Kereta Terkunci Dari Dalam, Ibu Panik Bayi Berusia 47 Hari Terperangkap & Hampir Lemas

Kereta terkunci dari dalam boleh membahayakan anak kecil yang ditinggalkan bersendirian, lebih-lebih lagi jika ia tidak disedari ibu ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, tular mengenai berita bayi terperangkap disebabkan oleh kereta terkunci dari dalam. Seorang bayi perempuan yang baru sahaja berusia 47 hari telah dilaporkan terperangkap dalam kenderaan jenis Perodua Viva.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pihak bomba selamatkan bayi hampir lemas disebabkan kereta terkunci dari dalam
  • Bahaya meninggalkan anak keseorangan di dalam kereta

Pihak bomba selamatkan bayi hampir lemas disebabkan kereta terkunci dari dalam

Ibu ayah kepada bayi perempuan ini panik apabila mendapati anaknya terkunci di dalam kereta di hadapan rumah mereka di Lorong Sekolah Jalan Alor Merah.

Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah tiba enam minit kemudian ke tempat kejadian setelah dihubungi ibu bapa bayi.

Bayi perempuan tersebut kelihatan separa lemas yang mana bahagian mukanya diliputi oleh topi yang  dipakaikan di kepala sewaktu pihak bomba tiba untuk menyelamatkannya.

Tindakan pantas telah diambil oleh pasukan penyelamat yang berusaha untuk mengeluarkan bayi tersebut melalui pintu hadapan di bahagian penumpang menggunakan peralatan khas yang mengambil masa lima minit.

Bayi perempuan tersebut kemudiannya diserahkan kepada ibu bapa setelah disahkan selamat dan berada dalam kesihatan yang baik oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Rawatan Kecemasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahaya meninggalkan anak keseorangan di dalam kereta

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda meninggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta kerana disebabkan kecuaian ataupun terlupa? Ibu bapa perlu menyedari akan bahaya meninggalkan anak di dalam kereta tanpa pengawasan tidak kira apa jua peringkat umur anak anda.

Apakah jenis bahaya yang boleh menimpa kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta?

  1. Anak boleh mendapat strok haba secara tiba-tiba
  2. Risiko lemas di dalam kereta terutamanya bagi bayi
  3. Risiko dan bahaya kereta bergerak sendiri apabila anak bermain di dalam kereta

Buat ibu bapa, sila berada dalam keadaan berjaga-jaga sewaktu membawa anak bersama di dalam kenderaan. Jangan sesekali meninggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta kerana memikirkan bahawa tiada bahaya yang akan menimpa anak anda.

Ibu bapa seharusnya tidak mengambil sikap sambil lewa terutamanya melibatkan perkara yang berkaitan dengan keselamatan anak-anak. Semoga artikel ini bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tular Kanak-Kanak Duduk Luar Tingkap Sewaktu Kereta Bergerak, Bahayanya!  

Baca juga: Bayi Comel 8 Bulan Cacat Seumur Hidup Kerana Tertelan Bateri, Itulah Bahayanya Bateri Lithium Dalam Mainan Kanak-Kanak

Baca juga: (Video) Wanita Selamba Pandu Kereta Sambil Pegang Bayi & Anak Berdiri Di Tingkap

Penulis

Nina Osman