Tak sangka ada juga cara lain untuk gunakan lebihan nasi dibuat keropok ikan bilis. Ia bukan sahaja enak sebagai snek harian tetapi juga sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang.
Jom buat guna resepi perkongsian dari Fienaz Shafie dalam grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resepi Keropok Ikan Bilis Guna Lebihan Nasi
Pertama kali buat keropok ikan bilis guna nasi je! Tak sangka menjadi!!!.
Nasi semalam tak habis jangan dibuang jom buat Keropok Ikan Bilis jadikan satu menu minum petang dengan keluarga dihujung minggu.
Bahan-bahan:
Bahan A (Kisar):
- 4 Cawan Nasi (Guna Nasi semalam je)
- 1 sk Serbuk Ketumbar
- 1 sk Serbuk Jintan Putih
- 1 sk Serbuk Jintan Manis
- 1 kiub Serbuk Ikan Bilis
- 2 sk Garam
- 1 sk Serbuk Bawang Putih
Bahan B :
- 1 1/2 cawan Tepung Ubi Kayu
Cara Penyediaan:
- Kisar semua bahan A
- Campurkan dengan bahan B bentukkan menjadi doh.
- Rebus sehingga doh timbul. Angkat dan toskan sehingga sejuk (doh agak melekit ya)
- Apabila doh dah sejuk balutkan dengan plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
- Keluarkan dari peti sejuk, hiris nipis-nipis sahaja.
- Jemur dibawah matahari selama 2 hari seeloknya untuk dapat keropok yang betul betul kering.
- Goreng dengan minyak panas.
- Angkat dan toskan minyak.
Hidangkan dengan Air Teh O panas untuk minum petang bersama keluarga.
Ia merupakan salah satu cara yang bijak bagi surirumah untuk mengelakkan pembaziran makanan dan memberikan variasi baru dalam hidangan makanan keluarga.
Boleh rujuk video di bawah untuk lebih jelas.
@fienazshafieofficial Nasi semalam tak habis jangan dibuang jom buat Keropok Ikan Bilis jadikan satu menu minum petang dengan keluarga dihujung minggu. Bahan resepi : Bahan A (Kisar): 4 Cawan Nasi (Guna Nasi semalam je) 1 sk Serbuk Ketumbar 1 sk Serbuk Jintan Putih 1 sk Serbuk Jintan Manis 1 kiub Serbuk Ikan Bilis 2 sk Garam 1 sk Serbuk Bawang Putih Bahan B : 1 1/2 cawan Tepung Ubi Kayu Bahan kisar Cara masak : 1.Kisar semua bahan A 2.Campurkan dengan bahan B bentukkan menjadi doh. 3.Rebus sehingga doh timbul. Angkat dan toskan sehingga sejuk (doh agak melekit ya) 4.Apabila doh dah sejuk balutkan dengan plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk semalaman. 5.Keluarkan dari peti sejuk, hiris nipis-nipis sahaja. 6.Jemur dibawah matahari selama 2 hari seeloknya untuk dapat keropok yang betul betul kering. 7.Goreng dengan minyak panas. 8.Angkat dan toskan minyak. Hidangkan dengan Air Teh O panas untuk minum petang bersama keluarga. SELAMAT MENCUBA! #fienazshafie #dapoqkebaya #resepkerupuk #keropoknasi #kongsibersama #rancakraya #kongsiselera ♬ Malam Bulan Dipagar Bintang Piano – DNP
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Begini Rupanya Cara Buat Keropok Lekor Guna Tiga Bahan Sahaja, Mudah Yang Amat!
Baca juga: Cara Rebus Ketupat Nasi Paling Mudah & Jimat Gas, 1 Jam Dah Siap!
Baca juga: Resepi Muffin Pisang & Kismis, Snek Lazat Sesuai Untuk Sarapan Mahupun Minum Petang