X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi? Ini Cara Penyediaan & Penyimpanan Yang Mudah!

4 min bacaan
Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi? Ini Cara Penyediaan & Penyimpanan Yang Mudah!

Tak perlu runsing, penyediaan makanan bayi ini tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Hanya memerlukan sedikit kesabaran saja. Tapi jika anda sediakan stok dan ketahui cara penyimpanan yang betul ia sangat memudahkan hari-hari anda!

Tahniah! Jika anda membaca artikel ini tandanya si kecil anda sudah bersedia untuk makanan pejal pertamanya! Teruja bukan untuk penyediaan makanan bayi, membelek resipi dan membuat kajian apa sumber makanan yang terbaik buat si kecil. 

Tak perlu runsing, penyediaan makanan bayi ini tidaklah sesukar yang anda fikirkan. Hanya memerlukan sedikit kesabaran saja, kerana prosesnya walaupun mudah tapi memakan masa sedikit. Tapi jika anda sediakan stok dan ketahui cara penyimpanan yang betul ia sangat memudahkan hari-hari anda!

Jom lihat antara menu penyediaan makanan bayi yang anda boleh cuba saat si kecil berjinak-jinak ingin makan makanan pejal!

penyediaan makanan bayi

#1. Puri kacang pis hijau 

Khasiat kacang pis hijau:

Ia rendah lemak dan tinggi dengan zat dan nutrien. secawan kacang mempunyai kurang daripada 100 kalori tapi terdapat banyak protein, serat dan mikronutrien. Ia juga mengandungi penguat sistem imun yang terdapat di dalam flavinoids, karotenoid, asid fenolik dan polifenol. 

Bahan – bahan:

  • Kacang pis hijau 
  • Susu badan 

Cara-cara membuat: 

  1. Letakkan kacang pis ke dalam periuk kukus dan stim sehingga lembut, kira-kira 15 minit. 
  2. Masukkan kacang pis dan susu badan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus menjadi puri. 
  3. Tapis halus kacang pis tersebut bagi menghilangkan ketulan. 
  4. Siap untuk dihidangkan. 

penyediaan makanan bayi

#2. Puri avocado 

Khasiat Avocado:
Avokado mempunyai kombinasi vitamin dan mineral yang boleh membuatkan sistem imun badan menjadi kuat, meningkatkan tahap kecergasan, meransangkan minda, menguatkan tulang dan juga memberikan anda kulit yang sihat. Malah kandungan lemak yang baik di dalam avocado elok untuk tumbesaran anak-anak anda yang kurang berat badan!

Bahan-bahan:

  • Avocado organik
  • Susu badan atau air masak

Cara-cara membuat: 

  1. Basuh dan buang kulit avocado.
  2. Stim avocado hingga lembut 
  3. Kisarkan avocado dan susu badan sehingga jadi puri.
  4. Siap untuk dimakan. 

penyediaan makanan bayi

#3. Puri ubi keledek (sweet potato)bakar 

Khasiat Ubi Keledek:

Diakui mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang tinggi, ubi keledek ungu kaya dengan serat, kalium dan vitamin A dan C, malah dikhabarkan baik untuk kulit wajah. Kajian menunjukkan daun ubi keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink.Vitamin A dalam ubi keledek membantu tubuh anda membuang sel-sel imun yang menghalang jangkitan dan penyakit dan mempunyai kesan anti-tumor.

Bahan-bahan:
  • Ubi Keledek

Cara-cara membuat: 

  1. Buang kulit dan cuci bersih.
  2. Panaskan dalam oven 180 C. Tusukkan sweet potato dengan garfu. 
  3. Letakkan di atas dulang dan panggang selama 45 minit sehingga lembut. 
  4. Setelah masak keluarkan dari oven dan lenyek dengan garfu hingga menjadi puri. 
  5. Untuk mendapatkan tekstur yang lebih lembut anda boleh tambah susu badan/ formula ke dalamnya. 

Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi? Ini Cara Penyediaan & Penyimpanan Yang Mudah!

#4. Puri Zucchini 

Khasiat Zucchini:

Ia mampu mencegah penghidratan badan! Sebanyak 95 peratus daripada zucchini adalah air. Jadi secara tidak langsung ia juga sesuai untuk pencernaan si kecil! Malah ia juga mampu memperkukuhkan sistem imun anak anda. 

Bahan – bahan:

  • 1 biji zucchini

Cara-cara membuat: 

  1. Buang kulit zucchini dan basuh bersih. 
  2. Stim dalam periuk kukus selama 5 minit.
  3. Keluarkan dari periuk dan sejukkan dalam 5 minit.
  4. Kemudian, kisar zucchini sehingga hancur dan lembut menjadi puri. 

Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi? Ini Cara Penyediaan & Penyimpanan Yang Mudah!

#5. Yogurt & Berry swirl 

Khasiat yogurt dan buah beri:

Memang bagus memberikan yogurt untuk bayi yang sudah menjangkau usia lapan bulan ke atas kerana ia mengandungi protein berkualiti tinggi, kalsium dan bakteria baik.
Namun begitu, pilihan yogurt untuk bayi haruslah kaya dengan lemak tanpa perasa tambahan lain kerana bayi tidak memerlukan gula. Manakala beri pula baik buat mata si anak kecil agar lebih jelas dan cerah!

Bahan-bahan: 

  • 125 gram blueberries 
  • 125 gram raspberries 
  • Yogurt susu 

Cara-cara membuat: 

  1. Basuh bersih blueberries dan raspberries. 
  2. Campurkan kedua-dua buah itu dalam food processor. Kemudian kisar menjadi serbuk puri. 
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. 
  4. Pindahkan ke mangkuk dan sejukkan (puri berry ini perlu disejukkan dalam peti ais dan ia tahan 3 hari) 
  5. Hidangkan puri berry itu bersama yogurt susu. 

Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi? Ini Cara Penyediaan & Penyimpanan Yang Mudah!

Cara Penyimpanan

Kalau nak buat stok, anda boleh simpan dalam freezer dengan bentuk kiub. Jika nak guna, panaskan saja selama 30 saat.

Ingat, jangan sesekali menyimpan makanan bayi anda di dalam bekas kaca yang tidak disarankan. Contoh bekas kaca makanan bayi yang anda gunakan semula tidak elok untuk dibekukan banyak kali. 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

#1. Selepas anda siap menghasilkan puri untuk bayi anda dengan kuantiti yang banyak, tuangkan ia ke dalam acuan ais. 

#2. Isi setiap kubikal dengan puri kemudian balutkan dengan bungkusan plastik.

#3. Selepas puri dibekukan, bawa keluar dan pindahkan ke dalam plastik kedap udara dan label siap-siap. Puri yang dibekukan boleh bertahan sehingga 72 jam. 

#4. Bila tiba masa untuk si kecil makan, hanya panaskan seketika di atas dapur atau rendamkan bag plastik dengan air suam (jangan rendam air panas). Elak menyimpan lebihan makanan yang sudah dipanaskan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Wholesomebabyfood

Baca juga: 

Bayi 2 Bulan SENGAJA Diikat, Diberi Bubur & Air Oleh Ibu Bapa Sendiri!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Dah Tiba Masa Untuk Penyediaan Makanan Bayi? Ini Cara Penyediaan & Penyimpanan Yang Mudah!
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham