Keputihan Berketul Keluar Dari Faraj? Ini Punca & Cara Penjagaan Mudah Perlu Wanita Tahu

undefined

Keputihan berketul boleh berlaku apabila adanya jangkitan kulat serta bakteria pada bahagian vagina sehingga mampu mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan.

Kebanyakan wanita di dunia ini sering mengalami masalah keputihan atau lelehan lendir yang berwarna putih, krim mahupun kelabu atau kekuningan yang keluar daripada faraj. Ramai wanita akan menganggapnya sebagai normal, namun bagaimana pula jika ia adalah keputihan berketul?

Anda sebenarnya perlu tahu kenapa keputihan berketul berlaku, apakah keputihan yang tidak membahayakan dan kenapa keputihan banyak keluar daripada kemaluan wanita. Ini penting agar anda dapat mencegah serta merawatnya dari awal supaya tidak memudaratkan anda pada masa kini dan akan datang.

Teruskan membaca perkongsian pada kali ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masalah keputihan berketul yang mungkin pernah dialami oleh anda. 

Apakah itu Keputihan?

maksud keputihan berketul

Keputihan atau nama saintifiknya Fluor Albus atau Leukore merupakan satu kondisi yang berlaku kepada kebanyakan wanita di mana keluarnya lendir berwarna putih, krim atau kelabu dari lubang faraj.

Statistik menunjukkan, majoriti atau 75% wanita yang mengalami masalah ini adalah dalam kalangan wanita yang telah berkahwin disebabkan oleh aktiviti seksual bersama pasangan. 

Ia mungkin petanda lazim sebelum kitar haid, namun anda juga perlu tahu bahawa terdapat risiko dan bahaya penyakit keputihan ini terutama jika ia keputihan berketul. 

Untuk pengetahuan anda, keputihan boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:

  • Keputihan fisiologi – keputihan ini lebih bersifat normal dan sebenarnya tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit. Ia sering berlaku sebelum kitaran haid wanita atau semasa wanita sedang mengalami tempoh kesuburan. Lendir yang keluar daripada keputihan jenis ini biasanya hanya sedikit dan cair serta mempunyai warna putih atau krim. 
  • Keputihan patologik – keputihan patologik pula kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan jenis ini akan berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Keputihan patologik selalunya menyebabkan individu tersebut mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan. Permukaan kulit pada faraj pesakit juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berbintik. Tekstur lendir yang dikeluarkan bagi keputihan patologik biasanya terasa melekat dan berbau. 

Punca Keputihan Berketul

Keputihan Berketul Keluar Dari Faraj? Ini Punca & Cara Penjagaan Mudah Perlu Wanita Tahu

Sebenarnya, terdapat beberapa punca yang mungkin akan menyebabkan berlakunya keputihan berketul mahupun keputihan patologik pada wanita dan antaranya adalah kerana:

#1. Jangkitan kuman seperti bakteria, yis atau parasit

Jangkitan bakteria akan menyebabkan keputihan mengeluarkan bau yang kuat dan busuk pada wanita.

#2. Hormon tidak seimbang

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan berketul. 

#3. Ada masalah kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu, wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS, barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

#4. Gaya hidup yang tidak sihat

Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj termasuklah jangkitan kulat keputihan berketul.

Jadi, untuk wanita yang mengalami masalah keputihan berketul, anda digalakkan untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan rawatan yang terperinci kerana ia mungkin menandakan anda sedang mengalami penyakit. 

Jenis Keputihan Berketul 

Berikut beberapa jenis keputihan berketul yang mungkin anda perlu tahu: 

#1. Keputihan berketul ketika hamil

Wanita hamil mungkin akan mengalami masalah keputihan berketul ini. Keputihan yang berketul dan berwarna putih atau krim seperti keju boleh menandakan jangkitan kulat.

Jangkitan kulat kerap berlaku pada golongan ini dan antara gejalanya termasuklah gatal, pedih dan sakit ketika kencing atau ketika melakukan hubungan seksual.

#2. Keputihan berketul kerana mencegah kehamilan

Pencegahan kehamilan akan mengubah hormon anda, yang seterusnya akan mendorong kepada berlakunya masalah keputihan berketul terutama jika kontraseptif anda mengandungi estrogen.

#3. Keputihan berketul berwarna coklat atau berdarah

Warna keputihan kecoklatan atau mengandungi darah adalah dianggap normal terutama sekali jika ia berlaku betul-betul selepas tamat kitaran haid. Pada awalnya, keputihan yang keluar mungkin mengandungi darah baharu dan kemudiannya akan bertukar menjadi sedikit kecoklatan.

Namun, ada juga kes-kes yang jarang berlaku menunjukkan kehadiran keputihan berwarna kecoklatan ini sebagai tanda sesuatu yang tidak normal. Ia mungkin menunjukkan tanda bahawa seseorang wanita itu mempunyai endometrium atau adanya kanser serviks.

Selain itu, ia juga mungkin tanda bahawa seseorang mengalami masalah seperti fibroid atau ketumbuhan tidak normal yang lain.

#4. Keputihan berketul selepas bersama

Wanita yang mengadakan hubungan seksual mungkin akan mengeluarkan keputihan berketul berwarna kuning atau hijau dan ia biasanya sedikit pekat. Bau busuk juga dikeluarkan dan ia mungkin menunjukkan sesuatu yang tidak normal.

Ia mungkin tanda bahawa seseorang itu sedang mengalami jangkitan trichomoniasis yang biasanya diperoleh hasil daripada hubungan seksual.

Cara Merawat Masalah Keputihan Berketul

cara rawat masalah keputihan berketul

Penyakit keputihan kronik termasuk keputihan wanita yang berketul yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi merbahaya. Jika tidak ditangani lebih awal, ia bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. 

Jadi, jika anda mengalami masalah lendir keputihan yang kronik ini, sila berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan segera. Ia mungkin petanda anda sedang mengalami penyakit tertentu.

Dalam pada itu, wanita yang hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.

Selain berjumpa doktor, anda juga boleh cuba merawat masalah ketulan keputihan dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengurangkan pengambilan gula berlebihan bagi mengurangkan risiko jangkitan kulat. 

Penjagaan Kemaluan Wanita Agar Sihat dan Bersih

cara elak keputihan berketul

Doktor mungkin boleh memberikan ubat antibiotik atau ubat lain bagi merawat jangkitan pada vagina yang mengakibatkan masalah keputihan berketul.

Namun, sebagai seorang wanita anda juga perlu menjaga kesihatan pada vagina anda dengan:

  • Sentiasa memastikan bahagian faraj anda berada dalam keadaan bersih dan kering
  • Kurangkan memakai pakaian dalam yang ketat bagi mendapatkan pengudaraan yang bagus.
  • Anda tidak digalakkan untuk memakai seluar jeans ketat kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan
  • Tidak melakukan seks rambang iaitu dengan lebih satu lelaki
  • Tidak menggunakan pembersih kemaluan yang mana ia boleh mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan
  • Elak menggunakan tampon atau membiarkan sebarang kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas melakukan aktiviti seksual
  • Memakai panty liner bagi menyerap lelehan/ keputihan yang keluar dari faraj
  • Amalkan pemakanan yang sihat 
  • Elak mengambil gula berlebihan kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan kulat
  • Basuh bahagian sulit dengan air bersih selepas buang air kecil dan aktiviti seksual
  • Tenangkan minda dan kurangkan stress

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Sumber

Healthline (May 6, 2022). Thick White Discharge: What It Means. www.healthline.com/health/thick-white-discharge#thick-white

Very Well Family (Aug 19, 2022). What Is Leukorrhea in Pregnancy? www.verywellfamily.com/pregnancy-discharge-3861797

WebMD (June 12, 2022). Vaginal Discharge: What’s Abnormal? www.webmd.com/women/guide/vaginal-discharge-whats-abnormal

Medical News Today (July 20, 2020). Is thick, white discharge normal? www.medicalnewstoday.com/articles/327379#what-is-healthy-discharge

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Jika Alami Keputihan Warna Hijau, Segera Cegah Dengan Amal Langkah Mudah Ini!

Baca juga: Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan

Baca juga: 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!