Si Manja Bakal Memasuki Usia 6 Bulan? Ini Checklist Keperluan Bayi Yang Perlu Ibu Sediakan!
Keperluan bayi 6 bulan yang lengkap penting bagi memudahkan kerja ibu dalam memperkenalkan si manja dengan makanan pejal.
Anak anda sudah masuk usia sesuai untuk makan, jadi ibu perlu bersedia dari segi penyediaan makanan untuk mereka. Justeru, ini 9 barangan penting keperluan bayi 6 bulan yang boleh memudahkan kerja-kerja ibu di dapur.Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Keperluan bayi 6 bulan, mudahkan penyediaan makanan pejal
Menerusi perkongsian oleh seorang ibu pada akaun Facebook Tanti Mazlina Mahmud, wanita ini memberi panduan kepada ibu-ibu berhubung persediaan awal untuk bayi masuk usia 6 bulan.
Keperluan bayi 6 bulan, mudahkan penyediaan makanan pejal
Barangan yang disenaraikan ini termasuk makanan dan perkakasan digunakan bagi penyediaan makanan si manja. Ikuti panduan daripada ibu ini.
1- Beras sumo
Ibu ini mengesyorkan beras jenis ini memandangkan ia cepat masak selain baik untuk berat badan bayi.
2- Minyak zaitun (extra virgin olive oil)
Titiskan minyak ini di dalam bubur bayi sebelum hendak makan. Minyak ini tidak boleh digunakan untuk memasak.
3- Periuk nasi
Ia digunakan untuk memasak bubur bayi. Untuk ibu ini, dia menyukai periuk jenama KHIND kerana tidak perlu menunggu lama. Tidak kira periuk apa pun, boleh digunakan ikut kesukaan dan kesenangan ibu.
4- Food processor
Ia boleh berfungsi untuk mencair beku (defrost), mengukus dan mengisar. Selepas bubur masak, masukkan di dalam alat ini serta kisar bersama sayur.
5- Set perkakasan silikon
Barangan wajib ada dan memudahkan ibu untuk memberi makanan kepada bayi anda.
6- Cawan straw
Ia memudahkan untuk bayi anda minum air.
7- Fruit feeder
Perkakasan wajib ada untuk pemberian snek kepada bayi dua kali sehari. Caranya mudah iaitu masukkan saja buah di dalamnya serta beri kepada bayi.
8- Bekas kecil makanan (food container)
Masih dalam kategori wajib ada dan ia memudahkan ibu untuk menyimpan puri atau bubur bayi di dalam peti sejuk beku.
9- Kerusi khas kanak-kanak
Jika tiada, agak sukar untuk beri makanan kepada bayi anda sekiranya tiada orang membantu untuk memegangnya.
Ibu ini mengesyorkan penggunaan kerusi ini kerana boleh diletakkan di atas kerusi makan di rumah dan bayi boleh makan bersama-sama di meja makan keluarga.
Malah ia juga boleh digunakan dalam tempoh yang lama. Jadi ibu-ibu yang ada anak masuk usia 6 bulan, semoga perkongsian ini memberi manfaat dan panduan kepada anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini
Baca juga: Cara Bekalkan Makanan Bayi Ke Rumah Pengasuh, Ini Panduan Buat Ibu Yang Bekerja
Baca juga: Resepi Makanan Bayi Mudah, Puri Pisang Untuk Bayi 6 Bulan Yang Lazat & Kaya Dengan Manfaat!