X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bahaya Jika Alami Keputihan Warna Hijau, Segera Cegah Dengan Amal Langkah Mudah Ini!

8 min bacaan
Bahaya Jika Alami Keputihan Warna Hijau, Segera Cegah Dengan Amal Langkah Mudah Ini!

Keputihan warna hijau? Ketahui sekiranya ia normal atau tidak juga apa punca dan cara mengatasinya.

Keputihan warna hijau, kuning atau kelabu yang sering dihidapi oleh para wanita menunjukkan bahawa anda sedang mengalami masalah jangkitan pada kemaluan atau turut dikenali sebagai penyakit keputihan.

Menurut portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, statistik telah menunjukkan bahawa terdapat hampir 75% wanita yang sudah pun berkahwin mengalami masalah keputihan disebabkan oleh aktiviti seksual yang sering dilakukan.

Lebih mengejutkan lagi, kebanyakan wanita langsung tidak menyedari bahawa masalah keputihan yang dialami mereka adalah bahaya dan berisiko untuk mengalami penyakit keputihan dan pelbagai komplikasi lain yang merbahaya.

Untuk memahami dengan lebih lanjut serta jelas mengenai masalah keputihan ini, jom ikuti perkongsian di bawah.

Isi Kandungan

  • Apa Itu Vagina Discharge
  • Punca Keputihan Hijau
  • Simptom-simptom Keputihan Warna Hijau, Kuning Dan Kelabu 
  • Jenis-jenis Keputihan
  • Cara Mengatasi
  • Bila Perlu Jumpa Doktor

Apa itu Vaginal Discharge Dan Keputihan Warna Hijau

keputihan warna hijau, keputihan hijau

Keputihan atau turut dikenali sebagai vaginal discharge ini merupakan satu istilah untuk cecair atau lendir kental yang keluar dari vagina. Keputihan ini dipengaruhi oleh hormon estrogen dan apabila seseorang wanita mengalami menopause keputihan ini akan menjadi semakin kurang dan berasa seperti kekeringan. 

Manakala jika anda didapati sedang hamil atau semasa sedang berada dalam fasa subur atau sebelum kedatangan haid serta keghairahan sebelum melakukan hubungan intim keputihan ini  akan semakin bertambah.

Vaginal discharge atau lendiran dari faraj yang berwarna hijau merupakan salah satu simptom yang menunjukkan bahawa terdapat jangkitan pada bahagian kemaluan anda. Ia merupakan satu masalah klasik yang sering dialami oleh kebanyakan wanita.

Kebiasaannya gejala keputihan berwarna kuning, hijau dan kelabu ini terjadi disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman yang merangkumi kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan serta gaya hidup anda. Rujuk gambar keputihan berwarna hijau yang kami kongsikan di atas untuk mengenalpasti apakah anda turut mengalaminya sekarang ini.

Untuk makluman anda juga jumlah, ketebalan serta warna keputihan ini juga adalah berbeza bagi setiap wanita. Keputihan biasa selalunya akan meningkat dua minggu sebelum anda datang haid dan terdiri daripada lendir dan bakteria.

Lendir memainkan peranan dengan berfungsi untuk membersihkan faraj manakala bakteria yang baik pula membantu dalam mengekalkan keseimbangan di bahagian tersebut. 

Kebiasaannya keputihan yang keluar dari vagina adalah jernih atau putih dan teksturnya boleh menjadi elastik dan licin ketika ovulasi berlaku iaitu pada kira-kira dua minggu selepas tempoh kedatangan haid.

Keputihan yang normal selalunya tidak berbau, tidak menyebabkan kegatalan ataupun iritasi pada bahagian vagina.

Akan tetapi jika anda mengalami jangkitan akan berlaku perubahan kepada warna atau jumlah keputihan serta gejala-gejala lain. 

Punca Terjadi Keputihan Warna Hijau, Kuning Atau Kelabu

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perubahan kepada keputihan bagi seorang wanita dimana keseimbangan bakteria sihat di dalam vagina terganggu. Masalah keseimbangan ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan kepada risiko jangkitan daripada bakteria normal ataupun yis.

Antara faktor-faktor yang boleh mencetus gangguan keseimbangan adalah jangkitan seperti:

#1. Yis atau candida

Merupakan sejenis fungi iaitu sebahgian daripada flora normal kulit manusia.

#2. Gardnerella

Merupakan sejenis bakteria yang selalunya berada dalam vagina wanita.

#3. Trichomonas

Merupakan sejenis protozoa.

#4. Mengalami penyakit kelamin

Contohnya seperti Gonorea ataupun Chlamydia.

Malah keputihan yang terjadi juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti: 

  • Penggunaan ubat antibiotik
  • Pil perancang keluarga
  • Sabun, douches, pad atau tampom
  • Kencing manis
  • Kehamilan
  • Tekanan
  • Pakaian ketat atau sintetik
  • Tahap estrogen yang rendah (seperti dalam menopause)

Simptom-simptom Keputihan Warna Hijau, Kuning Dan Kelabu 

Anda boleh mengenal pasti simptom-simptom masalah keputihan atau vaginal discharge ini melalui:

  • Perubahan warna, jumlah atau bau yang terdapat pada lendir yang keluar dari faraj.
  • Keputihan yang teksturnya kelihatan seperti keju merupakan tanda-tanda klasik berlakunya jangkitan yis.
  • Keputihan yang terjadi berwarna kuning, hijau atau kelabu merupakan tanda-tanda jangkitan akibat trichomonas atau bakteria.
  • Keputihan yang disertai dengan lendir darah walaupun bukan dalam tempoh kedatangan haid.
  • Mengalami kegatalan pada bahagian vagina.
  • Terdapat kudis atau ulser pada kemaluan.
  • Mengalami demam.
  • Mengalami sakit perut atau sakit semasa melakukan hubungan intim.
  • Terdapat tanda lepuh, benjolan atau luka di sekitar kawasan kemaluan anda.

Jenis-jenis Keputihan

Terdapat beberapa jenis keputihan yang dikategorikan mengikut warna konsitensinya iaitu:

#1. Putih

gambar keputihan berwarna hijau

Lendir putih yang keluar dari faraj ini merupakan keputihan normal terutamanya ketika awal dan akhir kedatangan haid anda. Tekstur dan jumlah keputihan yang keluar adalah berbeza-beza dan kadang-kadang anda dapat melihat teksturnya nipis dan berair.

#2. Keputihan Warna Hijau Atau Kuning

gambar keputihan berwarna hijau

Jika anda melihat rembesan cecair yang keluar warnanya sedikit kuning ia mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Perubahan warna ini selalu terjadi disebabkan oleh perubahan yang anda lakukan di dalam diet atau makanan tambahan yang telah diambil.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Akan tetapi, jika keputihan tersebut semakin jelas kuningnya, atau bertukar menjadi keputihan berwarna hijau kekuningan atau pun keputihan hijau yang gelap warnanya itu menunjukkan bahawa terdapat tanda-tanda berlakunya jangkitan bakteria atau jangkitan seksual pada vagina anda. 

#3. Merah Gelap

gambar keputihan

Kebiasaannya keputihan merah terjadi disebabkan pendarahan di antara haid. 

#4. Merah Jambu

Kadang-kadang rembesan cecair yang keluar akan berwarna merah jambu disebabkan ia mengandungi darah. Hal ini selalu terjadi apabila haid anda semakin hampir dengan kesan tompokan pada seluar dalam atau semasa anda membuang air kecil.

Namun begitu, keputihan jenis ini kadang kala menunjukkan tanda pendarahan implantasi dimana kemungkinan besar anda sedang hamil. Terdapat sesetengah wanita yang akan mengalami tompokan berwarna merah ini selepas ovulasi berlaku.

Tetapi jika anda melihat keputihan anda bertukar menjadi warna merah jambu selepas melakukan hubungan seksual, kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh berlakunya koyakan kecil atau kerengsaan pada faraj atau serviks anda.

#4. Kelabu

Awas jika anda melihat keputihan yang keluar warnanya adalah kelabu. Ini adalah kerana ia menunjukkan terdapat simptom jangkitan bakteria biasa yang digelar sebagai bacterial vaginosis (BV).

Antara gejala-gejalanya adalah seperti kegatalan dan kerengsaan pada faraj, mengeluarkan bau yang busuk serta kemerahan di sekitar vulva atau pembukaan faraj. Bagi anda yang mengalami jangkitan ini, kebiasaannya doktor akan memberi antibiotik.

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Warna Hijau Yang Teruk

  • Mandi setiap hari dan sentiasa pastikan anda membersih kawasan kemaluan serta mengelapnya sehingga kering dengan kain bersih.
  • Kerap tukar tuala wanita ketika haid untuk elakkan daripada terjadinya jangkitan.
  • Selepas anda membuang air, anda perlu amalkan membasuh atau mengesat kemaluan dari depan ke belakang untuk mengelakkan bakteria daripada anus atau dubur memasuki bahagian vagina anda.
  • Pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk membantu vagina bernafas lebih mudah serta kurang berpeluh.
  • Jika anda mendapati bahawa terdapat iritasi ketika memakai seluar dalam, segera tukar sabun cuci pakaian dan cecair pelembut kain yang digunakan.
  • Elakkan juga daripada memakai seluar yang ketat untuk tempoh masa yang lama.
  • Pastikan juga anda berbincang dengan doktor sekiranya mengalami iritasi ketika menggunakan perancang keluarga seperti kondom.
  • Elakkan daripada menggunakan bahan yang boleh menyebabkan berlakunya iritasi berpanjangan.
  • Elakkan juga daripada menggunakan pancuran pada vagina atau vaginal douching.
  • Selain itu, anda juga perlu mengelakkan diri daripada menggunakan pencuci vagina yang berbentuk semburan, kertas tandas yang berwarna serta berbau wangi, tuala wanita yang turut mengandungi pewangi, mandian panas dan juga mandian berbuih.
  • Pastikan anda memeriksa terlebih dahulu pasangan anda agar dirinya tidak mempunyai sebarang discaj pada bahagian salur kencing atau hujung penis sebelum melakukan hubungan seksual.

Bila Perlu Jumpa Doktor

kuning hijau

Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda seperti berikut iaitu:

  • Bau lendir yang kuat serta busuk
  • Bentuk keputihan yang luar biasa
  • Mengalami kegatalan 
  • Mengalami kesakitan atau ketidakselesaan
  • Lelehen di bahagian faraj yang berbuih atau kelihatan seperti keju kotej
  • Berlaku pendarahan di antara haid atau pun selepas menopaus
  • Terdapat tompokan yang disertai darah selepas melakukan hubungan seks dengan kerap
  • Lelehan faraj yang berwarna kelabu, hijau dan kuning
  • Berasa pedih ketika membuang air kecil

Doktor akan membuat pemeriksaan yang rapi di bahagian pelvis dengan mengambil sampel rembesan cecair keputihan tersebut untuk dibuat ujian mengenainya.

Semoga perkongsian mengenai keputihan dan kenapa keputihan warna hijau, kuning atau kelabu ini terjadi dapat membantu anda lebih faham mengenainya dan memberi manfaat berpanjangan!

  1. www.medicalnewstoday.com (2020, 10 Januari) A color-coded guide to vaginal discharge www.medicalnewstoday.com/articles/322232#what-is-vaginal-discharge

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Masalah Keputihan Itu Normal, Ini 6 Jenama Panty Liner Terbaik Untuk Keselesaan Ibu Semasa Hamil

Baca juga: Keputihan Berbau Busuk, Warna Coklat? Awas! Anda Mungkin Hidap Penyakit Kelamin Pada Wanita!

Baca juga: 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awala

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bahaya Jika Alami Keputihan Warna Hijau, Segera Cegah Dengan Amal Langkah Mudah Ini!
Kongsikan:
  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

    Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

    Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.