Biasakan Anak Buat Kerja Di Rumah Seawal Usia, Penting Untuk Mereka Belajar Mengurus Diri

Kerja di rumah hendaklah dibahagikan antara anak mengikut kesesuaian usia. Penting untuk mereka belajar nilai tanggungjawab dan disiplin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan anak-anak semakin membesar dan boleh memahami arahan, ibu ayah hendaklah menetapkan beberapa  kerja di rumah mengikut kesesuaian usia mereka.

Bukan apa, ia adalah proses belajar mengurus diri dan penting untuk anak apabila mereka dewasa kelak. Agak menyedihkan apabila melihat anak-anak pada hari ini banyak menghabiskan masa di dalam bilik dan leka bermain telefon.

Lama-kelamaan jika dibiarkan, mereka boleh menjadi ‘raja’ di rumah. Manakala segala kerja rumah ibu lakukan seorang diri.

Bahagikan kerja di rumah untuk anak-anak, penting ajar mereka tentang tanggungjawab

Seorang ibu, Mrs Liez memahami akan kesusahan yang dialami oleh kebanyakan suri rumah pada hari ini.

Perlu menguruskan suami, anak-anak dan melakukan pelbagai kerja setiap hari. Tidak dinafikan bahawa rumah yang ada anak kecil sudah semestinya bersepah dengan mainan, makanan bertaburan di lantai dan dalam masa yang sama perlu memastikan perut anak-anak serta suami tidak kelaparan.

Seawal usia tiga hingga tujuh tahun, ibu hendaklah membiasakan anak-anak dengan aktiviti mengemas rumah yang bersesuaian usia mereka. 

Menurut pakar psikologi, Wendy Mogel, membantu di rumah mampu menimbulkan rasa percaya pada diri. Apabila ibu ayah menegaskan bahawa anak-anak perlu melakukan tugas, biarkan mereka tahu apabila kehadiran mereka tidak hanya disayangi, tetapi diperlukan.

Dalam hal ini, banyak kerja di rumah yang boleh anak-anak lakukan, namun hendaklah ada pengawasan dari orang dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenis kerja di rumah yang sesuai untuk anak-anak lakukan

#1. Mengemas dan membersihkan bilik

Seawal usia lima tahun sebenarnya ibu boleh mengajarkan anak-anak mengemas rumah dengan membetulkan cadar dan bantal, melipat semula selimut selepas digunakan dan menyusun permainan di tempat yang ditetapkan.

Bagi memberi semangat untuk si manja mengemas bilik mereka, anda boleh cuba mengubah suai bilik mengikut kehendak anak. Pasti mereka lebih bersemangat untuk memastikan bilik sentiasa kemas dan bersih.

#2. Mengasingkan dan mencuci pakaian

Ibu boleh mengajar anak dengan mengasingkan pakaian berwarna dan pakaian putih untuk dicuci berasingan. Lebih mudah kerja di rumah apabila anak sudah pandai mengenal warna dan mampu memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh.

Bukan itu sahaja, libatkan anak ketika anda menjemur atau melipat pakaian agar mereka dapat belajar tentang cara yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Vakum rumah atau menyapu lantai

Ada sesetengah anak berasa takut dengan bunyi vakum sehingga mereka terkejut dan menangis. Namun ibu jangan risau kerana masalah ini tidaklah berpanjangan. 

Biasakan mereka mencabar diri untuk mencuba pelbagai perkara di sekeliling mereka. Lama kelamaan nanti anak akan teruja tengok kotoran hilang setelah disedut masuk ke dalam vakum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah boleh beli carta tugas jenis magnet ini untuk kegunaan anak di rumah. Dengan cara ini mungkin dapat mengajar anak untuk jadi lebih membantu di rumah.

#4. Membersihkan habuk pada perabot rumah

Kerja ini antara yang paling senang. Ibu boleh berikan anak kain lembap ataupun penyapu bulu ayam bagi membuang segala habuk terutamanya di atas kabinet tv, celah-celah kabinet dan sebagainya.

#5. Menyiram pokok dan beri makanan kepada haiwan peliharaan

Kebanyakan anak amat suka bila bab main air. Bagi memudahkan kerja seharian anda, boleh minta tolong mereka siramkan pokok bunga di halaman rumah. Namun jangan melenting apabila ibu melihat anak-anak turut kebasahan.

Sekali-sekala tak salah beri mereka kebebasan dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, jika anda ada memelihara haiwan seperti kucing, arnab mahupun hamster, beri peluang untuk anak memberinya makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajarkan anak beri air dan makanan dengan jumlah yang betul. Ini secara tidak langsung membuatkan si manja berbuat baik dengan haiwan.

Menarikkan semua kerja di rumah yang sesuai dengan anak-anak ini? Ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban ibu, malah memberi peluang untuk anak belajar pelbagai kemahiran. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pauUNtan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Jangan Terlalu Rajin, Simpan Sedikit Kerja Rumah Untuk Anak Menjadi Lebih Bertanggungjawab!

Baca juga: Mengapa Suami Hanya Buat Kerja Rumah Bila Disuruh? Wahai Suami, Jangan Malas Please!

Baca juga:  Jangan Manjakan Saja Anak Lelaki Ini Cara Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan