Anak tak selamat dari kerosakan gigi walaupun memberus sebanyak 3 kali sehari!

Kajian dari 2 universiti di Scotland mendedahkan makanan ringan adalah faktor yang menentukan risiko kerosakan gigi untuk kanak-kanak berusia 5 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wahai ibu bapa, jangan ingat kalau anak rajin memberus gigi 3 kali sehari, dia akan selamat dari kerosakan gigi kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kebersihan gigi hanya memainkan peranan kecil apabila melindungi kanak-kanak dari kerosakan gigi yang disebabkan oleh makanan ringan yang manis.

Apa yang menyebabkan kerosakan gigi kanak-kanak?

Berapa kerap anak anda makan makanan ringan dalam satu hari?

Kajian yang dilakukan ke atas 4000 kanak-kanak prasekolah mendapati mereka yang makan makanan ringan sepanjang hari, lebih berpotensi ada kerosakan gigi berbanding dengan kanak-kanak yang hanya makan 3 kali sehari tanpa makanan ringan.

Para penyelidik juga mendapati tidak mencukupi untuk bergantung kepada tahap kebersihan gigi anak sahaja untuk mengelakkan kerosakan gigi kanak-kanak di bawah usia 5 tahun.

Kerosakan gigi kanak-kanak : Peranan ibu bapa

Kajian juga mendapati faktor sosioekonomi turut memainkan peranan dalam menghalang kerosakan gigi kanak-kanak dari berlaku.

Faktor-faktor ini termasuk tahap pendidikan ibu bapa, kerana ini boleh memberi kesan yang besar kepada masalah kerosakan gigi kanak-kanak, berbanding pemakanan anak atau kebersihan mulut mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun gigi susu bersifat sementara, para penyelidik berkata “Tabiat menjaga kebersihan mulut perlu disemai dari kecil lagi, sama juga dengan cara pemakanan yang baik serta cara memberus gigi yang betul.

Para penyelidik telah mengumpul data dari pemerhatian berulang pada kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun, sambil memberi tumpuan kepada diet dan kebersihan mulut mereka.

Mereka mendapati jika kanak-kanak berusia 2 tahun kurang memberus gigi, ini akan meningkatkan  kemungkinan mereka mengalami kerosakan gigi pada umur 5 tahun.

Ini bertentangan dengan mereka yang memberus gigi mereka sekurang-kurangnya 2 kali sehari ataupun lebih.

Kurangkan makanan manis

Di Sekolah Ilmu Sosial dan Politik Universiti Edinburgh, penyelidik utama Dr Valeria Skafida menyarankan semua ibu bapa untuk mengehadkan pengambilan gula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkata apabila ibu bapa mengawal pengambilan gula anak mereka, ini akan memberi kesan yang positif kepada kesihatan gigi dan pemakanan mereka.

Pengarang bersama Dr. Stephanie Chambers dari unit sains sosial dan kesihatan di University of Glasgow, yakin mengajar kanak-kanak untuk menjaga kebersihan mulut dengan lebih baik boleh mengurangkan risiko kerosakan gigi kanak-kanak.

Kanak-kanak yang makan gula-gula atau coklat sekali sehari atau lebih, perlu memberus gigi mereka dengan lebih kerap – sekali atau dua kali sehari ataupun lebih boleh mengurangkan risko kerosakan gigi berbanding dengan mereka yang jarang memberus gigi,” katanya.

Bagaimana galakkan anak memberus gigi?

1. Jadi contoh yang baik

Anak akan ikut apa ayah dan ibu buat. Maka jadilah contoh yang baik dan ajar mereka cara menjaga kebersihan gigi yang betul dengan menggunakan aktiviti dan cara yang menyeronokkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Bawa anak ke doktor gigi

Doktor gigi boleh melakukan rutin checkup sambil menunjukkan anak tempat-tempat di mana plak boleh berkembang dan menyerang gigi.

Jika anak sayang gigi mereka, maka mereka perlulah rajin menjaga kebersihannya.

3. Biar anak pilih berus gigi sendiri 

Nak yang warna pink ke, biru ke? Yang berkartun atau dengan corak yang mereka suka. Biar anak pilihkan berus gigi kegemaran mereka.

4. Berseronoklah dan jangan terlalu tegas

Kanak-kanak tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu. Oleh itu, fikirkan cara yang kreatif supaya memberus gigi boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan bersama anak.

Jangan lupa untuk memberi kata-kata positif dan pujian apabila mereka berjaya memberus gigi mereka dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kanak-Kanak Ini Mungkin Masih Hidup Jika Dia Diajar Untuk Jaga Giginya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio