lemas, Selepas Terjun Sungai Belakang Rumah

Baca juga: 5 Perkara Penting Yang Berlaku Setakat Januari 2021, Semua Perlu Ambil Iktibar

Baca juga: Budak Perempuan 4 Tahun Hilang Ketika Berkhemah Bersama Keluarganya, Moga Dapat Dijumpai Segera

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Awas Kepala Air Ketika Mandi Sungai! Elak Kes Hanyut Yang Meragut Nyawa Dengan Tips Keselamatan Ini
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham